Malaysia legislation
Section 74
Seksyen 74
Kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan permohonan yang dibuat di bawah Akta
Mana-mana orang yang, semasa membuat permohonan bagi pendaftaran suatu penyedia latihan kemahiran, pendaftaran program latihan yang diluluskan atau permohonan bagi pinjaman latihan kemahiran di bawah Akta ini, membuat apa-apa pernyataan yang
44
Undang-Undang Malaysia diketahuinya palsu, atau yang dia percaya adalah tidak benar, atau dengan sengaja menyembunyikan apa-apa fakta yang material, atau memberikan apa-apa maklumat yang mengelirukan di dalam apa-apa butir material melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan perakuan pendaftaran penyedia latihan kemahiran 75.
Jika—
(a)
sesuatu penyedia latihan kemahiran gagal untuk menyebabkan dipamerkan suatu salinan perakuan pendaftaran penyedia latihan kemahiran itu mengikut subseksyen 36(3); atau
(b)
sesuatu penyedia latihan kemahiran yang telah berhenti daripada menyediakan latihan kemahiran gagal menyerahkan perakuan pendaftaran penyedia latihan kemahiran itu kepada Ketua Eksekutif mengikut subseksyen 36(5), maka penyedia latihan kemahiran itu melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Penalti yang berhubungan dengan pemeriksaan, penguatkuasaan dan penyiasatan