Malaysia legislation

Section 11

of *AKTA KONVENSYEN SENJATA KIMIA 2005

Seksyen 11

Pengerusi Pihak Berkuasa Kebangsaan

(2)

Pengerusi boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis tiga bulan kepada Menteri.

(3)

Pengerusi boleh dipecat—

(a)

jika kelakuannya, sama ada berkaitan dengan kewajipannya sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kebangsaan atau selainnya, adalah sedemikian rupa sehingga memburukkan nama Pihak Berkuasa Kebangsaan;

(b)

jika dia menjadi tidak berupaya untuk menjalankan kewajipannya dengan sepatutnya sebagai Pengerusi Pihak

Berkuasa Kebangsaan;

18 Undang-undang Malaysia AKTA 641

(c)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan rasuah;

(iii)

suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau

(iv)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama lebih daripada dua tahun;

(d)

jika dia dihukum bankrap;

(e)

jika dia didapati atau disahkan tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menguruskan urusannya; atau

(f)

jika dia tidak menghadiri mesyuarat Pihak Berkuasa

Kebangsaan tiga kali berturut-turut tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Menteri.

(4)

Jika Pengerusi dilantik selainnya daripada kalangan anggota perkhidmatan awam, Menteri boleh membenarkan pembayaran apa-apa elaun sebagaimana yang difikirkannya wajar.

Pengerusi sementara