Malaysia legislation

Section 110

of AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005

Seksyen 110

(2)

Jika apa-apa benda telah disita di bawah Akta ini pegawai penguat kuasa boleh mengikut budi bicaranya memulangkan secara sementara apa-apa benda itu kepada pemunya atas jaminan yang diberikan yang memuaskan hatinya bahawa benda itu hendaklah diserahkan kepadanya atas permintaan atau untuk dikemukakan di hadapan mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa.

(3)

Suatu perintah bagi pelucuthakan di bawah subseksyen (1)

hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu merupakan hal perkara bagi atau digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.

(4)

Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini, objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis ke alamat yang terakhir diketahui orang yang daripadanya objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu disita yang menyatakan bahawa tiada pendakwaan berkenaan dengan objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu, melainkan jika sebelum habis tempoh itu suatu tuntutan baginya telah dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (5), (6), (7) dan (8).

(5)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang disebut di bawah subseksyen (4) dan bahawa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu tidak boleh dilucuthakkan boleh memberikan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis notis bertulis kepada pegawai penguat kuasa atau pegawai polis yang dalam milikannya objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu dipegang bahawa dia menuntut objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu.

Warisan Kebangsaan 73

(6)

Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (5) diterima, pegawai penguat kuasa atau pegawai polis itu hendaklah merujukkan perkara itu kepada Majistret untuk mendapatkan suatu keputusan.

(7)

Majistret yang kepadanya suatu perkara dirujukkan di bawah subseksyen (6) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu dan orang yang daripadanya objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu disita hadir di hadapan Majistret itu, dan apabila mereka hadir atau apabila mereka tidak hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, Majistret hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu.

(8)

Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang disebut dalam subseksyen (7) merupakan hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, maka

Majistret hendaklah memerintahkan supaya objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu dilucuthakkan dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan supaya objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu dilepaskan.

(9)

Mana-mana objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah dihantarserahkan kepada pegawai penguat kuasa atau pegawai polis dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Majistret.

(10)

Jika apa-apa jua yang disita pada menjalankan kuasa yang diberikan di bawah seksyen 100 atau seksyen 101 merupakan daripada jenis yang mudah musnah atau jika jagaan benda itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah,

Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya atau Penolong Pesuruhjaya atau pegawai penguat kuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengarahkan supaya benda itu dijual pada bila-bila masa dan hasil jualan itu dipegang untuk mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan di bawah seksyen ini.

74

Undang-Undang Malaysia

Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan