Malaysia legislation
Section 76
Seksyen 76
Mana-mana orang—
(a)
yang gagal mengemukakan sesuatu buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang yang diperlukan oleh inspektor di bawah seksyen 68;
atau
(b)
yang menggalang atau menghalang seseorang inspektor daripada melaksanakan fungsi-fungsi penentusahan atau pemeriksaan di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Tabung Pembangunan Kemahiran 45
Kesalahan yang berhubungan dengan pembayaran balik oleh majikan dan orang yang menggaji diri sendiri 77.
Mana-mana majikan atau orang yang menggaji diri sendiri, yang gagal untuk memotong upah penerima pinjaman, setelah diberitahu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, yang merupakan amaun pembayaran balik bulanan yang dikehendaki daripada penerima pinjaman bagi menjelaskan pinjaman latihan kemahiran adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, di denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
Penalti am