PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2005/641
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA KONVENSYEN SENJATA KIMIA 2005 is Malaysia Act, cited as Act 641 2005, currently marked in force and first recorded in 2005.
Opening note
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
8 Undang-undang Malaysia AKTA 641
Pemakaian
Konvensyen tentang
Larangan
Penghasilan,
Pengeluaran, Pengumpulan Stok dan Penggunaan Senjata Kimia dan tentang Pemusnahannya
Konvensyen tentang
Larangan
Penghasilan,
Pengeluaran,
Pengumpulan Stok dan Penggunaan Senjata Kimia dan tentang
Pemusnahannya hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang di
Malaysia dan bagi tujuan itu hendaklah ditafsirkan mengikut peruntukan Akta ini.
Tafsiran
“agen kawalan rusuhan” ertinya apa-apa bahan kimia yang tidak disenaraikan dalam Jadual 1, 2 atau 3 yang boleh mengakibatkan perengsaan deria atau kesan kehilangan upaya fizikal dengan cepat kepada manusia yang hilang dalam masa yang singkat selepas pendedahan kepada bahan-bahan kimia itu berakhir;
“Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
“anggota”
ertinya mana-mana anggota
Pihak
Berkuasa
Kebangsaan yang dilantik di bawah subseksyen 6(2);
“bahan kimia organik diskret” ertinya apa-apa bahan kimia yang termasuk dalam kelas sebatian bahan kimia yang mengandungi semua sebatian karbon, kecuali bagi oksida, sulfida dan karbonat logamnya, yang boleh dikenal pasti melalui nama kimia, melalui formula struktur, jika diketahui, dan nombor daftar Khidmat Abstrak Kimia, jika diberikan;
“bahan kimia toksik” ertinya apa-apa bahan kimia yang melalui tindak balas kimianya ke atas proses kehidupan boleh menyebabkan kematian, ketidakupayaan sementara atau kecederaan kekal kepada manusia atau binatang, dan termasuklah prekursor bahan kimia toksik;
Konvensyen Senjata Kimia 9
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan;
“Inspektor Antarabangsa” ertinya seseorang yang memegang perakuan yang dikeluarkan oleh Menteri di bawah subseksyen 38(2);
“Inspektor Kebangsaan” ertinya mana-mana orang yang dilantik oleh Menteri di bawah subseksyen 5(1);
“kemudahan” ertinya apa-apa tapak perindustrian yang terdiri daripada mana-mana yang berikut:
apa-apa kerja atau kilang (“tapak loji”) yang merupakan persepaduan setempat satu loji atau lebih berserta mana-mana peringkat pentadbiran pertengahan, yang berada di bawah satu kawalan pengendalian, dan termasuklah infrastruktur lazim, seperti—
pejabat pentadbiran dan pejabat lain;
makmal analisis pusat;
apa-apa kemudahan pengeluaran atau bengkel (“loji”) yang merupakan suatu kawasan yang agak lengkap, struktur atau bangunan yang terdiri daripada satu unit atau lebih berserta infrastruktur tambahan dan bersekutu, seperti—
suatu bahagian pentadbiran yang kecil;
10 Undang-undang Malaysia AKTA 641
suatu bahagian perkhidmatan pertolongan cemas atau suatu bahagian berhubung dengan perubatan; dan
rekod yang berkaitan dengan pergerakan masuk, di sekitar dan dari tapak, bahan kimia yang diisytihar dan stok suapan atau keluaran yang dibentuk daripada bahan kimia yang diisytihar dan stok suapan, sebagaimana yang berkenaan;
apa-apa unit pengeluaran atau unit pemprosesan (“unit”) yang merupakan gabungan barang kelengkapan, termasuk vesel dan komponen vesel, yang perlu bagi pengeluaran pemprosesan atau penggunaan sesuatu bahan kimia;
“Konvensyen”
ertinya
Konvensyen tentang
Larangan
Penghasilan, Pengeluaran, Pengumpulan Stok dan Penggunaan
Senjata Kimia dan tentang Pemusnahannya;
“Menteri”, melainkan jika dinyatakan secara nyata selainnya, ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri;
“pemerhati” ertinya seorang wakil Negara Pihak meminta kepada
Konvensyen atau Negara Pihak ketiga kepada Konvensyen yang hadir di Malaysia untuk memerhati sesuatu pemeriksaan dicabar;
“pemeriksaan dicabar” ertinya pemeriksaan apa-apa kemudahan atau lokasi di Malaysia atau di mana-mana tempat lain di bawah bidang kuasa atau kawalan Malaysia yang diminta oleh Negara Pihak yang lain menurut perenggan 8 hingga 25 Perkara IX Konvensyen;
Konvensyen Senjata Kimia 11
“pengangkut” termasuklah mana-mana kapal, kereta api, kenderaan dan pesawat udara dan apa-apa cara pengangkutan lain yang melaluinya orang atau barang-barang boleh dibawa;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Pihak Berkuasa Kebangsaan sebagaimana yang dinyatakan di bawah perenggan 6(2)(a);
“Pertubuhan” ertinya Pertubuhan bagi Larangan tentang Senjata
Kimia yang ditubuhkan menurut Perkara VIII Konvensyen;
“Pihak
Berkuasa
Kebangsaan”
ertinya
Pihak
Berkuasa
Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 6(1);
“prekursor” ertinya apa-apa tindak balas kimia yang berlaku pada mana-mana tahap dalam pengeluaran melalui apa-apa jua kaedah bahan kimia toksik, termasuk apa-apa komponen utama sesuatu dwiunsur atau sistem kimia berbilang komponen;
“senjata kimia” ertinya yang berikut, bersama atau secara berasingan:
bahan kimia toksik, kecuali jika dimaksudkan bagi tujuan yang tidak dilarang di bawah Konvensyen, selagi jenis dan kuantiti adalah selaras dengan tujuan itu;
senjata dan peranti yang direka bentuk secara khusus untuk menyebabkan kematian atau bahaya yang lain melalui sifat toksik bahan kimia toksik yang dinyatakan dalam perenggan
apa-apa kelengkapan yang direka bentuk secara khusus untuk digunakan secara langsung berkaitan dengan penggunaan senjata dan peranti yang dinyatakan dalam perenggan (b);
“tujuan yang tidak dilarang di bawah Konvensyen” ertinya—
tujuan perindustrian, pertanian, kajian, perubatan, farmaseutikal atau keamanan lain;
12 Undang-undang Malaysia AKTA 641
tujuan perlindungan, iaitu tujuan yang secara langsung berhubung dengan perlindungan terhadap bahan kimia toksik dan dengan perlindungan terhadap senjata kimia;
tujuan ketenteraan yang tidak berkaitan dengan penggunaan senjata kimia dan tidak bergantung kepada penggunaan sifat toksik bahan kimia sebagai kaedah perang;
tujuan penguatkuasaan undang-undang, termasuk kawalan rusuhan dalam negeri.
Undang-undang yang mengatasi
Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkaitan dengan senjata kimia, agen kawalan rusuhan, bahan kimia toksik yang dimaksudkan bagi tujuan yang tidak dilarang dan bahan kimia organik diskret, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasi peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain itu dan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang bercanggah atau tidak selaras itu hendaklah, setakat percanggahan atau ketidakselarasan itu, disifatkan digantikan.
Inspektor Kebangsaan
Inspektor Kebangsaan hendaklah, tertakluk kepada arahan dan kawalan am Menteri, melaksanakan fungsi dan kewajipan yang
Konvensyen Senjata Kimia 13
dikenakan ke atas mereka oleh Akta ini dan boleh menjalankan kuasa yang diberikan kepada mereka di bawah Akta ini.
