/akn/my/act/act/2005/645

AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2005
Sections
126
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005 is Malaysia Act, cited as Act 645 2005, currently marked in force and first recorded in 2005.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pemuliharaan dan pemeliharaan Warisan Kebangsaan, warisan semula jadi, warisan kebudayaan ketara dan tidak ketara, warisan kebudayaan di bawah air, harta karun dan bagi perkara-perkara yang berkaitan. [1 Mac 2006; P.U. (B) 53/2006] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta; dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa

Akta ini bagi bahagian yang berlainan dalam Malaysia.

Akta 645

12

Undang-Undang Malaysia

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

(a)

mana-mana objek boleh alih yang berusia atau semunasabahnya dipercayai berusia sekurang-kurangnya lima puluh tahun;

Suggest a correction

(b)

mana-mana bahagian daripada mana-mana objek yang telah pada mana-mana tarikh yang terkemudian ditambah atau dibina semula atau dibaik pulih; dan

Suggest a correction

(c)

mana-mana peninggalan manusia, tumbuh-tumbuhan atau haiwan yang berusia atau semunasabahnya dipercayai berusia sekurang-kurangnya satu ratus tahun;

“butiran warisan” ertinya apa-apa Warisan Kebangsaan, tapak warisan, objek warisan atau warisan kebudayaan di bawah air yang disenaraikan dalam Daftar;

“butiran warisan asing” ertinya mana-mana butiran yang ditetapkan dan dilindungi sedemikian oleh perundangan sesuatu negara asing, yang merupakan suatu pihak kepada suatu triti tentang perlindungan objek atau bahan kebudayaan;

“Daftar” ertinya Daftar Warisan Kebangsaan yang diwujudkan dan disenggarakan di bawah seksyen 23 yang mengandungi suatu senarai butiran warisan;

“harta karun” ertinya apa-apa wang, syiling, emas, perak, saduran, barang kemas bulion, batu berharga atau apa-apa objek atau benda bernilai yang dijumpai tersembunyi dalam, atau dijumpai dalam apa-apa jua yang melekat pada, tanah atau dasar sesuatu sungai atau tasik atau laut, yang tuan punyanya tidak diketahui atau tidak dapat dijumpai, tetapi tidak termasuk apa-apa warisan kebudayaan ketara;

Warisan Kebangsaan 13

“kawasan” termasuklah kerja manusia atau gabungan kerja alam dan manusia, dan kawasan yang termasuk tapak zaman purba yang mempunyai nilai sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah, estetik, etnologi atau antropologi;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Warisan yang ditubuhkan di bawah seksyen 20;

“lapangan terbang kastam” dan “pelabuhan kastam” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Kastam 1967

[Akta 235];

“Majlis” ertinya Majlis Warisan Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 8;

“melindungi” ertinya pengenalpastian, perlindungan, pemuliharaan, pembaikpulihan, pengubahelokan, penyenggaraan, pendokumenan dan penggiatan semula perkara, artifak, kawasan bersejarah atau tradisional dan persekitarannya;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi warisan;

“monumen” ertinya kerja seni bina, kerja membuat arca dan mengecat monumen, elemen atau struktur daripada jenis arkeologi, inskripsi, penghunian gua dan gabungan ciri, yang mempunyai nilai sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah, seni atau sains;

“objek” termasuklah mana-mana benda purba boleh alih, warisan kebudayaan ketara, warisan kebudayaan tidak ketara dan objek bersejarah tetapi tidak termasuk harta karun;

“objek bersejarah” ertinya apa-apa artifak atau objek lain yang padanya terdapat kepentingan keagamaan, tradisional, artistik atau bersejarah dan termasuklah mana-mana—

Suggest a correction

(a)

bahan etnografi seperti alat rumah tangga atau pertanian, benda perhiasan atau perhiasan diri;

Suggest a correction

(b)

kerja seni seperti ukiran, pembuatan arca, lukisan, seni bina, tekstil, alat muzik, senjata dan apa-apa kerja tangan lain;

Suggest a correction

(c)

manuskrip, syiling, wang kertas, pingat, lencana, lambang kebesaran, jata, panji-panji, senjata atau perisai; atau

Suggest a correction

(d)

kenderaan, kapal dan bot, yang sebahagian atau keseluruhannya yang pengeluarannya telah dihentikan;

14

Undang-Undang Malaysia

“objek warisan” ertinya sesuatu objek yang diisytiharkan di bawah seksyen 49 atau yang didaftarkan di bawah seksyen 51

sebagai objek warisan;

“pegawai kastam yang hak” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Kastam 1967;

“pegawai pelabuhan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 [Ord. No. 70

tahun 1952];

“pegawai penguat kuasa” ertinya mana-mana pegawai yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 97;

“pelan pengurusan pemuliharaan” ertinya pelan bagi pemuliharaan yang disediakan di bawah seksyen 46;

“pembaikpulihan” ertinya proses memulihkan secara tepat, rupa bentuk dan perincian suatu struktur atau sebahagian daripada suatu struktur serta kedudukan struktur itu, sebagaimana yang didapati pada suatu tempoh masa, dengan mengalihkan kerja yang terkemudian dan menggantikan kerja asal yang hilang, dan termasuklah—

Suggest a correction

(a)

pembaikpulihan sepenuhnya yang melibatkan kedua-dua bahagian luar dan dalam;

Suggest a correction

(b)

pembaikpulihan sebahagian yang melibatkan bahagian luar, bahagian dalam, atau mana-mana gabungan sebahagian dan digunakan apabila hanya bahagian sesuatu struktur adalah penting dalam menunjukkan nilai kebudayaan pada peringkat kepentingan sejarah, atau menyumbang kepada nilai yang baginya kawasan itu ditetapkan; dan

Suggest a correction

(c)

pembaikpulihan secara penyesuaian yang melibatkan kesemua atau sebahagian pembaikpulihan luar dengan bahagian dalam disesuaikan bagi suatu kegunaan berfungsi moden;

“pembinaan semula” ertinya proses menghasilkan semula secara tepat melalui suatu pembinaan baru, rupa bentuk dan perincian suatu struktur yang telah hilang, atau sebahagian daripada struktur itu, sebagaimana yang didapati pada suatu tempoh masa dan termasuklah pembinaan semula keseluruhan atau sebahagian;

Warisan Kebangsaan 15

“pemeliharaan” ertinya bertujuan untuk memberhentikan kemerosotan lanjut, reput atau keadaan usang dan menyediakan struktur yang selamat dan kukuh tetapi tidak menjangkakan pembangunan semula yang penting dan termasuklah—

Suggest a correction

(a)

teknik membantutkan atau memperlahankan proses kemerosotan, reput atau keadaan usang sesuatu butiran atau struktur;

Suggest a correction

(b)

pembaikan keadaan struktur untuk menjadikan sesuatu struktur selamat, boleh didiami, atau selainnya berguna;

dan

Suggest a correction

(c)

penyenggaraan biasa dan pembaikan kecil yang tidak mengubah atau memudaratkan rupa fabrik atau sejarah sesuatu struktur;

“pemulihan” ertinya proses mengembalikan sesuatu harta kepada keadaan kebergunaan melalui pembaikan atau pengubahan, yang memungkinkan penggunaan semasa yang efisien sambil memelihara bahagian dan ciri harta itu yang penting kepada seni bina bersejarahnya;

“pemuliharaan” termasuklah pemeliharaan, pembaikpulihan, pembinaan semula, pemulihan dan penyesuaian atau mana-mana gabungannya;

“pemunya”, berhubung dengan mana-mana tanah, ertinya pemunya berdaftar atau pemegang melalui pegangan ikut adat tanah itu;

“penduduk” termasuklah orang yang bercucuk-tanam atau orang yang sebenarnya memiliki, menguruskan atau mengawal mana-mana tanah, dan termasuklah mana-mana orang yang mempunyai milikan atau kawalan mana-mana harta alih di premis atau tanah itu;

“pengumpul” ertinya mana-mana orang yang memperoleh warisan kebudayaan boleh alih yang ketara bagi maksud selain bagi jualan;

“peniaga” ertinya mana-mana orang yang menerima keuntungan daripada pembelian dan penjualan semula ekshibit dan termasuklah seseorang peniaga berdaftar;

“peniaga berdaftar” ertinya mana-mana peniaga yang dilesenkan di bawah seksyen 91;

16

Undang-Undang Malaysia

“perairan Malaysia” ertinya perairan wilayah Malaysia yang ditentukan mengikut Ordinan No. 7 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat tahun 1969 [P.U. (A) 307A/1969];

“Pesuruhjaya” ertinya Pesuruhjaya Warisan yang dilantik di bawah seksyen 4;

“pihak berkuasa perancang tempatan” hendaklah mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Perancangan

Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] di Semenanjung Malaysia dan pihak berkuasa perancang yang berwibawa di bawah undang-undang

Negeri Sabah dan Sarawak;

“relik arkeologi” ertinya—

Suggest a correction

(b)

mana-mana artifak, peninggalan atau keterangan matan yang dikaitkan dengan mendapan arkeologi, di mana-mana bahagian Malaysia dan berusia lima puluh tahun atau lebih;

“rizab arkeologi” ertinya suatu kawasan yang di dalamnya relik arkeologi terletak;

“tapak” termasuklah mana-mana kawasan, tempat, zon, warisan semula jadi, monumen atau bangunan yang melekat pada tanah, rizab arkeologi dan mana-mana tanah dengan bangunan, taman, pokok atau rizab arkeologi;

“tapak warisan” ertinya sesuatu tapak yang ditetapkan sebagai tapak warisan di bawah seksyen 24;

“warisan” membawa pengertian generik Warisan Kebangsaan, tapak, objek dan warisan kebudayaan di bawah air sama ada disenaraikan atau tidak dalam Daftar;

“Warisan Kebangsaan” ertinya mana-mana tapak warisan, objek warisan, warisan kebudayaan di bawah air atau mana-mana orang hidup yang diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah seksyen 67;

Warisan Kebangsaan 17

“warisan kebudayaan” termasuklah bentuk ketara atau tidak ketara harta, struktur atau artifak kebudayaan dan boleh termasuk perkara, objek, butiran, artifak, struktur pembentukan, persembahan, tarian, nyanyian, muzik warisan yang penting kepada cara hidup rakyat

Malaysia, dari segi sejarah atau semasa, di atas atau di dalam tanah atau warisan kebudayaan di bawah air bagi bentuk ketara tetapi tidak termasuk warisan semula jadi;

“warisan kebudayaan di bawah air” ertinya segala kesan kewujudan manusia yang mempunyai sifat kebudayaan, sejarah atau arkeologi yang sebahagiannya atau keseluruhannya di bawah air, berkala atau berterusan, selama sekurang-kurangnya satu ratus tahun seperti—

Suggest a correction

(a)

tapak, struktur, bangunan, artifak dan peninggalan manusia, bersama-sama dengan konteks arkeologi dan semula jadinya;

Suggest a correction

(b)

vesel, pesawat udara, kenderaan lain atau mana-mana bahagiannya, kargo atau kandungan lainnya, bersama-sama dengan konteks arkeologi dan semula jadinya; dan

Suggest a correction

(c)

objek bersifat prasejarah;

“warisan kebudayaan ketara” termasuklah kawasan, monumen dan bangunan;

“warisan kebudayaan tidak ketara” termasuklah mana-mana bentuk ungkapan, bahasa, sebutan lidah, pepatah, lagu yang dihasilkan melalui muzik, not, lirik boleh didengar, nyanyian, lagu rakyat, tradisi lisan, puisi, muzik, tarian sebagaimana yang dihasilkan melalui seni pentas, persembahan teater, penggubahan bunyi dan muzik, seni mempertahankan diri, yang telah wujud atau wujud berhubung dengan warisan Malaysia atau mana-mana bahagian

Malaysia atau berhubung dengan warisan masyarakat Malaysia;

“warisan kebudayaan yang penting” ertinya warisan kebudayaan yang mempunyai nilai estetik, arkeologi, seni bina, kebudayaan, sejarah, saintifik, sosial, spiritual, linguistik atau teknologi;

“warisan semula jadi” termasuklah ciri-ciri semula jadi mana-mana kawasan di Malaysia yang terdiri daripada pembentukan tanah secara fizikal atau biologi atau kumpulan pembentukan itu, ciri geologi atau fisiografi, gunung, sungai, anak sungai, pembentukan batu, pesisir laut atau mana-mana tapak semula jadi yang mempunyai nilai yang menonjol dari pandangan semula jadi, sains, pemuliharaan sejarah atau keindahan semula jadi termasuk flora dan fauna Malaysia;

18

Undang-Undang Malaysia

“zon” ertinya sesuatu kawasan atau sebahagian daripada sesuatu kawasan bagi maksud pemeliharaan dan pembaikpulihan berkenaan dengan landskap luar bandar dan bandar, sama ada semula jadi atau buatan manusia, yang mempunyai apa-apa warisan kebudayaan yang penting.

