JADUAL
[Subseksyen 16(5)]
1.
Pembatalan dan peletakan jawatan
(1) Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota atau anggota silih ganti yang dilantik olehnya tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
(2) Mana-mana anggota atau anggota silih ganti yang dilantik oleh Menteri boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa melalui surat yang dialamatkan kepada Menteri.
2.
Pengosongan jawatan
(1) Jawatan seseorang anggota Lembaga yang dilantik oleh Menteri menjadi kosong—
(a) jika dia meninggal dunia;
(b) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
(iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan
(pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
(c) jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai
Timbalan Pengerusi atau anggota Lembaga atau selainnya, adalah sedemikian cara sehingga mencemarkan nama Lembaga;
(d) jika dia menjadi bankrap;
(e) jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya; atau
(f) dalam hal Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa sebab yang munasabah atau tanpa kebenaran secara bertulis daripada Menteri.
(2) Peruntukan subperenggan (1) selain subsubperenggan (f) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi seseorang anggota silih ganti.
3.
Mesyuarat
(1) Lembaga hendaklah bermesyuarat bagi melaksanakan urusannya sekurang-kurangnya tiga bulan sekali pada sesuatu masa dan ditempat sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi dari semasa ke semasa.
56
Undang-Undang Malaysia
(2) Pada mana-mana mesyuarat Lembaga, lima orang anggota hendaklah membentuk suatu kuorum.
(3) Pengerusi Lembaga hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat
Lembaga.
(4) Walau apa pun subperenggan (3), jika kerana apa-apa sebab Pengerusi tidak dapat menghadiri sesuatu mesyuarat Lembaga, Timbalan Pengerusi hendaklah menjalankan kuasa Pengerusi semasa ketidakhadiran Pengerusi.
(5) Sekiranya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi kedua-duanya tidak dapat menghadiri sesuatu mesyuarat Lembaga, anggota Lembaga yang ada hendaklah memilih seorang daripada kalangan mereka untuk menjadi Pengerusi bagi mesyuarat itu dan orang yang dipilih itu hendaklah mempunyai segala kuasa Pengerusi bagi maksud dan tempoh mesyuarat itu.
(6) Jika mengenai apa-apa persoalan untuk diputuskan oleh Lembaga terdapat bilangan undi yang sama banyak, maka Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.
4.
Lembaga boleh mengundang orang lain untuk menghadiri tnesyuarat
(1) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri apa-apa mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat atau penimbangtelitian itu.
(2) Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
5.
Minit
(1) Lembaga hendaklah menyebabkan minit semua mesyuarat Lembaga disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
(2) Apa-apa minit yang dibuat mengenai sesuatu mesyuarat Lembaga hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa dibuktikan selanjutnya.
(3) Tiap-tiap mesyuarat Lembaga berkenaan dengan prosiding yang mana minitnya telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan kesemua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
6.
Penzahiran kepentingan
(1) Seseorang anggota Lembaga yang, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui pekongsinya, mempunyai—
(a) suatu kepentingan dalam sesuatu syarikat atau perusahaan yang dengannya Perbadanan bercadang hendak membuat suatu kontrak; atau
Tabung Pembangunan Kemahiran 57
(b) suatu kepentingan dalam sesuatu kontrak atau perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga, hendaklah menzahirkan kepada Lembaga hakikat kepentingan dan jenis kepentingannya itu.
(2) Penzahiran di bawah subperenggan (1) hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam penimbangtelitian atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.
Kesahan tindakan dan presiding 7.
Tiada tindakan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—
(a) ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Lembaga;
(b) ada pelanggaran oleh mana-mana anggota Lembaga berkenaan peruntukan perenggan 6; atau
(c) ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakaturan yang tidak menyentuh merit hal itu.
Tatacara 8.
Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga boleh menentukan tatacaranya sendiri.
58
Undang-Undang Malaysia
Akta 640
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
– TIADA –
Tabung Pembangunan Kemahiran 59
Akta 640
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
– TIADA –