Malaysia legislation
Section 68
Seksyen 68
Kuasa untuk memeriksa penyedia latihan kemahiran
(a)
memasuki, semasa waktu kerja mana-mana premis atau mana-mana bahagian premis yang dipunyai atau digunakan, sama ada secara tetap atau selainnya, oleh penyedia latihan kemahiran bagi maksud menyediakan latihan kemahiran;
(b)
memeriksa apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain sebagaimana yang difikirkannya perlu;
(c)
menghendaki mana-mana orang, yang merupakan seorang anggota lembaga pengarah, seorang pekerja atau seorang pelatih penyedia latihan kemahiran itu, supaya mengemukakan bagi pemeriksaan inspektor itu apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan,
42
Undang-Undang Malaysia bahan atau barang lain yang berada dalam milikan atau jagaan atau di bawah kawalan orang itu atau yang berada dalam kuasanya untuk memberi—
(i)
yang berhubungan dengan pengurusan penyedia latihan kemahiran itu; atau
(ii)
yang berhubungan dengan latihan kemahiran yang dijalankan oleh penyedia latihan kemahiran itu;
dan
(d)
membuat salinan atau mengambil cabutan daripada apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain yang diperiksa di bawah perenggan (c).
Penyitaan dokumen, dsb.