Malaysia legislation

Section 9

of AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN 2004

Seksyen 9

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa-kuasa

Perbadanan hendaklah termasuk kuasa—

(a)

untuk membuat kontrak;

(b)

untuk menggunakan mana-mana harta Perbadanan, alih atau tak alih, untuk kepentingan Kumpulan Wang mengikut cara yang difikirkan suai manfaat oleh Perbadanan, termasuk mendapatkan pinjaman dengan menggadaijanjikan harta itu;

(c)

untuk terlibat dalam apa-apa aktiviti, sama ada secara sendirian atau bergabung dengan organisasi lain, bagi maksud menyelaraskan, memperkemas atau merasionalkan pemberian dan pentadbiran pinjaman latihan kemahiran kepada pelatih dalam program latihan yang diluluskan;

(d)

untuk mengenakan fi, termasuk kos sara hidup, insurans dan fi pentadbiran dan bayaran lain bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Perbadanan;

(e)

untuk memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat Perbadanan bagi apa-apa maksud yang diluluskan oleh Menteri;

16

Undang-Undang Malaysia

(f)

untuk mengadakan kemudahan rekreasi dan menggalakkan aktiviti rekreasi bagi, dan aktiviti yang sesuai bagi kebajikan pegawai dan pekhidmat Perbadanan;

(g)

untuk mengadakan latihan bagi pegawai dan pekhidmat

Perbadanan dan untuk memberikan pinjaman atau selainnya membuat bayaran bagi latihan itu; dan

(h)

untuk membuat apa-apa jua yang bersampingan dengan mana-mana kuasanya.

Kuasa untuk melabur