Malaysia legislation

Section 97

of AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN 2004

Seksyen 97

Peruntukan peletakhakan

(2)

Tiap-tiap harta yang terletak hak menurut kuasa subseksyen

(1)

pada Perbadanan hendaklah terletak hak sedemikian pada

Perbadanan bagi hakmilik, estet atau kepentingan yang sama dan pemegangan yang sama sebagaimana harta itu terletak hak atau dipegang sebaik sebelum tarikh peletakhakan itu.

(3)

Tiap-tiap hak atau liabiliti yang terletak hak menurut subseksyen (1) pada Perbadanan boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan itu , dibawa guaman , didapatkan atau dikuatkuasakan oleh Perbadanan atas namanya sendiri dan adalah tidak perlu bagi

Perbadanan, Kerajaan, atau mana-mana orang bagi pihak Kerajaan

Malaysia atau Perbadanan memberikan notis kepada orang yang terikat oleh hak atau liabiliti akan peletakhakan yang dibuat menurut subseksyen (1).

(4)

Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Kerajaan atau mana-mana pegawai Kerajaan yang berkaitan dengan mana-mana harta, hak atau liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada Perbadanan menurut subseksyen (1)

boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan itu, diteruskan oleh atau terhadap Perbadanan.

(5)

Dalam hal hak atau liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana pinjaman yang terletak hak pada Perbadanan pada tarikh peletakhakan itu, Perbadanan boleh memasuki dalam apa-apa perkiraan atau perjanjian mengenai hak dan liabiliti itu dengan

Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak ketiga.

54

Undang-Undang Malaysia

(6)

Pada dan selepas tarikh peletakhakan, mana-mana perkiraan atau perjanjian yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada Perbadanan di bawah subseksyen (1) yang kepadanya Kerajaan, atau mana-mana pegawai Kerajaan adalah menjadi suatu pihak sebaik sebelum tarikh peletakhakan, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak hak dan liabiliti jenis sedemikiannya di bawah perkiraan atau perjanjian itu boleh diserahhakkan oleh Kerajaan, atau pegawai itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah Perbadanan menjadi pihak kepada perkiraan atau perjanjian itu.

Mengambil kerja pekerja Kerajaan

Section 97 — AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN 2004