Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA KONVENSYEN SENJATA KIMIA 2005

Seksyen 3

Tafsiran

“agen kawalan rusuhan” ertinya apa-apa bahan kimia yang tidak disenaraikan dalam Jadual 1, 2 atau 3 yang boleh mengakibatkan perengsaan deria atau kesan kehilangan upaya fizikal dengan cepat kepada manusia yang hilang dalam masa yang singkat selepas pendedahan kepada bahan-bahan kimia itu berakhir;

“Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

“anggota”

ertinya mana-mana anggota

Pihak

Berkuasa

Kebangsaan yang dilantik di bawah subseksyen 6(2);

“bahan kimia organik diskret” ertinya apa-apa bahan kimia yang termasuk dalam kelas sebatian bahan kimia yang mengandungi semua sebatian karbon, kecuali bagi oksida, sulfida dan karbonat logamnya, yang boleh dikenal pasti melalui nama kimia, melalui formula struktur, jika diketahui, dan nombor daftar Khidmat Abstrak Kimia, jika diberikan;

“bahan kimia toksik” ertinya apa-apa bahan kimia yang melalui tindak balas kimianya ke atas proses kehidupan boleh menyebabkan kematian, ketidakupayaan sementara atau kecederaan kekal kepada manusia atau binatang, dan termasuklah prekursor bahan kimia toksik;

Konvensyen Senjata Kimia 9

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan;

“Inspektor Antarabangsa” ertinya seseorang yang memegang perakuan yang dikeluarkan oleh Menteri di bawah subseksyen 38(2);

“Inspektor Kebangsaan” ertinya mana-mana orang yang dilantik oleh Menteri di bawah subseksyen 5(1);

“kemudahan” ertinya apa-apa tapak perindustrian yang terdiri daripada mana-mana yang berikut:

(a)

apa-apa kerja atau kilang (“tapak loji”) yang merupakan persepaduan setempat satu loji atau lebih berserta mana-mana peringkat pentadbiran pertengahan, yang berada di bawah satu kawalan pengendalian, dan termasuklah infrastruktur lazim, seperti—

(i)

pejabat pentadbiran dan pejabat lain;

(ii)

kedai membaiki dan penyenggaraan;

(iii)

pusat perubatan;

(iv)

utiliti;

(v)

makmal analisis pusat;

(vi)

makmal kajian dan pembangunan;

(vii)

kawasan efluen pusat dan rawatan buangan; dan

(viii)

kawasan penyimpanan gudang;

(b)

apa-apa kemudahan pengeluaran atau bengkel (“loji”) yang merupakan suatu kawasan yang agak lengkap, struktur atau bangunan yang terdiri daripada satu unit atau lebih berserta infrastruktur tambahan dan bersekutu, seperti—

(i)

suatu bahagian pentadbiran yang kecil;

10 Undang-undang Malaysia AKTA 641

(ii)

kawasan penyimpanan atau pengendalian bagi stok suapan dan keluaran;

(iii)

suatu kawasan pengendalian atau rawatan efluen atau buangan;

(iv)

suatu makmal kawalan atau analisis;

(v)

suatu bahagian perkhidmatan pertolongan cemas atau suatu bahagian berhubung dengan perubatan; dan

(vi)

rekod yang berkaitan dengan pergerakan masuk, di sekitar dan dari tapak, bahan kimia yang diisytihar dan stok suapan atau keluaran yang dibentuk daripada bahan kimia yang diisytihar dan stok suapan, sebagaimana yang berkenaan;

(c)

apa-apa unit pengeluaran atau unit pemprosesan (“unit”) yang merupakan gabungan barang kelengkapan, termasuk vesel dan komponen vesel, yang perlu bagi pengeluaran pemprosesan atau penggunaan sesuatu bahan kimia;

“Konvensyen”

ertinya

Konvensyen tentang

Larangan

Penghasilan, Pengeluaran, Pengumpulan Stok dan Penggunaan

Senjata Kimia dan tentang Pemusnahannya;

“Menteri”, melainkan jika dinyatakan secara nyata selainnya, ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri;

“pemerhati” ertinya seorang wakil Negara Pihak meminta kepada

Konvensyen atau Negara Pihak ketiga kepada Konvensyen yang hadir di Malaysia untuk memerhati sesuatu pemeriksaan dicabar;

“pemeriksaan dicabar” ertinya pemeriksaan apa-apa kemudahan atau lokasi di Malaysia atau di mana-mana tempat lain di bawah bidang kuasa atau kawalan Malaysia yang diminta oleh Negara Pihak yang lain menurut perenggan 8 hingga 25 Perkara IX Konvensyen;

Konvensyen Senjata Kimia 11

“pengangkut” termasuklah mana-mana kapal, kereta api, kenderaan dan pesawat udara dan apa-apa cara pengangkutan lain yang melaluinya orang atau barang-barang boleh dibawa;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Pihak Berkuasa Kebangsaan sebagaimana yang dinyatakan di bawah perenggan 6(2)(a);

“Pertubuhan” ertinya Pertubuhan bagi Larangan tentang Senjata

Kimia yang ditubuhkan menurut Perkara VIII Konvensyen;

“Pihak

Berkuasa

Kebangsaan”

ertinya

Pihak

Berkuasa

Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 6(1);

“prekursor” ertinya apa-apa tindak balas kimia yang berlaku pada mana-mana tahap dalam pengeluaran melalui apa-apa jua kaedah bahan kimia toksik, termasuk apa-apa komponen utama sesuatu dwiunsur atau sistem kimia berbilang komponen;

“senjata kimia” ertinya yang berikut, bersama atau secara berasingan:

(a)

bahan kimia toksik, kecuali jika dimaksudkan bagi tujuan yang tidak dilarang di bawah Konvensyen, selagi jenis dan kuantiti adalah selaras dengan tujuan itu;

(b)

senjata dan peranti yang direka bentuk secara khusus untuk menyebabkan kematian atau bahaya yang lain melalui sifat toksik bahan kimia toksik yang dinyatakan dalam perenggan

(a)

yang dilepaskan akibat daripada penggunaan senjata dan peranti itu;

(c)

apa-apa kelengkapan yang direka bentuk secara khusus untuk digunakan secara langsung berkaitan dengan penggunaan senjata dan peranti yang dinyatakan dalam perenggan (b);

“tujuan yang tidak dilarang di bawah Konvensyen” ertinya—

(a)

tujuan perindustrian, pertanian, kajian, perubatan, farmaseutikal atau keamanan lain;

12 Undang-undang Malaysia AKTA 641

(b)

tujuan perlindungan, iaitu tujuan yang secara langsung berhubung dengan perlindungan terhadap bahan kimia toksik dan dengan perlindungan terhadap senjata kimia;

(c)

tujuan ketenteraan yang tidak berkaitan dengan penggunaan senjata kimia dan tidak bergantung kepada penggunaan sifat toksik bahan kimia sebagai kaedah perang;

(d)

tujuan penguatkuasaan undang-undang, termasuk kawalan rusuhan dalam negeri.

Undang-undang yang mengatasi