Suggest a correction

(2)

Dalam Akta ini, sebutan mengenai Pihak Berkuasa Negeri berhubung dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah

Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud Akta ini, yang berikut tidak boleh dianggap sebagai warisan kebudayaan di bawah air:

(a)

saluran paip dan kabel yang ditempatkan di atas dasar laut; dan

Suggest a correction

(b)

pepasangan selain saluran paip dan kabel, yang ditempatkan di atas dasar laut.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN WARISAN

Suggest a correction

Dasar berhubung dengan pemuliharaan dan pemeliharaan warisan

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri tidak boleh menyediakan atau mengeluarkan apa-apa dasar, pernyataan atau arahan di bawah subseksyen (1)

jika perkara, urusan, strategi atau pengendalian pemuliharaan dan pemeliharaan warisan melibatkan kuasa atau bidang kuasa Negeri melainkan jika Pihak Berkuasa Negeri yang berkaitan telah dirundingi.

Warisan Kebangsaan 19

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pelantikan Pesuruhjaya hendaklah disiarkan dalam Warta.

Suggest a correction

(3)

Pesuruhjaya yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.

Suggest a correction

(4)

Pesuruhjaya boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas namanya.

Suggest a correction

(5)

Pegawai yang dilantik menjadi Pesuruhjaya hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun dan adalah layak untuk dilantik semula.

Pelantikan pegawai

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semua pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1)

hendaklah tertakluk kepada pengawasan, arahan dan kawalan

Pesuruhjaya.

Fungsi Pesuruhjaya

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

Fungsi Pesuruhjaya adalah seperti yang berikut:

(a)

untuk menentukan penetapan tapak, pendaftaran objek dan warisan kebudayaan di bawah air;

20

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(b)

untuk mewujudkan dan menyenggarakan Daftar dan untuk menentukan dan menetapkan kategori warisan yang hendak disenaraikan dalam Daftar;

Suggest a correction

(c)

untuk mengawasi dan menyelia pemuliharaan, pemeliharaan, pembaikpulihan, penyenggaraan, penggalakan, pemameran dan kemudahan akses warisan;

Suggest a correction

(d)

untuk menggalakkan dan memudahkan apa-apa penyelidikan yang berhubungan dengan warisan;

Suggest a correction

(e)

untuk membenarkan, memantau dan mengawasi penggalian bagi maksud warisan;

Suggest a correction

(f)

untuk menyenggarakan dokumen-dokumen yang berhubungan dengan apa-apa penggalian, penjelajahan, penjumpaan atau pencarian warisan;

Suggest a correction

(g)

untuk menubuhkan dan menyenggarakan perhubungan dan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan perkara-perkara warisan;

Suggest a correction

(h)

untuk menasihati dan menyelaraskan dengan pihak berkuasa perancang tempatan, Majlis dan badan dan entiti lain di semua peringkat bagi maksud melindungi, menggalakkan dan berurusan dengan apa-apa warisan;

Suggest a correction

(i)

untuk menggalakkan dan mengawal selia standard dan amalan yang terpakai dalam pemuliharaan dan pemeliharaan warisan;

Suggest a correction

(j)

untuk menasihati Menteri berhubung dengan apa-apa perkara berkenaan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan warisan;

Suggest a correction

(k)

untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain di bawah Akta ini sebagaimana yang diberikan oleh Menteri dari semasa ke semasa; dan

Suggest a correction

(l)

untuk melakukan semua perkara yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada penunaian kuasa dan fungsinya.

Kuasa Pesuruhjaya

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, kuasa Pesuruhjaya adalah seperti yang berikut:

(b)

untuk memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap jenis harta alih dan harta tak alih;

Suggest a correction

(c)

untuk memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakan semula, memindahkan hakmilik, atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih dan apa-apa kepentingan dalam apa-apa harta alih atau tak alih, yang terletak hak pada Pesuruhjaya; dan

Suggest a correction

(d)

untuk melakukan semua perkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini.

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

MAJLIS WARISAN KEBANGSAAN

Suggest a correction

Penubuhan Majlis Warisan Kebangsaan

Seksyen 9

Fungsi Majlis

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk menasihati Menteri dan Pesuruhjaya tentang segala perkara yang berhubungan dengan warisan, dan pentadbiran wajar dan penguatkuasaan undang-undang yang berhubungan dengan warisan; dan

Suggest a correction

(b)

untuk menasihati Menteri dan Pesuruhjaya tentang mana-mana perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Menteri atau Pesuruhjaya.

Suggest a correction

(2)

Menteri dan Pesuruhjaya tidak terikat untuk bertindak atas nasihat Majlis.

Keanggotaan Majlis

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(a)

Pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh Menteri;

22

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(b)

Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan

Warisan atau wakilnya;

Suggest a correction

(c)

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan atau wakilnya;

Suggest a correction

(d)

Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa atau wakilnya;

Suggest a correction

(e)

Ketua Pengarah Jabatan Muzium dan Antikuiti atau wakilnya;

Suggest a correction

(g)

tidak lebih daripada enam anggota lain, sekurang-kurangnya seorang daripadanya ialah pegawai awam yang mempunyai pengalaman atau kepakaran berhubung dengan pengurusan, pemuliharaan atau pemeliharaan tapak dan objek semula jadi atau warisan kebudayaan yang penting, yang hendaklah dilantik oleh Menteri.

Suggest a correction

(2)

Menteri boleh melantik mana-mana anggota Majlis untuk melaksanakan fungsi Pengerusi—

(a)

jika bagi apa-apa tempoh substansial Pengerusi tidak berupaya, disebabkan sakit, cuti atau apa-apa sebab lain, untuk melaksanakan fungsinya; atau

Suggest a correction

(b)

semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan Pengerusi.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Anggota yang dilantik sebagai Pengerusi di bawah subseksyen (2) hendaklah, semasa tempoh dia melaksanakan fungsi

Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.

Setiausaha

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

Maka hendaklah ada seorang setiausaha kepada Majlis yang hendaklah dilantik oleh Pesuruhjaya.

Seksyen 12

Tempoh jawatan

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk kepada seksyen 13, anggota yang dilantik di bawah perenggan 10(a) atau (g) hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatannya terlebih dahulu atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri pada masa pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.

Warisan Kebangsaan 23

Seksyen 13

Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan anggota

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 10(a)

atau (g) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan empat belas hari notis bertulis yang ditujukan kepada

Menteri.

Pengosongan jawatan

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

Jawatan seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 10(a) atau (g) hendaklah menjadi kosong jika—

(b)

telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

Suggest a correction

(i)

kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

Suggest a correction

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda)

selama lebih daripada dua tahun;

Suggest a correction
Suggest a correction

(d)

dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

Suggest a correction

(e)

dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi dan dalam hal Pengerusi tanpa kebenaran Menteri;

Suggest a correction

(f)

peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau

Suggest a correction

(g)

pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.

24

Undang-Undang Malaysia

Pengisian kekosongan

Suggest a correction

Seksyen 15

Jika anggota yang dilantik di bawah perenggan 10(a) atau (g)

Open as pageSuggest a correction

terhenti menjadi anggota Majlis, Menteri boleh melantik seorang lain untuk mengisi kekosongan bagi baki tempoh anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik.

Seksyen 16

Mesyuarat Majlis

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat

Majlis.

Suggest a correction

(3)

Sesuatu mesyuarat Majlis hendaklah dipanggil oleh Pengerusi melalui notis secara bertulis kepada anggota lain dan mesyuarat itu hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu.

Suggest a correction

(5)

Keputusan Majlis hendaklah melalui undi majoriti, dan jika terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

Tatacara mesyuarat

Suggest a correction

Seksyen 18

Jawatankuasa

Open as pageSuggest a correction

Majlis boleh menubuhkan jawatankuasa yang terdiri daripada anggota Majlis atau orang yang bukan anggota Majlis atau gabungan kedua-duanya untuk menasihati atau membantu Majlis atas apa-apa perkara berkenaan dengan fungsinya yang difikirkannya perlu dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.

Warisan Kebangsaan 25

Seksyen 19

Saraan atau elaun

Open as pageSuggest a correction

Kumpulan Wang apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri

Kewangan.

Bahagian V

BAHAGIAN V

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kumpulan Wang hendaklah dikawal, disenggarakan dan dikendalikan oleh Pesuruhjaya.

Suggest a correction

(3)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diuntukkan oleh Parlimen daripada Kumpulan Wang Disatukan dan selainnya bagi maksud Akta ini;

Suggest a correction

(b)

segala wang yang diterima melalui derma, hadiah atau pemberian;

Suggest a correction

(c)

segala wang yang diperoleh daripada levi yang dikenakan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(d)

faedah yang diterima daripada pelaburan melalui deposit tetap wang yang ada pada kredit Kumpulan Wang;

Suggest a correction

(e)

pembayaran balik apa-apa pinjaman yang dibayar di bawah

Akta ini;

Suggest a correction

(f)

segala wang yang ada pada kredit Kumpulan Wang yang tidak diperlukan dengan segera bagi maksud Akta ini sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri;

Suggest a correction

(g)

segala wang yang dipinjam dengan keizinan Menteri

Kewangan bagi maksud Kumpulan Wang; dan

Suggest a correction

(h)

segala wang atau harta lain yang boleh mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar atau terletak hak pada

Pesuruhjaya berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa atau kewajipannya.