Menteri hendaklah mengeluarkan kepada setiap Inspektor
Kebangsaan dan pegawai lain yang dilantik di bawah subseksyen (1)
suatu kad kuasa bagi tujuan pelaksanaan fungsi dan kewajipannya dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini.
Semua Inspektor Kebangsaan dan pegawai lain yang dilantik di bawah subseksyen (1) disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Bahagian II
Pihak Berkuasa Kebangsaan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri, yang dilantik oleh Menteri;
seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi pertahanan, yang dilantik oleh
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertahanan;
seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri, yang dilantik oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri;
seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa, yang dilantik oleh Menteri
14 Undang-undang Malaysia AKTA 641
yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa;
seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi teknologi, yang dilantik oleh
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi teknologi;
seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi alam sekitar, yang dilantik oleh
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi alam sekitar;
Pengarah
Bahagian
Perkhidmatan
Farmaseutikal,
Kementerian yang bertanggungjawab bagi kesihatan atau wakilnya;
Ketua Pengarah Institut Kajian Sains dan Teknologi bagi
Pertahanan atau wakilnya.
Menteri yang berkenaan boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan (2)(b) hingga (g), melantik seorang anggota silih ganti untuk menghadiri mesyuarat Pihak
Berkuasa Kebangsaan apabila anggota itu tidak dapat hadir atas apa-apa sebab.
Konvensyen Senjata Kimia 15
Fungsi dan kuasa Pihak Berkuasa Kebangsaan
memudahkan pemeriksaan di bawah Konvensyen, termasuk berkerjasama dengan
Inspektor
Antarabangsa dalam pemeriksaan dicabar;
mengumpul data untuk dilaporkan dalam perisytiharan tahunan kepada Pertubuhan;
memberikan Pertubuhan dan Negara Pihak lain maklumat yang berkenaan dalam memenuhi obligasi Malaysia di bawah
Konvensyen;
mengawal selia dan mengawasi persoalan atau perkara yang berhubungan dengan Konvensyen, termasuk pelaksanaan
Konvensyen dalam negeri;
mengeluarkan kebenaran berkenaan dengan aktiviti yang berhubungan dengan bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1;
mengeluarkan arahan kepada mana-mana
Inspektor
Kebangsaan bagi tujuan penguatkuasaan dan keberkesanan pelaksanaan Akta ini;
menasihati Menteri secara am mengenai persoalan atau perkara yang berhubungan dengan Konvensyen;
melevi apa-apa fi, sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, berkenaan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Pihak
Berkuasa Kebangsaan;
melakukan apa-apa jua yang bersampingan atau bersesuaian dengan pelaksanaan mana-mana fungsi yang disebut dalam perenggan (a) hingga (i).
16 Undang-undang Malaysia AKTA 641
Pihak Berkuasa Kebangsaan hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi atau yang berkaitan dengan, atau yang dengan semunasabahnya bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Jawatankuasa Pihak Berkuasa Kebangsaan
Konvensyen, termasuk—
Tertakluk kepada Akta ini dan mana-mana kaedah yang dibuat di bawah seksyen 17, setiap jawatankuasa itu boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
Anggota jawatankuasa itu boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang berkaitan dengan kerja jawatankuasa sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa dengan persetujuan Menteri Kewangan.
Pewakilan fungsi dan kuasa
Mana-mana orang atau jawatankuasa yang kepadanya diwakilkan fungsi dan kuasa sedemikian hendaklah mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Pihak
Konvensyen Senjata Kimia 17
Berkuasa Kebangsaan dan segala keperluan, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Pihak Berkuasa Kebangsaan.
Mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Pihak Berkuasa Kebangsaan.
Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Pihak
Berkuasa Kebangsaan daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-mana fungsi dan kuasa yang diwakilkan itu pada bila-bila masa.
Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan
Menteri boleh dari semasa ke semasa memberi Pihak Berkuasa
Kebangsaan arahan yang tidak berlawanan dengan Akta ini mengenai pelaksanaan fungsi dan kuasa Pihak Berkuasa Kebangsaan dan Pihak
Berkuasa Kebangsaan hendaklah melaksanakan arahan itu.
Pengerusi Pihak Berkuasa Kebangsaan
Pengerusi boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis tiga bulan kepada Menteri.
Pengerusi boleh dipecat—
jika kelakuannya, sama ada berkaitan dengan kewajipannya sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kebangsaan atau selainnya, adalah sedemikian rupa sehingga memburukkan nama Pihak Berkuasa Kebangsaan;
jika dia menjadi tidak berupaya untuk menjalankan kewajipannya dengan sepatutnya sebagai Pengerusi Pihak
Berkuasa Kebangsaan;
18 Undang-undang Malaysia AKTA 641
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama lebih daripada dua tahun;
jika dia didapati atau disahkan tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menguruskan urusannya; atau
jika dia tidak menghadiri mesyuarat Pihak Berkuasa
Kebangsaan tiga kali berturut-turut tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Menteri.
Jika Pengerusi dilantik selainnya daripada kalangan anggota perkhidmatan awam, Menteri boleh membenarkan pembayaran apa-apa elaun sebagaimana yang difikirkannya wajar.
Pengerusi sementara
atas apa-apa sebab, Pengerusi tidak dapat melaksanakan kewajipan dan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini; atau
Mana-mana anggota yang dilantik untuk bertindak sebagai
Pengerusi sementara semasa apa-apa tempoh di bawah seksyen ini boleh dengan sewajarnya melaksanakan kewajipan dan fungsi dan menjalankan kuasa Pengerusi semasa tempoh itu.
Mesyuarat Pihak Berkuasa Kebangsaan
Kebangsaan untuk bertindak sebagai Pengerusi sementara semasa apa-apa tempoh apabila—
Tujuh orang anggota termasuk Pengerusi hendaklah membentuk kuorum mesyuarat Pihak Berkuasa Kebangsaan.
Dalam mana-mana mesyuarat Pihak Berkuasa Kebangsaan,
Pengerusi hendaklah mempunyai undi biasa dan hendaklah, sekiranya terdapat bilangan undi yang sama banyak, mempunyai undi pemutus.
Pihak Berkuasa Kebangsaan boleh mengundang orang lain menghadiri mesyuarat
Mana-mana orang yang menghadiri mesyuarat atau pertimbangtelitian di bawah subseksyen (1) tidak berhak untuk mengundi.
Setiausaha kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan
Menteri hendaklah melantik seorang pegawai awam sebagai
Setiausaha kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan.
20 Undang-undang Malaysia AKTA 641
Penyediaan kemudahan oleh Kementerian
Kebangsaan hendaklah menyediakan kakitangan, dana dan kemudahan lain yang perlu kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan untuk membolehkannya menjalankan fungsinya.
Kaedah-kaedah untuk mengawal selia mesyuarat dan prosiding
Tertakluk kepada Akta ini, Pihak Berkuasa Kebangsaan boleh membuat kaedah-kaedah untuk mengawal selia mesyuarat dan prosidingnya, dan mesyuarat dan prosiding jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 8.
Bahagian III
AGEN KAWALAN RUSUHAN
Larangan
menghasilkan, mengeluarkan, memperoleh, mengumpul stok atau menyimpan apa-apa senjata kimia;
memindahkan, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa senjata kimia kepada orang lain;
melibatkan diri dalam apa-apa persediaan ketenteraan yang tidak sah untuk menggunakan sesuatu senjata kimia; atau
membantu, menggalakkan atau mendorong, dengan apa-apa
Konvensyen Senjata Kimia 21
cara, sesiapa jua untuk melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti yang dilarang kepada Negara Pihak di bawah
Konvensyen.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan dihukum dengan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga puluh tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.
