Malaysia legislation
Section 71
Seksyen 71
Tiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa jua pun yang disita atau ditahan dalam menjalankan atau berupa sebagai
Tabung Pembangunan Kemahiran 43
menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Bahagian ini, berhak mendapatkan kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain, selain perintah pemulangan apa-apa barang yang disita atau ditahan itu, atau bayaran nilainya melainkan jika penyitaan atau penahanan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah atau barangkali.