26

Undang-Undang Malaysia

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan

Wang

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:

(a)

pembayaran bagi pembelian warisan dan kawasan pemuliharaan mengikut Akta ini;

Suggest a correction

(i)

pemuliharaan dan pemeliharaan apa-apa warisan dan kawasan pemuliharaan sama ada kawasan itu dipunyai oleh Kerajaan atau selainnya;

(ii)

menganjurkan kempen, penyelidikan, pembelajaran, penerbitan bahan bagi perlindungan warisan dan kawasan pemuliharaan; dan

Suggest a correction

(iii)

pemuliharaan dan pemeliharaan mana-mana butiran warisan dan aktiviti yang bersampingan dengannya;

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

apa-apa pembayaran pemberian atau pinjaman di bawah

Akta ini; dan

Suggest a correction

(d)

apa-apa pembayaran lain bagi maksud Akta ini.

Akaun dan audit

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

Pesuruhjaya hendaklah menyebabkan akaun yang sepatutnya disimpan dan disenggarakan berkenaan dengan Kumpulan Wang dan mematuhi peruntukan Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan

Tahunan) 1980 [Akta 240].

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

DAFTAR WARISAN KEBANGSAAN

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pesuruhjaya hendaklah menjadikan Daftar tersedia untuk pemeriksaan awam tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang boleh apabila dibayar fi yang ditetapkan oleh Menteri—

(b)

membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada,

Daftar.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian VII

BAHAGIAN VII

TAPAK WARISAN

Bab

Bab 1

Penetapan tapak warisan

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

Pesuruhjaya boleh menetapkan mana-mana tapak yang mempunyai warisan semula jadi atau warisan kebudayaan yang penting menjadi tapak warisan.

Seksyen 25

Tapak bersempadanan dan berdekatan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa penetapan yang dibuat di bawah subseksyen (1)

hendaklah dibatalkan sekiranya penetapan tapak yang lain itu dibatalkan.

Pemeriksaan tapak

Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pemunya atau penduduk tapak hendaklah diberikan suatu notis secara bertulis tidak kurang daripada tujuh hari dari apa-apa kemasukan yang dicadangkan.

Suggest a correction

(3)

Jika mana-mana orang membantah apa-apa kemasukan di bawah subseksyen (1) atas alasan keprihatinan atau keagamaan, kemasukan itu tidak boleh dilakukan kecuali dengan kebenaran secara bertulis Pihak Berkuasa Negeri yang tapak itu terletak.

Suggest a correction

(4)

Pesuruhjaya boleh membuat apa-apa perkiraan dengan pemunya atau penduduk tapak bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau dikatakan telah dialami oleh pemunya atau penduduk itu disebabkan oleh kemasukan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(5)

Mana-mana orang yang menghalang Pesuruhjaya atau enggan membenarkan kemasukan ke dalam mana-mana tapak bagi pemeriksaan, peninjauan, penyiasatan, atau untuk menjalankan apa-apa kerja di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Notis kepada pemunya, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 27

Undang-Undang Malaysia

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dengan seberapa segera yang mungkin selepas memberikan notis di bawah subseksyen (1) Pesuruhjaya hendaklah—

(a)

menyebabkan disiarkan dalam Warta dan akhbar tempatan—

Suggest a correction

(i)

suatu notis niat untuk menetapkan tapak itu sebagai suatu tapak warisan; dan

(ii)

apa-apa perkara lain yang membentuk atau yang berhubungan dengan penetapan itu yang pada pendapatnya wajar disiarkan; dan

Warisan Kebangsaan 29

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

menfailkan suatu notis niat untuk menetapkan tapak itu sebagai suatu tapak warisan di pejabat tanah tempat tapak itu terletak.

Bantahan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

Pemunya tapak atau mana-mana orang lain yang terjejas atau berkemungkinan akan terjejas oleh penetapan tapak sebagai tapak warisan boleh membuat bantahan terhadap penetapan tapak itu dengan menyampaikan notis bantahan kepada Pesuruhjaya dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyiaran notis di bawah perenggan 27(2)(a).

Seksyen 29

Pendengaran

Open as pageSuggest a correction

Jika notis bantahan penetapan tapak itu disampaikan mengikut seksyen 28 Pesuruhjaya hendaklah menetapkan tarikh, masa dan tempat untuk mendengar bantahan itu dan hendaklah, sekurang-kurangnya dua puluh satu hari sebelum tarikh pendengaran menyampaikan notis pendengaran mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya, kepada pihak yang membantah dan pemunya tapak.

Seksyen 30

Keizinan Pihak Berkuasa Negeri

Open as pageSuggest a correction

Pesuruhjaya hendaklah memperoleh keizinan Pihak Berkuasa

Negeri bagi Negeri itu sebelum apa-apa penetapan dibuat.

Seksyen 31

Keputusan Pesuruhjaya

Open as pageSuggest a correction

(a)

tapak itu ialah warisan kebudayaan yang penting; dan

Suggest a correction

(b)

Pihak Berkuasa Negeri telah memberikan keizinannya di bawah seksyen 30, dia hendaklah—

Suggest a correction

(i)

menetapkan tapak itu sebagai tapak warisan;

30

Undang-Undang Malaysia

(ii)

merekodkan tapak warisan itu dalam Daftar; dan

Suggest a correction

(iii)

memberi pemunya suatu notis bertulis mengenai keputusan Pesuruhjaya itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Dengan seberapa segara yang mungkin selepas keputusan dibuat di bawah subseksyen (1), Pesuruhjaya hendaklah—

(a)

menyebabkan disiarkan dalam Warta dan akhbar tempatan—

Suggest a correction

(i)

suatu notis bahawa tapak itu telah ditetapkan sebagai tapak warisan; dan

(ii)

apa-apa perkara lain yang membentuk atau yang berhubungan dengan penetapan itu yang pada pendapatnya wajar disiarkan; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

memfailkan suatu notis di pejabat tanah tempat tapak warisan itu terletak yang memaklumkan bahawa tapak itu telah ditetapkan sebagai tapak warisan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika Pesuruhjaya membuat keputusan tidak meneruskan penetapan tapak yang dicadangkan, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu pemunya tapak dan pejabat tanah tempat tapak itu terletak secara bertulis mengenai keputusan itu, dengan atau tanpa memberikan apa-apa sebab.

Notis kepada pihak berkuasa perancang tempatan

Suggest a correction

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

Pesuruhjaya hendaklah memberitahu pihak berkuasa perancang tempatan bagi kawasan pihak berkuasa tempatan tempat tapak warisan itu terletak tentang penetapan tapak warisan itu supaya pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah mengambil kira apa-apa perkara, dasar, strategi atau pelan tindakan berhubung dengan kepentingan tapak warisan itu dalam menyediakan apa-apa rancangan pembangunan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan itu di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 di

Semenanjung Malaysia atau undang-undang Negeri yang berkaitan di Sabah dan Sarawak.

Warisan Kebangsaan 31

Bab

Bab 2

Perintah Perlindungan Interim

Suggest a correction

Pesuruhjaya boleh membuat Perintah Perlindungan Interim

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perintah Perlindungan Interim hendaklah mengandungi apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya.

Suggest a correction

(3)

Pesuruhjaya hendaklah menyebabkan Perintah Perlindungan

Interim disampaikan kepada pemunya tapak.

Suggest a correction

(4)

Perintah Perlindungan Interim berkuat kuasa pada masa penyampaian Perintah Perlindungan Interim itu.

Suggest a correction

(5)

Pesuruhjaya boleh pada bila-bila masa membatalkan Perintah

Perlindungan Interim.

Suggest a correction

(6)

Mana-mana orang yang melanggar Perintah Perlindungan

Interim melakukan suatu kesalahan.

Suggest a correction

(7)

Pesuruhjaya boleh membuat apa-apa perkiraan dengan pemunya atau penduduk tapak bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau dikatakan telah dialami oleh pemunya atau penduduk itu disebabkan oleh Perintah Perlindungan Interim itu.

Suggest a correction

(8)

Bagi maksud seksyen ini, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah bererti Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Tempoh Perintah Perlindungan Interim

Suggest a correction

Seksyen 34

Open as pageSuggest a correction

(a)

selama tempoh sembilan puluh hari atau selama apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang dilanjutkan oleh

Pesuruhjaya di bawah subseksyen (2); atau 32

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(i)

tapak itu ditetapkan sebagai tapak warisan;

(ii)

Pesuruhjaya membuat keputusan tidak meneruskan penetapan tapak yang dicadangkan; atau

Suggest a correction

(iii)

Pesuruhjaya membatalkan Perintah Perlindungan

Interim.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Pesuruhjaya boleh pada bila-bila masa melanjutkan tempoh yang Perintah Perlindungan Interim terus berkuat kuasa.

Suggest a correction

(3)

Notis pelanjutan hendaklah disampaikan mengikut cara yang sama sebagaimana Perintah Perlindungan Interim disampaikan.

Kerja-kerja yang dibenarkan semasa Perintah Perlindungan

Interim

Suggest a correction

Seksyen 35

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila permohonan diterima Pesuruhjaya boleh meluluskan apa-apa kerja atau aktiviti yang munasabah di atas tapak itu dengan syarat bahawa kerja atau aktiviti yang dicadangkan itu tidak mengurangkan atau menjejaskan warisan kebudayaan yang penting bagi tapak itu.

Suggest a correction

(3)

Suatu kelulusan di bawah subseksyen (2) boleh tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Pesuruhjaya.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan.

Suggest a correction

Bab

Bab 3

Urusan yang melibatkan tapak warisan

Suggest a correction

Notis niat untuk menjual tapak warisan

Seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

Seorang pemunya tapak warisan yang membuat perjanjian penjualan keseluruhan atau mana-mana bahagian tapak warisan, hendaklah memberitahu Pesuruhjaya secara bertulis mengikut bentuk

Warisan Kebangsaan 33

yang ditetapkan maklumat tentang kewujudan perjanjian itu dalam masa dua puluh lapan hari dari tarikh perjanjian itu.

Seksyen 37

Pertukaran pemunya tapak warisan

Open as pageSuggest a correction

(b)

sama ada orang itu berniat untuk menduduki tapak itu.

Suggest a correction

(2)

Seseorang yang telah memberitahu Pesuruhjaya maklumat di bawah subseksyen (1) hendaklah, dalam masa dua puluh lapan hari dari apa-apa perubahan maklumat yang diberikan itu, memberitahu Pesuruhjaya secara bertulis tentang perubahan itu.

Suggest a correction

Bab

Bab 4

Pemuliharaan dan pemeliharaan tapak warisan

Suggest a correction

Jagaan tapak warisan

Seksyen 38

Open as pageSuggest a correction

(a)

membuat perkiraan dengan pemunya atau penduduk bagi pemeriksaan, penyenggaraan, pemuliharaan dan pemeliharaan tapak warisan itu;

Suggest a correction

(c)

memperoleh tapak warisan itu mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi maksud awam; atau

Suggest a correction

(d)

memindahkan keseluruhan atau mana-mana bahagian bangunan atau monumen di atas tapak warisan itu.

34

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(2)

Jika pemunya atau penduduk bersetuju dengan apa-apa perkiraan di bawah perenggan 1(a), Pesuruhjaya boleh membuat sumbangan bagi kos menjalankan apa-apa kerja pembaikan atau pemuliharaan yang difikirkan perlu.

Suggest a correction

(3)

Jika sumbangan bagi kos menjalankan kerja dibuat, kerja itu hendaklah dijalankan mengikut arahan Pesuruhjaya.

Suggest a correction

(4)

Pesuruhjaya hendaklah membayar apa-apa kerosakan yang berlaku kepada tapak atau monumen itu akibat daripada pemindahan mana-mana monumen di bawah perenggan 1(d) dan boleh bersetuju dengan pembayaran apa-apa pampasan kepada pemunya tapak itu.

Suggest a correction

(5)

Apa-apa pertikaian tentang amaun pampasan hendaklah dirujukkan kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.

Pemeriksaan tapak warisan

Suggest a correction

Seksyen 39

Negeri—

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pemunya atau penduduk hendaklah diberikan notis secara bertulis tidak kurang daripada tujuh hari tentang apa-apa kemasukan yang dicadangkan.

Suggest a correction

(3)

Jika mana-mana orang membantah terhadap apa-apa kemasukan di bawah subseksyen (1) atas alasan keprihatinan atau keagamaan, kemasukan itu tidak boleh dilakukan kecuali dengan kebenaran secara bertulis Pihak Berkuasa Negeri tempat tapak warisan itu terletak.

Suggest a correction

(4)

Pemunya atau penduduk adalah berhak menuntut pampasan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau dikatakan dialami olehnya oleh sebab kemasukan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(5)

Apa-apa pertikaian tentang amaun pampasan hendaklah dirujukkan kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.

Warisan Kebangsaan 35

Permohonan bagi kebenaran merancang bagi tapak warisan

Suggest a correction

Seksyen 40

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika pihak berkuasa perancang tempatan merujukkan apa-apa permohonan oleh mana-mana orang bagi kebenaran merancang atau perintah pembangunan kepada Pesuruhjaya, permohonan itu hendaklah mengandungi—

(a)

butir-butir yang mencukupi untuk mengenal pasti monumen yang dimaksudkan oleh permohonan itu, termasuk pelan susun aturnya, pelan bangunan terukur dan fotograf tiap-tiap sudutnya, termasuk bahagian luar dan bahagian dalam monumen itu;

Suggest a correction

(b)

apa-apa pelan dan lukisan yang lain sebagaimana yang diperlukan untuk memperihalkan kerja yang menjadi perkara permohonan itu;

Suggest a correction

(c)

langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan keselamatan tapak warisan dan tanah yang berdekatan;

dan

Suggest a correction

(d)

apa-apa butir yang lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Bagi maksud perenggan 2(c), tanah yang berdekatan ertinya—

(a)

mana-mana tanah yang bersempadanan dalam lingkungan dua ratus meter dari sempadan tanah yang dimaksudkan oleh permohonan di bawah seksyen ini;

Suggest a correction

(b)

mana-mana tanah yang terpisah dari tanah yang dimaksudkan oleh permohonan yang dibuat di bawah seksyen ini oleh mana-mana jalan, lorong, parit atau tanah rizab yang lebarnya tidak melebihi dua puluh meter dan yang akan menjadi bersempadanan dengan tanah yang dimaksudkan oleh permohonan itu jika tanah itu tidak dipisahkan oleh jalan, lorong, parit atau tanah rizab itu; atau 36

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(c)

mana-mana tanah yang terletak dalam lingkungan dua ratus meter dari sempadan tanah yang dimaksudkan oleh permohonan di bawah seksyen ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Pesuruhjaya hendaklah menasihati pihak berkuasa perancang tempatan supaya mengenakan syarat-syarat apabila memberikan kebenaran merancang atau perintah pembangunan yang melibatkan suatu tapak warisan yang boleh termasuk—

(a)

menghendaki pematuhan mana-mana garis panduan dan tatacara pemuliharaan yang dikeluarkan oleh Menteri;

Suggest a correction

(b)

menghendaki pembayaran apa-apa kerosakan yang disebabkan kepada mana-mana tapak warisan selepas kerja yang dibenarkan oleh kebenaran merancang atau perintah pembangunan itu selesai; atau

Suggest a correction

(c)

menghendaki perlindungan dan pengekalan mana-mana ciri tertentu tapak warisan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Jika kebenaran merancang diberikan, Pesuruhjaya hendaklah berhubung, bekerjasama dan menyelaraskan dengan pihak berkuasa perancang tempatan untuk memantau dan mengawasi terma dan syarat yang dikenakan yang berhubungan dengan pemuliharaan warisan dipatuhi.

Suggest a correction

(6)

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan.

Perintah Pemeliharaan Monumen

Suggest a correction

Seksyen 41

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perintah Pemeliharaan Monumen hendaklah mengandungi apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan.

Warisan Kebangsaan 37

Suggest a correction

(3)

Perintah Pemeliharaan Monumen hendaklah mula berkuat kuasa sebaik sahaja Perintah itu disampaikan kepada pemunya monumen itu.

Suggest a correction

(4)

Perintah Pemeliharaan Monumen hendaklah terus berkuat kuasa selama tempoh sembilan puluh hari dari tarikh Perintah itu disampaikan dan boleh dilanjutkan oleh Pesuruhjaya selama apa-apa tempoh masa yang difikirkannya patut.

Suggest a correction

(5)

Walau apa pun subseksyen (4), Perintah Pemeliharaan

Monumen hendaklah terhenti berkuat kuasa—

(a)

jika monumen itu ditetapkan sebagai suatu tapak warisan; atau

Suggest a correction

(b)

jika Pesuruhjaya memutuskan tidak menetapkan monumen itu sebagai suatu tapak warisan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Mana-mana orang yang melanggar Perintah Pemeliharaan

Monumen melakukan suatu kesalahan.

Kewajipan untuk menjaga tapak warisan dalam keadaan baik

Suggest a correction

Seksyen 42

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa langkah-langkah yang munasabah tidak diambil bagi pemeliharaan sewajarnya monumen itu, dia boleh menjalankan apa-apa kerja pembaikan, setelah memberikan kepada mana-mana orang yang didapati oleh Pesuruhjaya sebagai pemunya monumen itu dua minggu notis mengenai niatnya untuk berbuat demikian, dan segala kos dan belanja yang semunasabahnya dilakukan untuk menjalankan kerja itu hendaklah dibayar ganti oleh orang itu.

Pembiayaan kerja pemuliharaan

Suggest a correction

Seksyen 43

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pesuruhjaya boleh, selepas berunding dengan Majlis dan

Pihak Berkuasa Negeri, membuat perkiraan dengan pemunya sesuatu tapak warisan untuk menjalankan apa-apa kerja pemuliharaan dan pemeliharaan yang difikirkan sesuai oleh Pesuruhjaya.

Suggest a correction

(3)

Pesuruhjaya boleh, dengan kelulusan Majlis, mengeluarkan pemberian atau pinjaman yang akan dibayar daripada Kumpulan

Wang bagi kerja-kerja pemuliharaan dan pemeliharaan itu.

Suggest a correction

(4)

Pesuruhjaya boleh, apabila memberikan pemberian atau pinjaman itu, mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya sesuai ke atas pemunya.

Kuasa untuk mengenakan fi masuk

Suggest a correction

Seksyen 44

Undang-Undang Malaysia

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika Pesuruhjaya telah menyumbang kepada belanja pemuliharaan dan pemeliharaan mana-mana tapak warisan,

Pesuruhjaya boleh mengenakan suatu levi ke atas fi masuk yang diterima oleh pemunya tapak warisan itu dan apa-apa levi yang dibayar oleh pemunya itu hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan

Wang.

Suggest a correction

Bab

Bab 5

Kawasan pemuliharaan dan pelan pengurusan pemuliharaan

Suggest a correction

Kawasan pemuliharaan

Seksyen 45

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu kawasan pemuliharaan boleh—

(a)

memasukkan zon penampan di sekeliling suatu pusat utama; atau

Warisan Kebangsaan 39

Suggest a correction

(b)

memasukkan zon penampan di sekeliling tapak yang telah ditetapkan sebagai tapak warisan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Menteri boleh, selepas berunding dengan Majlis, menentukan zon penampan dan pusat utama itu.

Pelan pengurusan pemuliharaan

Suggest a correction

Seksyen 46

Open as pageSuggest a correction

(a)

menggalakkan pemuliharaan, pemeliharaan, pemulihan, pembaikpulihan atau pembinaan semula suatu tapak warisan;

Suggest a correction

(b)

memastikan pengurusan wajar sesuatu tapak warisan termasuk penggunaan dan pembangunan semua bangunan dan tanah dalam tapak warisan itu dan pemeliharaan persekitaran termasuk langkah-langkah memperelok persekitaran hidup dari segi fizikal, perhubungan, kesejahteraan sosio-ekonomi, pengurusan lalu lintas dan penggalakan pertumbuhan ekonomi; dan

Suggest a correction

(c)

menggalakkan skim bagi pendidikan, atau bagi bantuan praktikal dan kewangan kepada, pemunya dan penduduk, dan bagi penglibatan masyarakat dalam membuat keputusan.

Suggest a correction

(2)

Pesuruhjaya hendaklah dari semasa ke semasa mengemukakan pelan pengurusan pemuliharaan itu kepada Pihak Berkuasa Negeri atau pihak berkuasa perancang tempatan yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan menasihati dan menyelaraskan dengan Pihak Berkuasa Negeri atau pihak berkuasa perancang tempatan bagi pelaksanaan pelan pengurusan pemuliharaan dan garis panduannya.

Suggest a correction

(3)

Pesuruhjaya hendaklah dari semasa ke semasa mengkaji semula mana-mana pelan pengurusan pemuliharaan.

40

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

Bahagian VIII

BAHAGIAN VIII

OBJEK WARISAN

Penjumpaan objek

Seksyen 47

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika Pegawai Daerah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana objek yang dijumpai di dalam kawasannya mempunyai warisan kebudayaan yang penting, dia boleh melalui notis secara bertulis menghendaki orang yang mempunyai milikan objek itu menghantarkan objek itu kepadanya dengan serta-merta, dan Pegawai Daerah itu apabila menerima objek itu hendaklah memberikan pengakuterimaan bertulis dan hendaklah menyimpan objek tersebut dengan selamat.

Suggest a correction

(3)

Pegawai Daerah hendaklah menyampaikan pemberitahuan di bawah subseksyen (1) atau notis bertulis di bawah subseksyen (2) kepada Pesuruhjaya secepat yang dapat dilaksanakan.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana ejen, kontraktor atau pelaksana bagi Kerajaan

Persekutuan, Kerajaan Negeri atau pemunya tanah beri hakmilik yang menjumpai di tapak projek apa-apa objek yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa objek itu mempunyai warisan kebudayaan yang penting, maka ejen, kontraktor atau pelaksana itu hendaklah melaporkan kepada Pesuruhjaya yang hendaklah dengan serta-merta memeriksa objek itu.

Suggest a correction

(5)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (4)

melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Warisan Kebangsaan 41

Hak keempunyaan objek

Suggest a correction

Seksyen 48

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seorang penilai warisan yang berwibawa boleh dilantik oleh

Pesuruhjaya untuk memutuskan nilai objek itu bagi maksud menentukan amaun pampasan, dan keputusan penilai warisan yang berwibawa itu adalah muktamad.

Suggest a correction

(3)

Tiap-tiap objek yang sebelum tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini tidak dipunyai oleh mana-mana orang atau yang kawalannya tidak terletak hak pada mana-mana orang sebagai pemegang amanah atau pengurus, hendaklah disifatkan sebagai harta mutlak Kerajaan

Persekutuan.