Agen kawalan rusuhan
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan dihukum dengan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga puluh tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.
Bahagian IV
Mana-mana orang boleh, tertakluk kepada peruntukan
Akta ini, menghasilkan, mengeluarkan, memperoleh, menyimpan, memindahkan, memiliki atau menggunakan bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1, 2
dan 3 bagi tujuan yang tidak dilarang di bawah
Konvensyen.
22 Undang-undang Malaysia AKTA 641
Larangan dan pengecualian
pengeluaran, pemerolehan, penyimpanan, pemindahan atau penggunaan itu adalah untuk tujuan kajian, perubatan, farmaseutikal atau perlindungan;
jenis dan kuantiti bahan kimia toksik adalah benar-benar dihadkan kepada bahan kimia toksik yang boleh dijustifikasikan bagi tujuan itu;
amaun agregat bahan kimia itu pada bila-bila masa yang dibenarkan bagi tujuan tersebut adalah sama dengan atau kurang daripada sepuluh kilogram bagi setiap kemudahan dalam satu tahun kalendar; dan
pengeluaran, pemerolehan, penyimpanan, pemindahan atau penggunaan itu dibenarkan oleh
Pihak
Berkuasa
Kebangsaan.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.
Bagi maksud Bab ini, “pemindahan” termasuklah import, eksport, atau apa-apa pergerakan apa-apa amaun bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1 di luar sempadan geografi kemudahan di Malaysia ke destinasi lain di Malaysia, atau apa-apa pergerakan sedemikian antara dua bahagian di dalam satu syarikat atau penjualan dari satu syarikat ke syarikat yang lain.
Konvensyen Senjata Kimia 23
Aktiviti sedia ada
Sementara menunggu keputusan Pihak Berkuasa Kebangsaan mengenai permohonan di bawah subseksyen (1), pemohon hendaklah disifatkan dibenarkan di bawah Akta ini dan tiada tindakan boleh diambil terhadapnya kerana melibatkan diri dalam aktiviti sedemikian tanpa kebenaran.
Apabila kebenaran dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa
Kebangsaan di bawah seksyen 24 menurut permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1), pemohon hendaklah dengan serta-merta mengambil tindakan yang perlu untuk mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan bersama-sama dengan kebenaran itu.
Jika kebenaran enggan diberikan oleh Pihak Berkuasa
Kebangsaan di bawah seksyen 24, pemohon yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah terhenti disifatkan dibenarkan di bawah subseksyen itu dari tarikh dia diberitahu tentang keputusan Pihak
Berkuasa Kebangsaan atau, jika terdapat rayuan di bawah seksyen 26, dari tarikh keputusan Menteri mengenai rayuan itu.
Permohonan untuk mendapatkan kebenaran
Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan di bawah subseksyen (1) dan sebelum permohonan itu ditentukan, Pihak
Berkuasa
Kebangsaan boleh, melalui notis bertulis,
24 Undang-undang Malaysia AKTA 641
menghendaki pemohon memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu.
Jika mana-mana dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak disediakan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan dalam notis atau dalam apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Kebangsaan, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidak boleh diteruskan, tetapi tanpa menjejaskan permohonan baru yang dibuat oleh pemohon.
Sesuatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum kebenaran yang dipohon itu dikeluarkan atau enggan dikeluarkan.
Kuasa untuk mengeluarkan atau enggan mengeluarkan kebenaran
Pihak Berkuasa Kebangsaan dalam mengeluarkan suatu kebenaran di bawah subseksyen (1), boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana Pihak Berkuasa Kebangsaan sifatkan patut dan boleh menambah, mengubah atau membatal apa-apa syarat dari semasa ke semasa.
Jika
Pihak
Berkuasa
Kebangsaan enggan mengeluarkan kebenaran, Pihak Berkuasa Kebangsaan hendaklah dengan segera memberitahu pemohon secara bertulis mengenai keengganannya itu.
Kebenaran, melainkan jika terlebih dahulu ditarik balik, hendaklah sah selama tempoh yang dinyatakan dalam kebenaran itu.
Konvensyen Senjata Kimia 25
Seseorang, yang kepadanya kebenaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) telah habis tempoh, boleh dalam masa tiga puluh hari sebelum tarikh habis tempoh memohon suatu kebenaran baru mengikut seksyen 23.
Jika mana-mana orang yang dibenarkan untuk mengeluarkan, memperoleh, menyimpan, memindahkan atau menggunakan suatu bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1 berhasrat untuk memberhentikan aktiviti itu, orang itu hendaklah dalam masa tujuh hari sebelum pemberhentian itu—
menyerahkan kebenaran itu kepada Pihak Berkuasa
Kebangsaan, dan apabila diterima pemberitahuan dan kebenaran itu, Pihak Berkuasa
Kebangsaan hendaklah dengan segera membatalkan kebenaran itu.
Penarikbalikan kebenaran
orang yang kepadanya kebenaran dikeluarkan telah gagal untuk mematuhi apa-apa obligasi yang dikenakan ke atasnya di bawah Akta ini;
orang itu telah melanggar mana-mana syarat kebenaran itu, atau mana-mana peruntukan Akta ini, tanpa mengira hakikat bahawa tidak ada pendakwaan bagi kesalahan berkenaan dengan pelanggaran itu;
orang itu telah, sama ada berkaitan dengan permohonan bagi kebenaran itu, atau pada bila-bila masa selepas pengeluaran
26 Undang-undang Malaysia AKTA 641
kebenaran itu, memberikan maklumat yang palsu atau mengelirukan atau tidak tepat kepada Pihak Berkuasa
Kebangsaan.
Pihak Berkuasa Kebangsaan hendaklah mengeluarkan suatu notis secara bertulis mengenai penarikbalikan itu kepada orang yang kepadanya kebenaran itu dikeluarkan.
Penarikbalikan sesuatu kebenaran yang dikeluarkan kepada seseorang hendaklah mula berkuat kuasa—
jika tiada rayuan terhadap penarikbalikan itu, setelah habis tempoh empat belas hari dari tarikh notis penarikbalikan itu disampaikan kepada orang itu; atau
jika terdapat rayuan terhadap penarikbalikan itu, apabila penarikbalikan itu disahkan oleh Menteri.
Rayuan terhadap keputusan Pihak Berkuasa Kebangsaan
Keputusan Menteri mengenai rayuan di bawah subseksyen (1)
adalah muktamad.
Pemindahan
memindahkan bahan kimia toksik itu ke mana-mana Negara bukan Pihak kepada Konvensyen.
Konvensyen Senjata Kimia 27
Mana-mana orang yang melanggar perenggan (1)(a) atau (b)
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.
Perisytiharan
suatu perisytiharan tahunan mengenai aktiviti dalam tahun kalendar yang terdahulu; dan
suatu perisytiharan tahunan mengenai aktiviti yang dijangkakan bagi tahun kalendar yang berikut.
Perisytiharan di bawah subseksyen (1) hendaklah berhubung dengan—
nama bahan kimia toksik termasuk formula struktur bahan kimia toksik dan nombor daftar Khidmat Abstrak Kimia
(jika diberikan);
kuantiti bahan kimia toksik bagi tujuan yang baginya bahan kimia toksik itu digunakan; dan
apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan perisytiharan, sebagaimana yang ditetapkan.
