Malaysia legislation
Section 98
Seksyen 98
(2)
Tiap-tiap orang sedemikian yang memilih di bawah subseksyen
(1)
untuk berkhidmat sebagai seorang pekerja Perbadanan hendaklah diambil kerja oleh Perbadanan atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan.
(3)
Sehingga terma dan syarat perkhidmatan pekerjanya ditentukan oleh Perbadanan, skim dan terma dan syarat perkhidmatan pekerja
Kerajaan hendaklah terus terpakai bagi tiap-tiap orang yang diambil kerja oleh Perbadanan di bawah subseksyen (1).
(4)
Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubahsuaian yang perlu kepada skim dan terma dan syarat yang disebut dalam subseksyen (3) bagi maksud menghapuskan apa-apa kesulitan yang berbangkit daripada peruntukan subseksyen itu.
(5)
Jika mana-mana orang yang telah memilih untuk berkhidmat sebagai pekerja Perbadanan meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan Perbadanan atau bersara atau dilepaskan daripada perkhidmatan itu tidak layak untuk apa-apa pencen atau skim persaraan lain akibat pemilihan itu, Perbadanan boleh memberinya atau mana-mana orang yang ditanggung sepenuh atau sebahagiannya oleh orang itu, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan, apa-apa elaun atau gratuiti sebagaimana yang ditentukan oleh
Perbadanan.
Tabung Pembangunan Kemahiran 55