Suggest a correction

(4)

Semua objek yang belum dijumpai sama ada yang terletak di atas atau yang tersembunyi di bawah permukaan tanah atau di dalam mana-mana sungai atau di dalam laut, hendaklah disifatkan sebagai harta mutlak Kerajaan Persekutuan tetapi jika objek tersebut pada tarikh terkemudian didapati dijumpai di atas atau di dalam tanah beri hakmilik peruntukan subseksyen (1) dan (2) hendaklah terpakai.

Suggest a correction

(5)

Dalam mana-mana prosiding undang-undang yang berhubungan dengan tarikh penjumpaan objek mempunyai warisan kebudayaan yang penting, maka hendaklah dianggap sebagai telah dijumpai selepas permulaan tarikh kuat kuasa Akta ini sehingga dibuktikan sebaliknya.

Pengisytiharan sebagai objek warisan oleh Pesuruhjaya

Suggest a correction

Seksyen 49

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sebelum membuat pengisytiharan di bawah subseksyen (1), keizinan pemunya objek itu hendaklah diperoleh dan bagi maksud itu, Pesuruhjaya boleh memberi apa-apa peluang terlebih dahulu

42

Undang-Undang Malaysia kepada pemunya untuk membuat representasi atau penghujahan berhubung dengan pengisytiharan yang dicadangkan sebagaimana yang boleh dilaksanakan dalam hal keadaan itu dan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Pesuruhjaya boleh, mengikut cara yang sama sebagaimana dalam subseksyen (1), meminda atau membatalkan Warta itu dan dalam setiap hal pindaan atau pembatalan itu dia hendaklah menyokong tindakannya dengan latar belakang dan sebab yang perlu.

Suggest a correction

(4)

Apabila objek itu disenaraikan dalam Daftar, objek itu hendaklah menjadi objek warisan bermula dari tarikh pendaftarannya dan hendaklah terhenti menjadi objek warisan apabila Pesuruhjaya membatalkan pendaftarannya.

Permohonan bagi pendaftaran

Suggest a correction

Permohonan bagi pendaftaran objek warisan

Suggest a correction

Seksyen 50

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu permohonan bagi pendaftaran hendaklah dibuat mengikut apa-apa bentuk dan disertakan dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Pesuruhjaya boleh pada bila-bila masa selepas menerima permohonan di bawah subseksyen (1) dan sebelum permohonan itu ditentukan, melalui suatu notis bertulis menghendaki pemohon untuk memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pesuruhjaya.

Suggest a correction

(4)

Jika mana-mana dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak diberikan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa pelanjutannya yang diberikan oleh Pesuruhjaya, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak boleh diteruskan selanjutnya, tetapi tanpa menjejaskan permohonan yang baru dibuat oleh pemohon.

Warisan Kebangsaan 43

Suggest a correction

(5)

Suatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu diluluskan atau ditolak.

Kelulusan atau penolakan permohonan bagi pendaftaran

Suggest a correction

Seksyen 51

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika permohonan itu melibatkan suatu objek yang melekat pada mana-mana tanah beri hakmilik, persetujuan Pihak Berkuasa

Negeri hendaklah diperoleh sebelum permohonan itu diluluskan.

Suggest a correction

(3)

Jika permohonan itu melibatkan warisan kebudayaan tidak ketara yang dalamnya hak cipta wujud, keizinan pemunya hak cipta hendaklah diperoleh sebelum permohonan itu diluluskan.

Suggest a correction

(4)

Suatu permohonan bagi pendaftaran yang diluluskan di bawah seksyen ini boleh tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Pesuruhjaya.

Suggest a correction

(5)

Dengan seberapa segera yang mungkin selepas kelulusan dalam subseksyen (4), Pesuruhjaya hendaklah menyebabkan disiarkan dalam Warta suatu notis bahawa objek itu telah didaftarkan sebagai suatu objek warisan dan mengenai apa-apa perkara lain yang membentuk atau yang berhubungan dengan objek warisan itu yang pada pendapatnya wajar disiarkan.

Suggest a correction

(6)

Jika Pesuruhjaya menolak permohonan itu, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu pemohon secara bertulis mengenai penolakan itu dengan atau tanpa memberikan apa-apa sebab bagi penolakan itu.

Perakuan pendaftaran

Suggest a correction

Seksyen 52

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila objek warisan terhenti didaftarkan sebagai suatu objek warisan, pemunya objek itu mesti menyerahkan perakuan pendaftaran kepada Pesuruhjaya dalam masa tiga bulan dari tarikh pemberhentian itu.

Pengurusan objek warisan

Suggest a correction

Pampasan bagi objek warisan tertentu

Suggest a correction

Seksyen 53

Undang-Undang Malaysia

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika Pesuruhjaya memutuskan untuk tidak menyimpan objek itu, objek itu hendaklah dipulangkan kepada orang yang menghantarkannya tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan oleh Pesuruhjaya.

Suggest a correction

(3)

Apabila suatu objek disimpan oleh Pesuruhjaya atau jika pada pendapat Pesuruhjaya bahawa objek itu patut dilindungi di tempat ia dijumpai, Pesuruhjaya hendaklah mengikut budi bicaranya membayar suatu amaun pampasan yang munasabah kepada—

(b)

pemunya tanah beri hakmilik yang di dalamnya atau di atasnya objek itu dijumpai; atau

Suggest a correction

(c)

pemberi maklumat.

Penguntukan bahagian dalam objek warisan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 54

Open as pageSuggest a correction

Pesuruhjaya boleh membuat suatu perjanjian bertulis dengan pemunya objek warisan bagi penguntukan bahagian dalam objek itu sebagaimana yang dipersetujui oleh Pesuruhjaya dan pemunya itu.

Warisan Kebangsaan 45

Seksyen 55

Pertikaian mengenai pampasan atau penguntukan

Open as pageSuggest a correction

Jika terdapat apa-apa pertikaian berhubung dengan pampasan yang hendaklah dibayar bagi apa-apa objek warisan atau penguntukan bahagian dalam objek itu, pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.

Seksyen 56

Penjualan atau pelupusan objek warisan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang menerima notis itu tidak boleh menjual atau melupuskan apa-apa objek warisan dalam milikan atau jagaannya.

Suggest a correction

(3)

Dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis di bawah subseksyen (1) Pesuruhjaya hendaklah mempunyai hak pertama untuk membeli objek warisan itu pada nilai yang boleh dipersetujui.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Notis niat untuk menjual atau memindahmilikkan objek warisan

Suggest a correction

Seksyen 57

Open as pageSuggest a correction

Pemunya suatu objek warisan yang membuat suatu kontrak untuk menjual atau memindahmilikkan objek warisan itu hendaklah memberitahu Pesuruhjaya secara bertulis maklumat mengenai kewujudan kontrak itu dalam masa dua puluh lapan hari dari tarikh kontrak itu.

Seksyen 58

Pertukaran pemunya objek warisan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa perubahan kepada maklumat di bawah subseksyen (1) hendaklah diberitahu kepada Pesuruhjaya secara bertulis dalam masa dua puluh lapan hari.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen

Suggest a correction

(1)

atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Pemuliharaan objek warisan

Suggest a correction

Seksyen 59

Undang-Undang Malaysia

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pemunya atau penjaga objek warisan hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Pesuruhjaya mengenai apa-apa kehilangan atau kerosakan kepada objek warisan itu atau mana-mana bahagiannya apabila diketahui kehilangan atau kerosakan itu.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)

atau (2) melakukan suatu kesalahan.

Pemuliharaan warisan kebudayaan tidak ketara

Suggest a correction

Seksyen 60

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pesuruhjaya boleh membuat apa-apa perkiraan dengan pemunya atau penjaga warisan kebudayaan tidak ketara itu bagi pematuhan garis panduan dan tatacara yang ditetapkan.

Warisan Kebangsaan 47

Suggest a correction

Bahagian IX

BAHAGIAN IX

WARISAN KEBUDAYAAN DI BAWAH AIR

Suggest a correction

Penjumpaan warisan kebudayaan di bawah air

Seksyen 61

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pegawai pelabuhan apabila menerima notis itu hendaklah secepat yang dapat dilaksanakan memberitahu, dan jika mungkin menyerahkan warisan kebudayaan di bawah air itu kepada,

Pesuruhjaya.

Suggest a correction

(3)

Pesuruhjaya boleh, apabila berpuas hati bahawa warisan kebudayaan di bawah air mempunyai warisan kebudayaan yang penting, menyebabkannya disenaraikan dalam Daftar.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang tidak memberikan notis di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Milikan, jagaan atau kawalan warisan kebudayaan di bawah air boleh alih

Suggest a correction

Seksyen 62

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika orang itu telah terhenti mempunyai milikan, jagaan atau kawalan ke atas warisan kebudayaan di bawah air boleh alih itu, orang itu hendaklah memberi Pesuruhjaya butir-butir tentang hal keadaan yang dia terhenti mempunyai milikan, jagaan atau kawalan ke atas warisan kebudayaan di bawah air boleh alih itu.

48

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(3)

Jika orang itu telah memindahmilikkan milikan, jagaan atau kawalan ke atas warisan kebudayaan di bawah air boleh alih itu kepada orang lain, dia hendaklah memberi Pesuruhjaya nama dan alamat orang yang kepadanya milikan, jagaan atau kawalan warisan kebudayaan di bawah air boleh alih itu dipindahmilikkan.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana kehendak di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Pengisytiharan warisan kebudayaan di bawah air

Suggest a correction

Seksyen 63

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana tapak atau objek yang diisytiharkan sebagai suatu warisan kebudayaan di bawah air hendaklah disenaraikan dalam Daftar.

Zon yang dilindungi

Suggest a correction

Seksyen 64

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa aktiviti di dalam zon yang dilindungi kecuali dengan kelulusan secara bertulis daripada Pesuruhjaya.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan.

Kerja salvaj dan penggalian hendaklah dilesenkan

Suggest a correction

Seksyen 65

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Pemunyaan warisan kebudayaan di bawah air yang dijumpai semasa pengukuran, salvaj atau penggalian

Suggest a correction

Seksyen 66

Warisan Kebangsaan 49

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika Pesuruhjaya mengambil milikan mana-mana warisan kebudayaan di bawah air, dia hendaklah dalam masa empat puluh lapan jam menyebabkan suatu senarai warisan kebudayaan di bawah air ditampalkan di mana-mana pejabat pelabuhan dalam daerah tempat warisan kebudayaan di bawah air itu dijumpai.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana pemunya warisan kebudayaan di bawah air boleh, apabila membuktikan tuntutannya sehingga Pesuruhjaya berpuas hati, dalam masa satu tahun dari masa warisan kebudayaan di bawah air itu menjadi milikan Pesuruhjaya, dan apabila dibayar fi dan belanja salvaj yang kena dibayar, berhak untuk memiliki warisan kebudayaan di bawah air itu atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Pesuruhjaya.

Suggest a correction

(4)

Seseorang pemunya yang tidak mematuhi apa-apa terma dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan.

Suggest a correction

(5)

Jika tiada pemunya membuktikan suatu tuntutan dalam masa satu tahun, warisan kebudayaan di bawah air itu hendaklah menjadi harta mutlak Kerajaan Persekutuan.

Suggest a correction

(6)

Melainkan jika diarahkan selainnya oleh Menteri,

Pesuruhjaya boleh memelihara warisan kebudayaan di bawah air secara in situ.

