Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA KONVENSYEN SENJATA KIMIA 2005

Seksyen 6

(2)

Pihak Berkuasa Kebangsaan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

seorang Pengerusi, yang dilantik oleh Menteri;

(b)

seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri, yang dilantik oleh Menteri;

(c)

seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi pertahanan, yang dilantik oleh

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertahanan;

(d)

seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri, yang dilantik oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri;

(e)

seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa, yang dilantik oleh Menteri

14 Undang-undang Malaysia AKTA 641

yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa;

(f)

seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi teknologi, yang dilantik oleh

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi teknologi;

(g)

seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi alam sekitar, yang dilantik oleh

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi alam sekitar;

(h)

Pengarah

Bahagian

Perkhidmatan

Farmaseutikal,

Kementerian yang bertanggungjawab bagi kesihatan atau wakilnya;

(i)

Pengerusi Lembaga Racun Makhluk Perosak atau wakilnya;

(j)

Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling atau wakilnya;

(k)

Ketua Polis Negara atau wakilnya;

(l)

Ketua Pengarah Kastam atau wakilnya;

(m)

Ketua Pengarah Kimia atau wakilnya;

(n)

Ketua Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau wakilnya; dan

(o)

Ketua Pengarah Institut Kajian Sains dan Teknologi bagi

Pertahanan atau wakilnya.

(3)

Menteri yang berkenaan boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan (2)(b) hingga (g), melantik seorang anggota silih ganti untuk menghadiri mesyuarat Pihak

Berkuasa Kebangsaan apabila anggota itu tidak dapat hadir atas apa-apa sebab.

Konvensyen Senjata Kimia 15

Fungsi dan kuasa Pihak Berkuasa Kebangsaan

Section 6 — AKTA KONVENSYEN SENJATA KIMIA 2005 | mylaw.my