28 Undang-undang Malaysia AKTA 641
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Perubahan kepada sesuatu kemudahan
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Penyenggaraan dokumen dan daftar
menyenggara suatu daftar dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan; dan
menyimpan semua dokumen selama tempoh yang ditetapkan, berkenaan dengan operasi kemudahannya berhubung dengan bahan kimia toksik itu.
Daftar itu hendaklah—
disimpan semata-mata bagi tujuan mencatatkan apa-apa rekod dan maklumat sebagaimana yang ditetapkan;
dikemaskinikan dan dalam keadaan teratur dan baik; dan
Konvensyen Senjata Kimia 29
Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah menyebabkan daftar itu tersedia bagi pemeriksaan jika dan apabila dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Kebangsaan, mana-mana Inspektor
Kebangsaan, mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, dan mana-mana Pegawai Kanan Kastam.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3)
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Perisytiharan
mengeluarkan, memproses, menggunakan, mengeksport atau mengimport sesuatu bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 2 dalam amaun yang lebih daripada apa-apa amaun ambang sebagaimana yang ditetapkan; atau
mengeluarkan, mengimport atau mengeksport sesuatu bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 3 dalam amaun yang lebih daripada apa-apa amaun ambang sebagaimana yang ditetapkan, hendaklah membuat perisytiharan berkala yang berikut kepada Pihak
Berkuasa Kebangsaan dalam apa-apa bentuk dan pada bila-bila masa sebagaimana yang ditetapkan:
(aa) suatu perisytiharan tahunan mengenai aktiviti dalam tahun kalendar yang terdahulu; dan
(bb) suatu perisytiharan tahunan mengenai aktiviti yang dijangkakan bagi tahun kalendar yang berikut.
30 Undang-undang Malaysia AKTA 641
Perisytiharan di bawah subseksyen (1) hendaklah berhubung dengan—
nama bahan kimia toksik termasuk formula struktur bahan kimia toksik dan nombor daftaran Khidmat Abstrak Kimia
(jika diberikan);
kuantiti bahan kimia toksik bagi tujuan yang baginya bahan kimia toksik itu digunakan; dan
apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan perisytiharan, sebagaimana yang ditetapkan.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Pengeksportan atau pengimportan bahan kimia toksik dalam
Jadual 2
32. (1) Mana-mana orang yang melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti yang dinyatakan dalam perenggan 31(1)(a) tidak boleh mengeksport atau mengimport bahan kimia toksik kepada mana-mana
Negara bukan Pihak kepada Konvensyen.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Konvensyen Senjata Kimia 31
Pengeksportan atau pengimportan bahan kimia toksik dalam
Jadual 3
33. (1) Mana-mana orang yang melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti yang dinyatakan dalam perenggan 31(1)(b) tidak boleh mengeksport atau mengimport bahan kimia toksik kepada mana-mana
Negara bukan Pihak kepada Konvensyen tanpa suatu perakuan pengguna akhir yang dikeluarkan dalam bentuk yang ditetapkan oleh
Pihak Berkuasa Kebangsaan.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Perubahan kepada sesuatu kemudahan
34. (1) Mana-mana orang yang telah membuat perisytiharan di bawah seksyen 31 berhubung dengan sesuatu kemudahan hendaklah, jika terdapat apa-apa perubahan di kemudahan itu, mengemukakan maklumat berhubung dengan perubahan itu dan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang ditetapkan kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya
Penyenggaraan dokumen dan daftar
35. (1) Mana-mana orang yang melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti yang dinyatakan dalam perenggan 31(1)(a) atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah—
menyenggara suatu daftar dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan; dan
menyimpan semua dokumen selama tempoh yang ditetapkan,
32 Undang-undang Malaysia AKTA 641
berkenaan dengan operasi kemudahannya berhubung dengan bahan kimia toksik itu.
Daftar itu hendaklah—
disimpan semata-mata bagi tujuan mencatatkan apa-apa rekod dan maklumat sebagaimana yang ditetapkan;
dikemaskinikan dan dalam keadaan teratur dan baik; dan
disimpan selama tempoh yang ditetapkan itu.
Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah menyebabkan daftar itu tersedia bagi pemeriksaan jika dan apabila dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Kebangsaan, mana-mana Inspektor
Kebangsaan, mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, dan mana-mana Pegawai Kanan Kastam.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3)
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Bab 4 – Rejim Bagi Bahan Kimia Organik Diskret
Perisytiharan
36. (1) Mana-mana orang yang melibatkan diri dalam pengeluaran bahan kimia organik diskret secara sintesis dalam apa-apa amaun yang lebih daripada amaun ambang sebagaimana yang ditetapkan hendaklah membuat perisytiharan berkala yang berikut kepada Pihak Berkuasa
Kebangsaan dalam apa-apa bentuk dan pada bila-bila masa sebagaimana yang ditetapkan:
suatu perisytiharan tahunan mengenai aktiviti dalam tahun kalendar yang terdahulu; dan
suatu perisytiharan tahunan mengenai aktiviti yang dijangkakan bagi tahun kalendar yang berikut.
Konvensyen Senjata Kimia 33
Perisytiharan di bawah subseksyen (1) hendaklah berhubung dengan—
identiti kemudahan;
nama bahan kimia organik diskret;
kuantiti bahan kimia organik diskret yang digunakan; dan
apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan perisytiharan, sebagaimana yang ditetapkan.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Penyenggaraan dokumen dan daftar
37. (1) Mana-mana orang yang melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti yang dinyatakan dalam seksyen 36 hendaklah—
menyenggara suatu daftar dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan; dan
menyimpan semua dokumen selama tempoh yang ditetapkan, berkenaan dengan operasi kemudahannya berhubung dengan bahan kimia organik diskret.
Daftar itu hendaklah—
disimpan semata-mata bagi tujuan mencatatkan apa-apa rekod dan maklumat sebagaimana yang ditetapkan;
dikemaskinikan dan dalam keadaan teratur dan baik; dan
disimpan selama tempoh yang ditetapkan itu.
34 Undang-undang Malaysia AKTA 641
Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah menyebabkan daftar itu tersedia bagi pemeriksaan jika dan apabila dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Kebangsaan, mana-mana Inspektor
Kebangsaan, mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, dan mana-mana Pegawai Kanan Kastam.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3)
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
BAHAGIAN V
PEMERIKSAAN ANTARABANGSA
Inspektor Antarabangsa
38. (1) Menteri boleh mengeluarkan kepada mana-mana orang yang merupakan anggota pasukan pemeriksaan bagi Urus Setia Teknikal
Pertubuhan suatu perakuan untuk menjadi Inspektor Antarabangsa bagi tujuan Akta ini.
Perakuan yang dikeluarkan kepada orang di bawah subseksyen (1) hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:
identiti orang itu termasuk nama, taraf dan kuasanya untuk menjalankan pemeriksaan di Malaysia;
keistimewaan dan kekebalan yang terpakai bagi orang itu; dan
apa-apa maklumat lain dan apa-apa syarat yang terpakai bagi aktiviti pemeriksaan di Malaysia oleh orang itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.