50

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

Bahagian X

BAHAGIAN X

WARISAN KEBANGSAAN

Suggest a correction

Pengisytiharan Warisan Kebangsaan

Seksyen 67

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam membuat pengisytiharan di bawah subseksyen (1)

Menteri boleh menimbangkan—

(a)

kepentingan sejarah, hubungan dengan atau perhubungan dengan sejarah Malaysia;

Suggest a correction

(c)

pembaharuan atau pencapaian saintifik atau teknikal;

Suggest a correction

(e)

potensi untuk mendidik, menjelaskan atau menyediakan penyiasatan saintifik lanjut berhubung dengan warisan kebudayaan Malaysia;

Suggest a correction

(f)

kepentingan dalam mempamerkan kekayaan, kepelbagaian atau integrasi bentuk yang luar biasa;

Suggest a correction

(g)

jarang tidaknya atau keunikan warisan semula jadi, warisan budaya ketara atau tidak ketara atau warisan kebudayaan di bawah air;

Suggest a correction

(h)

gambaran bentuk suatu tapak atau objek sebagai sebahagian daripada kelas atau jenis suatu tapak atau objek; dan

Suggest a correction

(i)

apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan penentuan warisan kebudayaan yang penting.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika tapak, objek atau warisan kebudayaan di bawah air terletak di atas tanah Negeri, Menteri hendaklah berunding dengan

Pihak Berkuasa Negeri sebelum membuat apa-apa pengisytiharan di bawah subseksyen (1).

Warisan Kebangsaan 51

Suggest a correction

(4)

Jika tapak, objek atau warisan kebudayaan di bawah air terletak di atas tanah beri hakmilik atau dipunyai oleh mana-mana orang selain Kerajaan Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri, pemunya, penjaga atau pemegang amanah tapak itu, objek tidak alih atau warisan kebudayaan di bawah air itu hendaklah diberitahu sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum tarikh pengisytiharan dicadangkan itu.

Suggest a correction

(5)

Jika pengisytiharan di bawah subseksyen (1) melibatkan suatu warisan kebudayaan tidak ketara dan hak cipta masih wujud dalam apa-apa kerja, keizinan pemunya hak cipta itu hendaklah diperoleh sebelum apa-apa pengisytiharan dibuat.

Suggest a correction

(6)

Jika pengisytiharan di bawah subseksyen (1) melibatkan orang yang hidup, keizinan orang itu hendaklah diperoleh sebelum apa-apa pengisytiharan dibuat.

Suggest a correction

(7)

Suatu salinan perintah hendaklah disampaikan kepada pemunya, penjaga atau pemegang amanah tapak, objek atau warisan kebudayaan di bawah air atau kepada orang yang hidup itu.

Suggest a correction

(8)

Mana-mana orang yang membantah pembuatan pengisytiharan di bawah subseksyen (1) boleh mengemukakan bantahan secara bertulis kepada Menteri dalam masa tiga bulan dari tarikh penyiarannya dan boleh memohon kepada Menteri bagi pembatalan perintah itu.

Suggest a correction

(9)

Menteri boleh, selepas dinasihati oleh Majlis, membatalkan atau enggan membatalkan perintah itu dan keputusan itu adalah muktamad.

Penamaan sebagai Warisan Kebangsaan

Suggest a correction

Seksyen 68

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang boleh menamakan kepada Menteri mengikut bentuk yang ditetapkan apa-apa warisan semula jadi, warisan kebudayaan ketara atau tidak ketara, orang yang hidup atau warisan kebudayaan di bawah air untuk diisytiharkan sebagai Warisan

Kebangsaan.

52

Undang-Undang Malaysia

Seksyen 69

Pemunyaan atau pemilikan Warisan Kebangsaan

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana Warisan Kebangsaan yang dipunyai atau dimiliki oleh mana-mana orang selain Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan

Negeri boleh terus berada dalam milikan pemunya, penjaga atau pemegang amanahnya.

Seksyen 70

Pertukaran pemunyaan Warisan Kebangsaan

Open as pageSuggest a correction

(b)

penjualan, dengan kelulusan Pesuruhjaya terlebih dahulu.

Suggest a correction

(2)

Jika pemunya, penjaga atau pemegang amanah berniat untuk menjual suatu Warisan Kebangsaan, pemunya, penjaga atau pemegang amanah itu hendaklah memberi keutamaan kepada Pesuruhjaya untuk membeli Warisan Kebangsaan itu pada nilai yang dipersetujui atau atas arahan Pesuruhjaya untuk diuruskan mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Pesuruhjaya.

Suggest a correction

(3)

Jika terdapat apa-apa pertikaian antara Pesuruhjaya dengan pemunya mengenai pampasan yang munasabah bagi Warisan

Kebangsaan itu, pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.

Suggest a correction

(4)

Jika suatu penjualan telah dilakukan menurut perenggan (1)(b), pemunya, penjaga atau pemegang amanah dan pembeli hendaklah memberitahu secara bertulis kepada

Pesuruhjaya dalam masa tiga puluh hari selepas pertukaran pemunyaan dan Pesuruhjaya hendaklah menyebabkan dibuat pindaan yang perlu dalam Daftar.

Penyenaraian Warisan Kebangsaan dalam Daftar

Suggest a correction

Seksyen 71

Pesuruhjaya hendaklah menyebabkan disenaraikan suatu

Open as pageSuggest a correction

Warisan Kebangsaan yang diisytiharkan di bawah subseksyen 67(1)

dalam Daftar.

Warisan Kebangsaan 53

Seksyen 72

Pemuliharaan dan pemeliharaan Warisan Kebangsaan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh meluluskan apa-apa bantuan kewangan kepada pemunya, penjaga atau pemegang amanah suatu Warisan Kebangsaan bagi pematuhan mana-mana tatacara atau garis panduan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

Bahagian XI

BAHAGIAN XI

HARTA KARUN

Suggest a correction

Keseragaman undang-undang berkenaan dengan harta karun

Seksyen 73

Bahagian ini dibuat menurut Fasal 1(b) Perkara 76 Perlembagaan

Open as pageSuggest a correction

Persekutuan bagi maksud menggalakkan keseragaman undang-undang bagi Negeri-Negeri di Malaysia yang berhubungan dengan harta karun.

Seksyen 74

Notis penjumpaan harta karun

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pegawai Daerah yang menerima notis di bawah subseksyen (1) hendaklah memberitahu tentang penjumpaan harta karun itu kepada Pesuruhjaya tempat harta karun itu dijumpai.

Suggest a correction

(3)

Jika Pegawai Daerah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana harta karun telah dijumpai di dalam daerahnya dan penjumpaan harta karun itu tidak diberitahu kepadanya di bawah Akta ini, Pegawai Daerah itu hendaklah memberikan notis secara bertulis menghendaki orang yang menjumpai atau orang yang disyaki menjumpai atau pemunya atau penduduk tempat yang harta karun itu dijumpai untuk hadir sendiri di hadapannya pada

54

Undang-Undang Malaysia hari dan di tempat yang disebut dalam notis itu dan untuk menghantarkan kepadanya harta karun atau yang disyaki sebagai harta karun yang dijumpai sedemikian, dan Pegawai Daerah hendaklah mengaku penerimaan.

Pemberitahuan bagi siasatan

Suggest a correction

Seksyen 75

Open as pageSuggest a correction

(a)

sama ada apa-apa objek atau benda ialah harta karun;

Suggest a correction

(b)

orang yang olehnya, tempat di mana, dan hal keadaan yang di bawahnya, apa-apa harta karun itu dijumpai; dan

Suggest a correction

(c)

seboleh-bolehnya orang yang olehnya, dan hal keadaan yang di bawahnya, apa-apa harta karun disembunyikan.

Suggest a correction

(2)

Hak orang yang disebut dalam subseksyen (1) ke atas harta karun jika harta karun itu dijumpai sedemikian dilucuthakkan atas kegagalan orang itu untuk hadir.

Masa yang dibenarkan bagi guaman oleh pihak menuntut

Suggest a correction

Seksyen 76

Jika, selepas suatu siasatan dibuat di bawah seksyen 75, Pegawai

Open as pageSuggest a correction

Daerah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa harta karun disembunyikan dalam masa lima puluh tahun sebelum tarikh penjumpaan itu oleh orang yang hadir sebagaimana yang dikehendaki oleh pemberitahuan tersebut dan menuntut harta karun itu, atau oleh beberapa orang lain yang di bawahnya orang itu menuntut,

Pegawai Daerah hendaklah membuat suatu perintah yang menangguhkan pendengaran kes itu selama apa-apa tempoh yang difikirkannya mencukupi, untuk membenarkan suatu guaman dimulakan dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang berwibawa oleh pihak menuntut untuk membuktikan haknya.

Warisan Kebangsaan 55

Seksyen 77

Bila harta karun boleh diisytiharkan tiada pemunya

Open as pageSuggest a correction

(a)

selepas apa-apa siasatan Pegawai Daerah mendapati tiada sebab untuk mempercayai bahawa harta karun itu disembunyikan sedemikian;

Suggest a correction

(b)

suatu tempoh ditetapkan di bawah seksyen 76, tiada guaman dimulakan dalam tempoh itu pada pengetahuan Pegawai

Daerah; atau

Suggest a correction

(c)

apa-apa guaman dimulakan dalam apa-apa tempoh dan tuntutan pihak menuntut yang akhirnya ditolak,

Pegawai Daerah itu boleh mengisytiharkan harta karun itu sebagai tiada pemunya.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang terkilan dengan pengisytiharan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh merayu terhadap pengisytiharan itu dalam masa dua bulan dari tarikh pengisytiharan itu kepada

Mahkamah Tinggi.

Apabila harta karun terletak hak pada Kerajaan Negeri

Suggest a correction

Seksyen 78

Open as pageSuggest a correction

Apabila suatu pengisytiharan telah dibuat berkenaan dengan mana-mana harta karun di bawah seksyen 77, harta karun itu hendaklah terletak hak pada dan menjadi kepunyaan Kerajaan Negeri.

Seksyen 79

Pelupusan harta karun

Open as pageSuggest a correction

Pihak Berkuasa Negeri boleh mengikut budi bicaranya membayar sebagai hadiah kepada orang yang menjumpai apa-apa harta karun dan kepada pemunya mana-mana tanah yang harta karun itu dijumpai, apa-apa jumlah wang sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pihak

Berkuasa Negeri.

Seksyen 80

Kuasa Pesuruhjaya untuk memeriksa apa-apa harta karun

Open as pageSuggest a correction

(2)

Maka hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap orang itu untuk membenarkan apa-apa pemeriksaan dan untuk memberikan kepada

Pesuruhjaya atau pegawai itu segala kemudahan yang munasabah untuk mengkaji harta karun itu dan untuk membuat lukisan, fotograf cetakan, perasan atau keluaran semula dengan membuat acuan atau melalui apa-apa cara lain.

Suggest a correction

(3)

Tiada apa-apa lukisan, fotograf, cetakan, perasan atau keluaran semula di bawah subsekyen (2) boleh dijual tanpa keizinan orang yang memiliki harta karun itu.

Kesalahan

Suggest a correction

Seksyen 81

Undang-Undang Malaysia

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang merupakan orang yang menjumpai mana-mana harta karun, tidak melaporkan penjumpaan harta karun itu atau menyerahkan harta karun itu atau menyatakan hal keadaan penjumpaan itu atau asal usul harta karun itu, atau dengan sengaja membuat laporan palsu mengenai hal keadaan itu atau asal usul itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 82

Pelucuthakan tuntutan kepada dan kepentingan dalam harta karun

Open as pageSuggest a correction

(2)

Negeri yang berkenaan boleh memerintahkan supaya mana-mana harta karun yang dilucuthakkan di bawah seksyen ini diserahkan kepada pemunya atau orang lain yang berhak kepadanya atau dipulangkan kepada orang yang menjumpainya, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.

