Malaysia legislation
Section 63
Seksyen 63
Majikan dan orang yang menggaji diri sendiri hendaklah membantu Lembaga Hasil Dalam Negeri
Adalah menjadi kewajipan majikan kepada seseorang penerima pinjaman dan kewajipan seseorang yang menggaji diri sendiri, apabila diberitahu secara bertulis oleh Lembaga Hasil
(a)
untuk memotong daripada upah penerima pinjaman itu atau, bagi orang yang menggaji diri sendiri, daripada upahnya sendiri apa-apa jumlah wang sebagaimana yang diberitahukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, yang merupakan amaun pembayaran balik bulanan yang dikehendaki daripada penerima pinjaman itu bagi menjelaskan pinjaman latihan kemahirannya; dan
(b)
untuk mengirim amaun yang dipotong itu kepada Lembaga
Hasil Dalam Negeri tidak lewat daripada hari terakhir bulan yang berikutan dengan bulan dalam mana gajinya dibayar.
Notis Perbadanan adalah muktamad