Konvensyen Senjata Kimia 35
Pemeriksaan
39. (1) Tertakluk kepada Akta ini, seseorang Inspektor Antarabangsa boleh, pada bila-bila masa yang munasabah dan selaras dengan peruntukan Akta ini dan Konvensyen—
memasuki mana-mana kemudahan di dalam Malaysia—
yang berkenaan dengannya perisytiharan telah dibuat di bawah Bahagian IV;
yang tertakluk kepada pemeriksaan dicabar di tapak yang disebut dalam perenggan 8
Perkara
IX
Konvensyen; atau
yang berkenaan dengannya suatu siasatan di bawah perenggan 9 Perkara X Konvensyen telah dimulakan;
menjalankan pemeriksaan di kemudahan itu dengan cara yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan
Konvensyen; dan
memasang, menggunakan dan menyenggara, di mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan mana-mana kemudahan itu alat pengawasan, sistem dan lak dengan cara yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan Konvensyen.
Mana-mana Inspektor Antarabangsa hendaklah, apabila diminta oleh tuan punya atau orang yang bertanggungjawab bagi sesuatu kemudahan yang hendak diperiksa oleh
Inspektor
Antarabangsa itu, menunjukkan perakuan kepada orang itu bagi pengesahan identitinya.
Semasa menjalankan pemeriksaan dicabar, seseorang Inspektor
Antarabangsa boleh diiringi oleh seorang pemerhati bagi tujuan memberikan kesan kepada perenggan 12 Perkara IX Konvensyen.
36 Undang-undang Malaysia AKTA 641
Kuasa anggota Pihak Berkuasa Kebangsaan berhubung dengan pemeriksaan oleh Inspektor Antarabangsa
40. (1) Pemeriksaan di bawah seksyen 39 tidak boleh dijalankan melainkan jika Inspektor Antarabangsa itu diiringi oleh seorang anggota Pihak Berkuasa Kebangsaan atau seorang Inspektor
Kebangsaan.
Mana-mana anggota Pihak Berkuasa Kebangsaan atau seseorang Inspektor Kebangsaan boleh mengarahkan tuan punya atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi kemudahan yang sedang diperiksa supaya—
memberi Inspektor Antarabangsa akses kepada apa-apa kawasan, bekas atau benda di kemudahan yang sedang diperiksa itu dengan cara yang selaras dengan peruntukan
Akta ini dan Konvensyen;
membenarkan Inspektor Antarabangsa memeriksa apa-apa jua di kemudahan yang sedang diperiksa itu;
membenarkan Inspektor Antarabangsa membuat salinan apa-apa maklumat yang terkandung di dalam rekod, dokumen atau data berkomputer yang disimpan atau digunakan berhubung dengan kemudahan yang sedang diperiksa itu dan membawa keluar salinan itu daripada kemudahan itu;
membenarkan Inspektor Antarabangsa mengambil gambar apa-apa jua di dalam kemudahan yang sedang diperiksa itu;
membenarkan Inspektor Antarabangsa menemu bual mana-mana orang di kemudahan yang sedang diperiksa itu; dan
membenarkan Inspektor Antarabangsa mengambil sampel di dalam kemudahan, pengangkut atau mana-mana tempat lain yang sedang diperiksa, bagi analisis.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
Konvensyen Senjata Kimia 37
satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Waran bagi pemeriksaan
41. (1) Jika persetujuan tuan punya atau orang yang bertanggungjawab bagi mana-mana kemudahan untuk memasuki kemudahan itu bagi tujuan yang disebut dalam seksyen 39 tidak diperoleh, mana-mana anggota Pihak Berkuasa Kebangsaan atau seseorang
Inspektor Kebangsaan boleh memohon suatu waran bagi pihak Inspektor Antarabangsa.
Seseorang Majistret yang kepadanya permohonan bagi mendapatkan waran dibuat di bawah subseksyen ini boleh, jika dia berpuas hati dengan perakuan bersumpah yang diikrarkan oleh mana-mana anggota Pihak Berkuasa Kebangsaan atau seseorang Inspektor Kebangsaan bahawa—
syarat bagi kemasukan yang diperihalkan dalam seksyen 39
telah dipenuhi berkenaan dengan kemudahan itu;
kemasukan ke kemudahan itu adalah perlu bagi apa-apa tujuan yang berhubungan dengan pentadbiran Akta ini; dan
kemasukan ke kemudahan itu telah ditolak, mengeluarkan waran yang membenarkan anggota Pihak Berkuasa
Kebangsaan atau seseorang Inspektor Kebangsaan dan Inspektor
Antarabangsa yang dinamakan memasuki kemudahan itu bagi tujuan pemeriksaan yang disebut dalam seksyen 39, tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditetapkan dalam waran itu.
Menggunakan kekerasan
42. Jika kekerasan diperlukan untuk memasuki mana-mana kemudahan yang dinyatakan dalam waran yang dikeluarkan di bawah seksyen 41, orang yang melaksanakan waran itu boleh meminta bantuan pegawai polis untuk menggunakan kekerasan yang munasabah dalam hal keadaan itu.
38 Undang-undang Malaysia AKTA 641
BAHAGIAN VI
PENGUATKUASAAN
Kuasa penguatkuasaan
43. (1) Seseorang Inspektor Kebangsaan, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau Pegawai Kanan
Kastam boleh menjalankan semua kuasa penguatkuasaan di bawah
Akta ini.
Tiap-tiap Inspektor Kebangsaan, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau Pegawai
Kanan Kastam, apabila bertindak terhadap mana-mana orang di bawah Akta ini, hendaklah menyatakan jawatannya dan hendaklah apabila diminta mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak itu apa-apa kad kuasa yang telah dikeluarkan kepada Inspektor Kebangsaan atau pegawai itu.
Kuasa penyiasatan
44. (1) Mana-mana Inspektor Kebangsaan, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau Pegawai Kanan
Kastam hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.
Bagi maksud subseksyen (1), Kanun Tatacara Jenayah
[Akta 593] hendaklah terpakai dan Inspektor Kebangsaan, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada
Inspektor atau Pegawai Kanan Kastam hendaklah mempunyai segala kuasa yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah.
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran
45. (1) Sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah
Kanun Tatacara Jenayah, jika seseorang Inspektor Kebangsaan, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau
Pegawai Kanan Kastam mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh
Konvensyen Senjata Kimia 39
waran geledah penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, Inspektor Kebangsaan, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau Pegawai Kanan
Kastam itu boleh masuk ke dalam mana-mana kemudahan, pengangkut atau tempat lain dan menyita apa-apa senjata kimia, agen kawalan rusuhan atau bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1, 2
atau 3, atau apa-apa bekas, bungkusan, pengangkut atau barang lain yang di dalamnya senjata kimia, agen kawalan rusuhan atau bahan kimia toksik itu distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer.
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (3), jika apa-apa senjata kimia, agen kawalan rusuhan atau bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1, 2
atau 3, dan apa-apa bekas, bungkusan, pengangkut atau barang lain yang di dalamnya senjata kimia, agen kawalan rusuhan atau bahan kimia toksik itu disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer disita di bawah subseksyen (1), pegawai yang menyita itu hendaklah menyediakan senarai benda yang disita dan dengan segera menghantarserahkan satu salinan yang ditandatanganinya kepada tuan punya atau orang yang bertanggungjawab bagi kemudahan, pengangkut atau tempat lain yang telah digeledah, atau kepada ejen atau pekhidmat tuan punya atau orang itu, di kemudahan, pengangkut atau tempat lain itu.
Jika kemudahan, pengangkut atau tempat lain itu tidak berpenghuni, pegawai yang menyita itu hendaklah bilamana mungkin menampalkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di kemudahan, pengangkut atau tempat lain itu.