Suggest a correction

Bahagian XII

BAHAGIAN XII

PELESENAN

Eksport dan import butiran warisan

Suggest a correction

Lesen untuk mengeksport

Seksyen 83

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pesuruhjaya tidak boleh mengeluarkan lesen sedemikian jika pada pendapatnya butiran warisan yang berkenaan semunasabahnya dipercayai menjadi mustahak atau penting kepada negara.

Suggest a correction

(3)

Dalam permohonan bagi suatu lesen untuk mengeksport apa-apa butiran warisan, pemohon hendaklah mengemukakan perihalan, mengisytiharkan nilai dan memberikan apa-apa butir yang berkaitan yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya dan hendaklah, jika dikehendaki sedemikian, mendeposit apa-apa bahan warisan itu kepada Pesuruhjaya untuk diperiksa.

Suggest a correction

(4)

Tiada lesen boleh dikeluarkan kepada mana-mana orang melainkan jika dia membuktikan sehingga Pesuruhjaya berpuas hati bahawa dia ialah pemunya butiran warisan itu atau bahawa dia bertindak bagi pihak dan dengan kuasa pemunya.

Suggest a correction

(5)

Jika pegawai penguat kuasa atau pegawai kastam yang hak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa objek atau bahan yang hendak dieksport itu ialah butiran warisan dan tanpa mempunyai lesen eksport yang sah, dia hendaklah menahan objek atau bahan itu dan dengan serta-merta memberitahu Pesuruhjaya dalam masa dua puluh empat jam bagi penentuan objek atau bahan itu.

58

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(6)

Jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa objek atau bahan itu ialah butiran warisan dan yang adalah atau akan menjadi mustahak atau penting kepada negara, dia boleh melarang pengeksportan itu.

Suggest a correction

(7)

Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen

Suggest a correction

(1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

Pengimportan butiran warisan asing

Suggest a correction

Seksyen 84

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika terdapat sebab yang sah untuk mempercayai bahawa sesuatu butiran warisan asing yang sedang dalam perjalanan atau telah pun diimport telah dibawa keluar dari suatu negara asing secara tidak sah, Pesuruhjaya boleh mengambil milikan butiran itu dan menyimpannya dalam jagaan tetapi sebelum dia melaksanakan tindakan itu dia hendaklah berunding dengan Menteri yang keputusannya adalah muktamad.

Suggest a correction

(3)

Jika suatu butiran warisan asing ditahan di bawah subseksyen (2), Pesuruhjaya hendaklah menyimpan dan menguruskannya sebagaimana yang difikirkannya patut.

Suggest a correction

(4)

Jika apa-apa butiran warisan asing dibuktikan telah dibawa keluar dari negara asing secara sah, Pesuruhjaya hendaklah tanpa kelengahan memulangkannya kepada orang yang mengimport bahan itu.

Suggest a correction

(5)

Jika mana-mana negara telah membuktikan bahawa butiran warisan asing itu telah dieksport secara tidak sah dan meminta supaya butiran itu dipulangkan mengikut terma suatu triti, atau apabila Pesuruhjaya melaksanakan kewajipan memulangkan butiran itu mengikut suatu triti, dia hendaklah, dengan bantuan pihak berkuasa yang berwibawa, mengambil langkah yang perlu untuk memulangkan butiran itu kepada negara itu.

Warisan Kebangsaan 59

Menteri boleh menetapkan tatacara yang perlu

Suggest a correction

Seksyen 85

Open as pageSuggest a correction

Jika suatu butiran warisan asing dibawa masuk ke Malaysia mengikut apa-apa cara, Menteri boleh menetapkan tatacara dan kaedah penyimpanan selamat yang perlu dan boleh mengarahkan

Pesuruhjaya supaya mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

Seksyen 86

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Permohonan bagi lesen untuk menggali

Suggest a correction

Seksyen 87

Suatu permohonan bagi lesen untuk menggali hendaklah—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dibuat kepada Pesuruhjaya mengikut bentuk yang ditetapkan; dan

Suggest a correction

(b)

mengandungi perihalan penuh dan tepat mengenai tanah yang di atasnya penggalian dicadangkan untuk dijalankan, maksud, jenis dan takat penggalian yang dicadangkan dan apa-apa butir lain sebagaimana yang dikehendaki.

Kelulusan atau penolakan lesen untuk menggali

Suggest a correction

Seksyen 88

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada lesen di bawah subseksyen (1) boleh diluluskan melainkan jika Pesuruhjaya berpuas hati—

(a)

bahawa pemunya tanah tempat penggalian dicadangkan dibuat telah mengizinkan penggalian itu;

60

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(b)

bahawa penggalian yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan apa-apa kerosakan atau gangguan kepada orang yang tinggal berhampiran dengan tanah itu, atau kepada mana-mana tempat yang digunakan bagi maksud keagamaan, atau kepada mana-mana tanah perkuburan, sekolah, punca atau bekalan air, kerja-kerja pengairan atau saliran atau jalan awam, atau bahawa jika apa-apa kerosakan mungkin berlaku peruntukan yang mencukupi telah dibuat oleh pemohon bagi pembayaran pampasan;

dan

Suggest a correction

(c)

bahawa pemohon boleh memberi jaminan bagi pematuhan wajar olehnya apa-apa syarat yang dikenakan ke atas lesen atau mana-mana peraturan sebagaimana yang ditetapkan.

Terma dan syarat lesen

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 89

Open as pageSuggest a correction

Suatu lesen yang diluluskan di bawah seksyen 88 adalah sah selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam lesen itu dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan dalamnya.

Seksyen 90

Pelanjutan dan pembatalan lesen

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa lesen untuk menggali boleh, pada bila-bila masa sebelum habis tempoh yang baginya lesen itu diluluskan, dibatalkan oleh Pesuruhjaya sekiranya pemegang lesen itu melanggar mana-mana terma atau syarat lesen itu atau pembatalan itu perlu untuk melindungi kepentingan negara, kepentingan keselamatan negara atau bagi maksud apa-apa dasar Kerajaan.

Suggest a correction

(3)

Pemegang lesen tidak berhak menuntut pampasan bagi apa-apa kerugian atau ganti rugi yang dialami atau yang dikatakan telah dialami olehnya disebabkan oleh pembatalan di bawah subseksyen (2).

Suggest a correction

(4)

Bagi maksud seksyen ini, apa yang menjadi “kepentingan negara”, “kepentingan keselamatan negara” atau “dasar Kerajaan”

hendaklah ditentukan oleh Menteri atas syor Pesuruhjaya dan penentuan itu adalah muktamad.

Warisan Kebangsaan 61

Suggest a correction

(5)

Tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan Menteri di bawah subseksyen (4).

Pendaftaran peniaga butiran warisan

Suggest a correction

Peniaga berdaftar butiran warisan

Suggest a correction

Seksyen 91

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang boleh memohon kepada Pesuruhjaya untuk didaftarkan sebagai peniaga berdaftar warisan kebudayaan mengikut apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan.

Suggest a correction

(4)

Pesuruhjaya boleh meluluskan atau menolak permohonan itu.

Maklumat mengenai butiran warisan yang dicuri

Suggest a correction

Seksyen 92

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila menerima maklumat di bawah subseksyen (1)

Pesuruhjaya hendaklah memberitahu peniaga berdaftar senarai dan perihalan butiran warisan yang dicuri atau hilang itu.

Suggest a correction

(3)

Jika apa-apa harta yang menepati senarai dan perihalan berada dalam milikan mana-mana peniaga berdaftar atau yang telah ditawarkan atau ditunjukkan kepada mana-mana peniaga berdaftar, dia hendaklah tanpa apa-apa kelengahan memberikan maklumat yang bermaksud sedemikian di balai polis yang paling hampir atau kepada mana-mana pegawai polis, dengan nama dan alamat orang yang daripadanya dia memperoleh atau yang menawarkan atau menunjukkan kepadanya butiran warisan yang dicuri atau hilang itu.

62

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(4)

Mana-mana peniaga berdaftar yang tidak memberikan maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(5)

Peniaga berdaftar dalam hal itu boleh menahan orang yang menawarkan atau menunjukkan butiran itu kepadanya sehingga ketibaan polis.

Laporan penjualan atau pembelian butiran warisan

Suggest a correction

Seksyen 93

Open as pageSuggest a correction

(2)

Laporan itu hendaklah ditulis dengan jelas dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana peniaga berdaftar yang, tanpa alasan yang munasabah, tidak mematuhi perintah itu melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pegawai penguat kuasa boleh memasuki dan menggeledah premis perniagaan peniaga berdaftar, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 94

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana pegawai penguat kuasa boleh memasuki mana-mana premis perniagaan peniaga berdaftar pada bila-bila masa dan boleh menggeledah tanpa waran premis itu yang dia mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa apa-apa butiran warisan yang dicuri atau hilang dijumpai di premis itu.

Warisan Kebangsaan 63

Seksyen 95

Penyerahan kepada pemunya

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mahkamah boleh menangguhkan prosiding itu bagi kehadiran peniaga berdaftar itu dan boleh memanggil peniaga berdaftar itu supaya hadir pada pendengaran yang ditangguhkan itu bagi penentuan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

Bahagian XIII

BAHAGIAN XIII

RAYUAN

Seksyen 96

Open as pageSuggest a correction

(a)

oleh keputusan Pesuruhjaya untuk menetapkan atau tidak menetapkan sesuatu tapak sebagai tapak warisan di bawah seksyen 31;

Suggest a correction

(b)

oleh pengeluaran Perintah Perlindungan Interim di bawah seksyen 33;

Suggest a correction

(c)

oleh pengeluaran Perintah Pemeliharaan Monumen di bawah seksyen 41;

Suggest a correction

(d)

oleh keputusan Pesuruhjaya untuk meluluskan atau menolak permohonan untuk mendaftarkan suatu objek sebagai objek warisan di bawah seksyen 51; atau

Suggest a correction

(e)

oleh penolakan Pesuruhjaya untuk meluluskan apa-apa lesen di bawah seksyen 83 atau 86 atau apa-apa pendaftaran di bawah seksyen 91.

64

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(2)

Menteri boleh mengesahkan, mengakas atau mengubah keputusan yang dirayukan terhadap dan, dalam mengesahkan, mengakas atau mengubah keputusan itu, boleh mengenakan apa-apa terma atau syarat yang difikirkannya adil atau perlu.

Suggest a correction

(3)

Sebelum membuat apa-apa keputusan di bawah subseksyen (2), Menteri boleh merujukkan perkara itu kepada Majlis.

Suggest a correction

(4)

Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad.

Suggest a correction

(5)

Jika keputusan itu diakas atau diubah, butir-butir pengakasan atau pengubahan itu hendaklah dimasukkan ke dalam Daftar.

Suggest a correction

Bahagian XIV

BAHAGIAN XIV

KUASA YANG BERHUBUNGAN DENGAN

Suggest a correction

PENGUATKUASAAN, PENYITAAN, PENANGKAPAN, DSB.

