Malaysia legislation
Section 61
Seksyen 61
Mendapatkan kembali dan memungut pembayaran balik pinjaman latihan kemahiran
(a)
Perbadanan hendaklah memberikan Lembaga Hasil Dalam
Negeri atau ejen pemungutan yang dilantik di bawah seksyen 58—
(i)
suatu salinan rekod yang disimpan dan disenggarakan di bawah seksyen 54;
(ii)
suatu salinan notis pembayaran balik pinjaman yang dikeluarkan di bawah seksyen 60; dan
(iii)
apa-apa butiran lain sebagaimana yang diminta oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ejen pemungutan itu; dan
Tabung Pembangunan Kemahiran 39
(b)
Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ejen pemungutan itu hendaklah—
(i)
menyimpan dan menyenggara suatu rekod pemungutan pembayaran balik yang dibuat berkenaan dengan setiap penerima pinjaman mengikut apa-apa cara dan yang mengandungi apa-apa butir yang sebagaimana disifatkan patut dan perlu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ejen pemungutan itu untuk menunjukkan keadaan sebenar hal ehwal pemungutan pembayaran balik itu;
(ii)
memberikan Perbadanan suatu salinan rekod yang disimpan dan disenggarakan di bawah subperenggan
(i)
dalam tempoh yang dipersetujui antara
Perbadanan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ejen pemungutan itu; dan
(iii)
tidak lewat dari hari bekerja pertama minggu berikutnya atau bulan atau tiap-tiap suku tahun kalendar sebagaimana yang dipersetujui antara
Perbadanan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ejen pemungutan, bermula dari pemungutan pertama pembayaran balik pinjaman latihan kemahiran, membayar kepada Perbadanan kesemua jumlah wang pembayaran balik yang dipungut di bawah Akta ini bersama dengan apa-apa penyata sebagaimana yang diterima oleh Lembaga Hasil
Dalam Negeri atau ejen pemungutan tentang jumlah wang yang dipungut itu.
(2)
Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ejen pemungutan itu, mengikut budi bicaranya sendiri, boleh merangka apa-apa kaedah pentadbiran, tatacara dan proses untuk memudahkan pemungutan pembayaran balik pinjaman latihan kemahiran yang kena dibayar kepada Perbadanan.
Kaedah yang sah bagi pemungutan pembayaran balik pinjaman latihan kemahiran