Akses kepada data berkomputer
46. (1) Inspektor Kebangsaan, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau Pegawai Kanan Kastam yang menjalankan penggeledahan di bawah Akta ini hendaklah diberi akses kepada data berkomputer sama ada yang distorkan dalam suatu komputer atau selainnya.
40 Undang-undang Malaysia AKTA 641
Dalam seksyen ini, “akses” termasuklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang diperlukan untuk membolehkan data berkomputer difahami.
Pelucuthakan senjata kimia, dsb.
47. (1) Semua senjata kimia, agen kawalan rusuhan dan bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1, 2 dan 3, berserta dengan apa-apa bekas, bungkusan, pengangkut atau barang lain yang di dalamnya senjata kimia, agen kawalan rusuhan dan bahan kimia toksik itu distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer yang disita pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan.
Mahkamah yang membicarakan mana-mana orang yang dipertuduh melakukan kesalahan di bawah Akta ini boleh pada akhir perbicaraan itu, sama ada orang itu didapati bersalah atau tidak, memerintahkan supaya senjata kimia, agen kawalan rusuhan dan bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1, 2 dan 3, berserta dengan apa-apa bekas, bungkusan, pengangkut atau barang lain yang di dalamnya senjata kimia, agen kawalan rusuhan dan bahan kimia toksik itu distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer yang disita daripada orang itu dimusnahkan.
Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa senjata kimia, agen kawalan rusuhan dan bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1, 2 dan 3, senjata kimia, agen kawalan rusuhan dan bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1, 2
dan 3 itu, berserta dengan apa-apa bekas, bungkusan, pengangkut atau barang lain yang di dalamnya senjata kimia, agen kawalan rusuhan dan bahan kimia toksik itu distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer hendaklah diambil dan disifatkan dilucuthakkan apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh ia disita melainkan jika suatu tuntutan dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5) dan (6).
Konvensyen Senjata Kimia 41
Tuntutan di bawah subseksyen (3) hanya boleh dibuat berkenaan dengan bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam
Jadual 1, 2 dan 3, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer.
Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah tuan punya mana-mana bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1, 2 dan 3, buku, dokumen atau data berkomputer yang disita di bawah Akta ini dan bahawa bahan kimia toksik, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer itu tidak boleh dilucuthakkan boleh memberikan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, notis kepada pegawai yang menyita mengenai tuntutannya itu.
Apabila notis di bawah subseksyen (5) diterima, pegawai yang menyita hendaklah merujukkan perkara itu kepada Mahkamah Sesyen bagi mendapatkan keputusan.
Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah tuan punya bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1, 2 dan 3, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer dan orang yang daripadanya ia disita hadir di hadapan mahkamah itu dan apabila mereka hadir atau mereka tidak hadir, tetapi penyampaian saman dengan sewajarnya telah dibuktikan, mahkamah itu hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu, dan apabila terbukti bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa bahan kimia toksik, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer ialah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya bahan kimia toksik, buku, dokumen atau data berkomputer itu dilucuthakkan atau boleh, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasan bahan kimia toksik, buku, dokumen atau data berkomputer itu kepada orang yang berhak kepadanya.
Apa-apa senjata kimia, agen kawalan rusuhan atau bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1, 2 atau 3, berserta dengan apa-apa bekas, bungkusan, pengangkut atau barang lain yang di dalamnya senjata kimia, agen kawalan rusuhan atau bahan kimia toksik itu distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer yang dilucuthakkan atau disifatkan
42 Undang-undang Malaysia AKTA 641
dilucuthakkan hendaklah dihantarserahkan kepada Pihak Berkuasa
Kebangsaan yang hendaklah melupuskannya mengikut apa-apa cara yang difikirkannya sesuai.
Kos memegang senjata kimia, dsb., yang disita
48. Jika apa-apa senjata kimia, agen kawalan rusuhan atau bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1, 2 atau 3, atau apa-apa bekas, bungkusan, pengangkut atau barang lain yang di dalamnya senjata kimia, agen kawalan rusuhan atau bahan kimia toksik itu distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan
Kerajaan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegang benda itu dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati bersalah atas suatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan oleh orang itu dan hendaklah didapatkan dengan sewajarnya.
Tiada kos atau ganti rugi berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan
49. Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa senjata kimia, agen kawalan rusuhan atau bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam
Jadual 1, 2 atau 3, atau apa-apa bekas, bungkusan, pengangkut atau barang lain yang di dalamnya senjata kimia, agen kawalan rusuhan atau bahan kimia toksik distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer yang disita pada menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.
Perlindungan pemberi maklumat
50. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada saksi dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah boleh
Konvensyen Senjata Kimia 43
dikehendaki atau dibenarkan mendedahkan nama atau alamat mana-mana pemberi maklumat atau isi dan jenis maklumat yang diterima daripadanya atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan dia diketahui.
Jika apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan dia diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan supaya semua catatan sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadam hanya setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.
Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah
Akta ini mahkamah selepas siasatan penuh tentang kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan matan yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa mengetahui siapa pemberi maklumat itu, adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki pengemukaan aduan asal, jika bertulis, dan membenarkan siasatan dan menghendaki pendedahan sepenuhnya tentang pemberi maklumat itu.
BAHAGIAN VII
PELBAGAI
Notis bagi pendedahan maklumat
51. (1) Pihak Berkuasa Kebangsaan boleh menghantar notis kepada mana-mana orang yang Pihak Berkuasa Kebangsaan percaya berdasarkan sebab yang munasabah mempunyai maklumat atau dokumen yang berkaitan dengan penguatkuasaan Akta ini, meminta orang itu memberikan maklumat atau dokumen itu kepada Pihak
Berkuasa Kebangsaan.
Seseorang yang menerima notis yang disebut dalam subseksyen (1), hendaklah memberikan maklumat dan dokumen yang
44 Undang-undang Malaysia AKTA 641
diminta kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan dalam bentuk yang ditetapkan dan dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2), melakukan suatu kesalahan.
Maklumat adalah istimewa dan sulit
52. (1) Apa-apa maklumat dan dokumen yang diperoleh menurut
Akta ini atau Konvensyen adalah istimewa dan sulit.
Maklumat dan dokumen dalam subseksyen (1) tidak istimewa atau sulit jika ia dikehendaki supaya didedahkan atau disampaikan bagi tujuan kepentingan negara, keselamatan negara atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
Tiada seorang pun yang memiliki maklumat atau dokumen istimewa atau sulit boleh secara sedar, tanpa keizinan bertulis orang yang daripadanya ia diperoleh, menyampaikan maklumat atau dokumen itu atau membenarkan maklumat atau dokumen itu disampaikan kepada mana-mana orang, atau membenarkan mana-mana orang mendapat akses kepada maklumat atau dokumen itu, kecuali—
bagi tujuan penguatkuasaan Akta ini atau memberikan kesan kepada Konvensyen; atau
menurut obligasi Kerajaan Malaysia di bawah Konvensyen.
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada seorang pun boleh dikehendaki, berkaitan dengan apa-apa prosiding undang-undang, mengemukakan apa-apa pernyataan atau rekod lain yang mengandungi maklumat atau dokumen istimewa atau sulit, atau memberikan keterangan yang berhubungan dengannya, melainkan jika prosiding itu berhubung dengan penguatkuasaan Akta ini.
Konvensyen Senjata Kimia 45
Perlindungan pegawai
53. Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Pihak
Berkuasa Kebangsaan, seseorang Inspektor Kebangsaan, mana-mana pegawai yang dilantik dengan sewajarnya di bawah Akta ini, seseorang pegawai polis atau seseorang
Pegawai Kanan Kastam bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diperintahkan atau yang dilakukan bagi tujuan melaksanakan Akta ini jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan bahawa ia perlu bagi tujuan yang dimaksudkan untuk dicapai dengannya.
