Malaysia legislation
Section 54
Seksyen 54
(2)
Rekod yang disimpan dan disenggarakan di bawah subseksyen
(1)
hendaklah termasuk—
(a)
butir-butir tentang tiap-tiap penerima pinjaman, termasuk nama, nombor kad pengenalan, dan alamatnya;
(b)
amaun pinjaman latihan kemahiran, jadual pembayaran baliknya, amaun setiap bayaran balik yang dikehendaki dibuat, tarikh permulaan pembayaran balik, dan rekod pembayaran balik;
(c)
nama penyedia latihan kemahiran di mana penerima pinjaman menerima latihannya, program latihan yang diluluskan yang di bawahnya penerima pinjaman menerima latihan, tempoh latihan dan tarikh tamat latihan yang dijangkakan; dan
(d)
apa-apa butiran lain yang disifatkan perlu atau suai manfaat oleh Perbadanan bagi maksud Akta ini.