Malaysia legislation
Section 80
Seksyen 80
Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
(a)
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang merupakan pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu pada masa pelakuan kesalahan itu;
(b)
dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu pada masa pelakuan kesalahan itu; atau 46
Undang-Undang Malaysia
(c)
dalam hal suatu pertubuhan, tiap-tiap pemegang jawatan pertubuhan itu pada masa pelakuan kesalahan itu, boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama sebagaimana pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan itu dan hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau pembiarannya atau bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah atau bahawa dia telah menjalankan usaha yang wajar untuk mencegah perlakuan kesalahan itu.
Tanggungjawab penyedia latihan kemahiran bagi kesalahan yang dilakukan oleh anggota lembaga pengarah, pegawai, pekerja atau ejen