Pemulaan pendakwaan
54. Tiada pendakwaan bagi atau berhubung dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan kebenaran bertulis Pendakwa Raya.
Halangan
55. (1) Tiada seorang pun boleh menghalang, merintangi atau mengganggu mana-mana anggota Pihak Berkuasa Kebangsaan, seseorang Inspektor Antarabangsa, seseorang Inspektor Kebangsaan, mana-mana pegawai yang dilantik dengan sewajarnya di bawah
Akta ini, seseorang pegawai polis atau seseorang Pegawai Kanan
Kastam dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan.
Kesalahan berkenaan dengan maklumat
56. (1) Mana-mana orang yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan dalam apa-apa permohonan, laporan atau dokumen lain bagi apa-apa tujuan di bawah
Akta ini melakukan suatu kesalahan.
46 Undang-undang Malaysia AKTA 641
Mana-mana orang yang—
memberikan atau menyebabkan supaya diberikan apa-apa butiran, maklumat atau pernyataan yang palsu atau mengelirukan berkenaan dengan apa-apa perkara kepada mana-mana Inspektor Kebangsaan, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau Pegawai
Kanan Kastam yang dikehendaki oleh pegawai itu supaya diberikan di bawah Akta ini;
enggan menjawab atau memberikan jawapan palsu kepada apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya oleh mana-mana Inspektor Kebangsaan, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau Pegawai
Kanan Kastam bagi tujuan mendapatkan apa-apa butiran, maklumat atau pernyataan yang dikehendaki supaya diberikan di bawah Akta ini; atau
gagal atau enggan mengemukakan apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh mana-mana Inspektor
Kebangsaan, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau Pegawai Kanan Kastam, melakukan suatu kesalahan.
Kuasa untuk meminda Jadual
57. Jika apa-apa pindaan dibuat kepada Konvensyen menurut
Perkara XV Konvensyen, Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual mengikut pindaan kepada
Konvensyen.
Penalti am
58. Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Konvensyen Senjata Kimia 47
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
59. Jika apa-apa kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa sebagai bertindak atas mana-mana sifat sedemikian, atau yang dalam apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab atas pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu, atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian, juga melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar dilakukannya untuk mencegah pelakuan kesalahan itu, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan.
Kesalahan oleh pekerja atau ejen
60. Jika mana-mana orang boleh di bawah Akta ini dikenakan hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran, maka orang itu boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran sedemikian oleh mana-mana pekerja atau ejennya, atau ejen pekerja itu, jika perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh pekerja orang itu dalam masa penggajiannya atau oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak orang itu atau oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajian pekerja itu oleh ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.
Kesalahan di luar Malaysia
61. (1) Mana-mana orang yang melakukan atau meninggalkan daripada melakukan, di luar Malaysia, sesuatu perbuatan dan pelakuan perbuatan itu atau peninggalan perbuatan itu, jika dilakukan atau ditinggalkan di dalam Malaysia, menjadi kesalahan di bawah Akta ini, hendaklah, jika orang itu ialah warganegara Malaysia atau pemastautin tetap, disifatkan telah melakukan perbuatan itu atau meninggalkan perbuatan itu di dalam Malaysia.
48 Undang-undang Malaysia AKTA 641
Apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang di bawah seksyen ini yang boleh menghalang prosiding yang berikut terhadap orang itu bagi kesalahan yang sama jika kesalahan itu dilakukan di dalam Malaysia, hendaklah menjadi penghalang kepada prosiding lanjut terhadapnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan ekstradisi orang berkenaan dengan kesalahan yang sama di luar Malaysia.
Peraturan-peraturan
62. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi memberikan kuat kuasa penuh kepada peruntukan
Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen
, peraturan-peraturan boleh dibuat—
untuk menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti oleh anggota Pihak Berkuasa Kebangsaan pada menjalankan fungsi mereka di bawah Akta ini;
untuk menetapkan apa-apa borang bagi tujuan Akta ini;
untuk menetapkan mengenai apa-apa maklumat yang hendaklah dikemukakan dan apa-apa perisytiharan yang hendaklah dikemukakan bagi tujuan Akta ini;
untuk menetapkan tatacara bagi membuat permohonan untuk mendapatkan kebenaran dan penentuan persoalan-persoalan berkaitan dengan pengeluaran dan penarikbalikan kebenaran dan syarat-syarat yang akan dikenakan pada kebenaran itu dan tatacara berkaitan dengan rayuan;
untuk menetapkan tatacara bagi permohonan perakuan pengguna akhir, dan syarat-syarat yang akan dikenakan pada perakuan pengguna akhir itu;
untuk menetapkan fi yang kena dibayar di bawah Akta ini dan cara bagi memungut dan mengendalikan fi itu;
Konvensyen Senjata Kimia 49
untuk menetapkan bentuk daftar yang kena disimpan dan disenggara oleh tuan punya kemudahan dan maklumat yang kena direkodkan dalam daftar itu;
untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara di bawah
Akta ini yang dikehendaki atau dibenarkan ditetapkan atau yang perlu dan suai manfaat untuk ditetapkan.
JADUAL 1
(Bab 1 dan 2)
(nombor daftar
Khidmat Abstrak Kimia)
A. Bahan kimia toksik (tidak termasuk prekursornya):
1. O-Alkil (<C10, termasuk sikloalkil) alkil
(Me, Et, n-Pr atau i-Pr)- fosfonofluoridat misalnya Sarin: O-Isopropil metilfosfonofluoridat
(107-44-88)
Soman: O-Pinakolil metilfosfonofluoridat
(96-64-0)
2. O-Alkil (<C10, termasuk sikloalkil) N,N-dialkil
(Me, Et, n-Pr atau i-Pr) fosforamidosianidat misalnya Tabun: O-Etil N,N-dimetil fosforamidosianidat
(77-81-6)
3. O-Alkil (H atau <C10, termasuk sikloalkil) S-2-dialkil
(Me, Et, n-Pr atau i-Pr)- aminoetil alkil
(Me, Et, n-Pr atau i-Pr) fosfonothiolat dan garam beralkil atau berproton yang bersamaan misalnya VX: O-Etil S-2-diisopropilaminoetil metil fosfonothiolat
(50782-69-9)
4. Mustard sulfur
2 -Kloroetilklorometilsulfida
(2625-76-5)
Gas mustard: Bis(2-kloroetil)sulfida
(505-60-2)
Bis(2-kloroetilthio)metana
(63869-13-6)
Seskuimustard: 1, 2 Bis(2-kloroetilthio)etana
(3563-36-8)
1,3- Bis(2-kloroetilthio)-n-propana
(63905-10-2)
1,4- Bis(2-kloroetilthio)-n-butana
(142868-93-7)
1,5- Bis(2-kloroetilthio)-n-pentana
(142868-94-8)
Bis(2-kloroetilthiometil)eter
(63918-90-1)
O-Mustard: Bis(2-kloroetilthioetil)eter
(63918-89-8)
5. Lewisites
Lewisite 1: 2-Klorovinildikloroarsin
(541-25-3)
Lewisite 2: Bis(2-klorovinil)kloroarsin
(40334-69-8)
Lewisite 3: Tris(2-klorovinil)arsin
(40334-70-1)
50 Undang-undang Malaysia AKTA 641
6. Mustard nitrogen
HN 1: Bis(2-kloroetil)etilamina
(538-07-8)
HN2 : Bis(2- kloroetil)metilamina
(51-75-2)
HN3 : Tris(2- kloroetil)amina
(555-77-1)
7. Saxitoksin
(35523 -89-8)
8. Risin
(9009-86-3)
(nombor daftar
Khidmat Abstrak Kimia)
A. Bahan kimia toksik (tidak termasuk prekursornya):
8A. Р-alkil (H atau ≤C10, termasuk sikloalkil)
N-(1-(dialkil (≤C10, termasuk sikloalkil)
amino)) alkilidena(H atau ≤C10, termasuk sikloalkil)
fosfonamidik fluorida dan garam beralkil atau berproton yang bersamaan misalnya: N-(1-(di-n-desilamino)-
(2387495-99-8)
n-desilidena)-P-desilfosfonamidik fluorida
Metil-(1-
(dietilamino)
(2387496-12-8)
etilidena) fosfonamidofluoridat
8B. O-alkil (H atau ≤C10, termasuk sikloalkil)
N-(1-(dialkil(≤C10, termasuk sikloalkil)
amino)) alkilidena
(H atau ≤C10, termasuk sikloalkil) fosforamidofluoridat dan garam beralkil atau berproton yang bersamaan misalnya: O-n-Desil N-(1-(di-n-
(2387496-00-4)
desilamino)-n-desilidena)
fosforamidofluoridat
Metil (1-
(dietilamino)
(2387496-04-8)
etilidena)
fosforamidofluoridat
Etil (1-
(dietilamino)etilidena)
(2387496-06-0)
fosforamidofluoridat
8C. Metil-(bis(dietilamino)metilena)
(2387496-14-0)
Fosfonamidofluoridat
8D. Karbamat (kuaterner dan biskuaterner dimetilkarbamoiloksipiridina)
Kuaterner dimetilkarbamoiloksipiridina:
1-[N,N-dialkil(≤C10)-N-(n-(hidroksil, siano, asetoksi)alkil (≤C10)) ammonio]-n-
[N-(3-dimetilkarbamoksi-α-pikolinil)-N,
N-dialkil(≤C10) ammonio]dekana dibromida (n=1-8)
Konvensyen Senjata Kimia 51
misalnya: 1-[N,N-dimetil-N-(2-hidroksi)
(77104-62-2)
etilammonio]-10-[N-(3-
dimetilkarbamoksi-α-pikolinil)-N,
N-dimetilammonio]dekana dibromida
Biskuaterner dimetilkarbamoiloksipiridina:
1,n-Bis[N-(3-dimetilkarbamoksi-α-pikolil)-N,
N-dialkil(≤C10) ammonio]-alkana-(2,(n-1)-dion)
dibromida (n=2-12)
misalnya: 1,10-Bis[N-(3-
(77104-00-8)
dimetilkarbamoksi-
α-pikolil)-N-etil-N-metilammonio]dekana-2,
9-dion dibromida
B. Prekursor:
9. Alkil (Me, Et, n-Pr atau i-Pr) fosfonildifluorida misalnya DF: Metilfosfonildifluorida
(676-99-3)
10. O-Alkil (H atau <C10, termasuk sikloalkil) 0-2-dialkil
(Me, Et, n-Pr atau i-Pr)- aminoetil alkil
(Me, Et, n-Pr atau i-Pr)- fosfonit dan garam beralkil atau berproton yang bersamaan misalnya QL: O-Etil 0-2-diisopropilaminoetil
(57856-11-8)
metilfosfonit
11. Klorosarin: O-Isopropil metilfosfonokloridat
(1445-76-7)
12. Klorosoman: O-Pinakolil metilfosfonokloridat
(7040-57-5)
JADUAL 2
(Bab 1 dan 3)
(nombor daftar
Khidmat Abstrak Kimia)
A. Bahan kimia toksik (tidak termasuk prekursornya):
1. Amiton: 0,0-Dietil S-[2-
(dietilamino)etil]
fosforothiolat
(78-53-5)
dan garam beralkil atau berproton yang bersamaan
2. PFIB : 1,1,3,3,3-Pentafloro-2-
(triflorometil)-1-propena
(382-21-8)
3. BZ: 3-Kuinuklidinil benzilat (*)
(6581-06-2)
52 Undang-undang Malaysia AKTA 641
B. Prekursor:
4. Bahan kimia, kecuali yang disenaraikan dalam Jadual 1, yang mengandungi atom fosforus yang kepadanya terikat satu kumpulan metil, etil atau propil (normal atau iso) tetapi bukan atom karbon selanjutnya, misalnya Metilfosfonil diklorida
(676-97-1)
Dimetil metilfosfonat
(756-79-6)
Pengecualian: Fonofos: O-Etil S-fenil
Etilfosfonothiolothionat
(944-22 -9)
5. N ,N-Dialkil (Me, Et, n-Pr atau i-Pr) fosforamidik dihalida
6. Dialkil (Me, Et, n-Pr atau i-Pr) N,N-dialkil
(Me, Et, n-Pr atau i-Pr)-fosforamidat
7. Arsenik triklorida
(7784-34-1)
8. Asid 2,2-Difenil-2-hidroksiasetik
(76-93-7)
9. Kuinuklidin-3-ol
(1619-34-7)
10. N ,N-Dialkil (Me, Et, n-Pr atau i-Pr) aminoetil-2-klorida dan garam berproton yang bersamaan
11. N ,N-Dialkil (Me, Et, n-Pr atau i-Pr) aminoetana-2-ol dan garam berproton yang bersamaan
Pengecualian: N, N-Dimetilaminoetanol dan
(108-01-0)
garam berproton yang bersamaan
N , N-Dietilaminoetanol dan
(100-37-8)
garam berproton yang bersamaan
12. N ,N-Dialkil (Me, Et, n-Pr atau i-Pr) aminoetana-2-thiol dan garam berproton yang bersamaan
13. Thiodiglikol: Bis(2-hidroksietil)sulfida
(111-48-8)
14. Pinakolil alkohol: 3,3-Dimetilbutan-2-ol
(464-07-3)
JADUAL 3
(Bab 1 dan 3)
(nombor daftar
K hidmat Abstrak Kimia)
A. Bahan kimia toksik (tidak termasuk prekursornya):
1. Fosgena: Karbonil diklorida
(75-44-5)
2. Sianogen klorida
(506-77-4)
Konvensyen Senjata Kimia 53
3. Hidrogen sianida
(74-90-8)
4. Kloropikrin: Trikloronitrometana
(76-06-2)
B. Prekursor:
5. Fosforus oksiklorida
(10025-87-3)
6. Fosforus triklorida
(7719-12-2)
7. Fosforus pentaklorida
(10026-13-8)
8. Trimetil fosfit
(121-45-9)
9. Trietil fosfit
(122 -52-1)
10. Dimetil fosfit
(868-85-9)
11. Dietil fosfit
(762-04-9)
12. Sulfur monoklorida
(10025-67-9)
13. Sulfur diklorida
(10545-99-0)
14. Thionil klorida
(7719-09-7)
15. Etildietanolamina
(139-87-7)
16. Metildietanolamina
(105-59-9)
17. Trietanolamina
(102-71-6)
54
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 641
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
P. U. (A) 115/2021
Perintah Konvensyen Senjata Kimia
(Pindaan Jadual 1) 2021 17-03-2021
55
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 641
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Jadual 1
(8A-8D)
P. U. (A) 115/2021 17-03-2021