Pelantikan pegawai penguat kuasa

Seksyen 97

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh melantik apa-apa bilangan pegawai penguat kuasa yang perlu bagi maksud Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Seksyen 98

Kuasa untuk menyiasat

Open as pageSuggest a correction

Seseorang pegawai penguat kuasa atau seseorang pegawai polis hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

Seksyen 99

Kad kuasa

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bilamana seseorang pegawai penguat kuasa menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dia hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1).

Warisan Kebangsaan 65

Penggeledahan dan penyitaan dengan waran

Suggest a correction

Seksyen 100

Open as pageSuggest a correction

(a)

mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakan bagi; atau

Suggest a correction

(b)

ada di dalam mana-mana premis keterangan yang perlu bagi penjalanan penyiasatan mengenai, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada pegawai penguat kuasa atau pegawai polis yang dinamakan dalam waran itu, pada bila-bila masa yang munasabah sama ada pada siang atau malam hari dan dengan atau tanpa bantuan, memasuki premis itu, jika perlu dengan kekerasan.

Suggest a correction

(2)

Waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh memberi kuasa kepada pegawai penguat kuasa atau pegawai polis untuk menggeledah premis itu bagi mencari, dan untuk menyita dan mengalihkan dari premis itu—

(a)

apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah atau disyaki telah dilakukan; dan

Suggest a correction

(b)

apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang semunasabahnya dipercayai memberi keterangan tentang pelakuan kesalahan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Seseorang pegawai penguat kuasa atau pegawai polis yang bertindak di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh—

(a)

memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pagar pintu atau halangan lain ke premis itu, untuk masuk ke dalam premis itu;

Suggest a correction

(b)

mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pengalihan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah subseksyen (1) atau (2); dan 66

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(c)

menahan tiap-tiap orang yang ditemui di dalam premis itu sehingga penggeledahan itu selesai.

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 101

Open as pageSuggest a correction

Bilamana seseorang pegawai penguat kuasa atau pegawai polis mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan mungkin dijumpai di dalam atau di mana-mana tempat, premis, pada orang, di dalam mana-mana kenderaan, vesel atau alat pengangkutan dan bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh waran di bawah seksyen 100 matlamat penggeledahan mungkin terkecewa, dia boleh, tanpa waran, dengan apa-apa bantuan dan kekerasan sebagaimana yang perlu—

(a)

memasuki dan menggeledah tempat atau premis itu;

Suggest a correction

(b)

memberhentikan dan memeriksa orang, kenderaan, vesel atau alat pengangkutan itu; dan

Suggest a correction

(c)

menyita apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang mungkin dijumpai dan boleh menjadi keterangan tentang pelakuan kesalahan itu.

Pemeriksaan orang

Suggest a correction

Seksyen 102

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang lain yang sama jantinanya dengan orang itu, dan pemeriksaan itu hendaklah dijalankan dengan penuh kesopanan.

Penyitaan benda, dsb.

Seksyen 103

Open as pageSuggest a correction

Tanpa menjejaskan subseksyen 100(2) dan seksyen 101, apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang semunasabahnya disyaki oleh seseorang pegawai penguat kuasa atau pegawai polis telah digunakan atau akan digunakan dalam pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh disita dan ditahan oleh pegawai penguat kuasa atau pegawai polis itu.

Warisan Kebangsaan 67

Seksyen 104

Notis penyitaan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1) hendaklah diserahkan dengan serta-merta kepada penghuni tempat atau premis tempat objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang disita itu dijumpai.

Suggest a correction

(3)

Jika penyitaan itu dibuat di dalam atau dari mana-mana tempat atau premis yang tidak dihuni, pegawai penguat kuasa atau pegawai polis yang membuat penyitaan itu hendaklah bilamana mungkin menampalkan supaya mudah dilihat suatu senarai benda yang disita itu di tempat atau premis itu.

Suggest a correction

(4)

Jika apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain disita selain di dalam atau dari mana-mana tempat atau premis, pegawai penguat kuasa atau pegawai polis yang membuat penyitaan itu hendaklah memberikan suatu notis secara bertulis mengenai penyitaan itu dan alasan-alasan penyitaan itu kepada pemunya objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang disita itu dengan menyerahkan suatu salinan notis itu kepada pemunya itu sendiri atau melalui pos ke tempat perniagaan atau kediamannya.

Suggest a correction

(5)

Notis di bawah subseksyen (4) tidak perlu diberikan jika penyitaan itu dibuat dalam kehadiran atau dengan pengetahuan pemunya itu.

Kuasa penangkapan

Suggest a correction

Seksyen 105

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang pegawai penguat kuasa yang membuat penangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu menyerahkan orang yang ditangkap sedemikian kepada pegawai polis yang paling hampir atau, jika tiada pegawai polis, membawa orang itu ke balai polis yang paling hampir, dan sesudah itu orang itu hendaklah diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa seolah-olah dia ditangkap oleh seorang pegawai polis.

Menghalang penggeledahan, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 106

Undang-Undang Malaysia

Open as pageSuggest a correction

(a)

mengamang, menggalang, menghalang atau melengahkan mana-mana pegawai penguat kuasa dalam melaksanakan apa-apa kemasukan yang berhak dilaksanakan olehnya di bawah Akta ini, atau dalam pelaksanaan apa-apa tugas yang dipertanggungkan atau apa-apa kuasa yang diberikan oleh Akta ini; atau

Suggest a correction

(b)

tidak mematuhi apa-apa permintaan sah daripada seseorang pegawai penguat kuasa yang bertindak melaksanakan tugasnya di bawah seksyen 105, melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes

Suggest a correction

Seksyen 107

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki oleh suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), pegawai penguat kuasa itu boleh melaporkan keengganannya itu kepada Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah itu.

Warisan Kebangsaan 69

Pemeriksaan orang yang mengetahui kes

Suggest a correction

Seksyen 108

Open as pageSuggest a correction

(2)

Orang itu adalah terikat untuk menjawab segala soalan berhubung dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai penguat kuasa, tetapi dia boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya mungkin mendedahkan orang itu kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.

Suggest a correction

(3)

Seseorang yang membuat suatu pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan-soalan itu.

Suggest a correction

(4)

Seseorang pegawai penguat kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).

Suggest a correction

(5)

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas—

(a)

pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa pernyataan itu dibuat olehnya; dan

Suggest a correction

(b)

dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.

Kebolehterimaan pernyataan orang tertuduh

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 109

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada pernyataan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh diterima atau digunakan sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen itu jika pembuatan pernyataan itu ternyata pada mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang datang daripada orang yang berkuasa dan mencukupi, pada pendapat mahkamah itu, untuk memberi orang itu alasan yang pada pendapatnya munasabah untuk menjangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkaitan dengan prosiding terhadapnya.

Suggest a correction

(3)

Jika mana-mana orang ditangkap atau dimaklumkan bahawa dia mungkin didakwa atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, hendaklah disampaikan kepadanya suatu notis secara bertulis, yang hendaklah diterangkan kepadanya yang bermaksud seperti yang berikut:

“Kamu telah ditangkap/dimaklumkan bahawa kamu mungkin didakwa atas ... (kesalahan di bawah Akta ini yang mungkin dipertuduhkan). Adakah kamu hendak menyatakan apa-apa? Jika ada apa-apa fakta yang hendak kamu gunakan dalam pembelaan kamu di mahkamah, kamu dinasihati supaya menyatakannya sekarang. Jika kamu tidak menyatakannya sehingga kamu pergi ke mahkamah, kemungkinan keterangan kamu akan kurang dipercayai dan ini akan membawa kesan buruk kepada kes kamu pada amnya. Jika kamu ingin menyatakan apa-apa fakta sekarang, dan kamu mahu ia ditulis, ini akan dilakukan.”.

Warisan Kebangsaan 71

Suggest a correction

(4)

Walau apa pun subseksyen (3), sesuatu pernyataan oleh mana-mana orang yang dituduh melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang dibuat sebelum ada masa untuk menyampaikan notis di bawah subseksyen itu tidaklah menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata kerana tiada notis sedemikian telah disampaikan kepada orang itu jika notis sedemikian disampaikan kepadanya dengan seberapa segera yang semunasabahnya mungkin sesudah itu.

Suggest a correction

(5)

Tiada pernyataan yang dibuat oleh seseorang orang tertuduh pada menjawab notis bertulis yang disampaikan kepadanya menurut subseksyen (3) boleh ditafsirkan sebagai pernyataan yang disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji sebagaimana yang diperihalkan dalam subseksyen (2), jika pernyataan itu dibuat selainnya dengan sukarela.

Suggest a correction

(6)

Jika dalam mana-mana prosiding jenayah terhadap seseorang atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, keterangan diberikan bahawa tertuduh, apabila dimaklumkan bahawa dia mungkin didakwa kerananya, gagal menyatakan apa-apa fakta, iaitu fakta yang dalam hal keadaan yang wujud pada masa itu dia semunasabahnya dapat dijangkakan akan menyatakannya apabila dimaklumkan sedemikian, maka mahkamah, dalam menentukan sama ada pihak pendakwa sudah membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan dalam menentukan sama ada tertuduh bersalah atas kesalahan yang dipertuduhkan, boleh membuat apa-apa kesimpulan daripada kegagalan itu sebagaimana yang pada pendapatnya patut; dan kegagalan itu boleh, berasaskan kesimpulan itu, dikira sebagai, atau sebagai dapat terjumlah kepada, sokongan apa-apa keterangan yang diberikan terhadap tertuduh yang berhubungan dengannya kegagalan itu adalah suatu perkara matan.

Suggest a correction

(7)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (6) boleh, dalam mana-mana prosiding jenayah—

(a)

menjejaskan kebolehterimaan sebagai keterangan perbuatan berdiam diri atau apa-apa reaksi lain tertuduh semasa apa-apa jua dikatakan dalam kehadirannya berhubung dengan kelakuan yang berkenaan dengannya dia dipertuduh, setakat yang keterangan sedemikian akan boleh diterima selain oleh sebab subseksyen itu; atau

Suggest a correction

(b)

dikira sebagai menghalang pembuatan apa-apa kesimpulan daripada apa-apa perbuatan berdiam diri atau reaksi lain tertuduh yang dapat dibuat selain oleh sebab subseksyen itu.

72

Undang-Undang Malaysia

Pelucuthakan benda, dsb., yang disita

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 110

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika apa-apa benda telah disita di bawah Akta ini pegawai penguat kuasa boleh mengikut budi bicaranya memulangkan secara sementara apa-apa benda itu kepada pemunya atas jaminan yang diberikan yang memuaskan hatinya bahawa benda itu hendaklah diserahkan kepadanya atas permintaan atau untuk dikemukakan di hadapan mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa.

Suggest a correction

(3)

Suatu perintah bagi pelucuthakan di bawah subseksyen (1)

hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu merupakan hal perkara bagi atau digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.

Suggest a correction

(4)

Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini, objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis ke alamat yang terakhir diketahui orang yang daripadanya objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu disita yang menyatakan bahawa tiada pendakwaan berkenaan dengan objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu, melainkan jika sebelum habis tempoh itu suatu tuntutan baginya telah dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (5), (6), (7) dan (8).

Suggest a correction

(5)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang disebut di bawah subseksyen (4) dan bahawa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu tidak boleh dilucuthakkan boleh memberikan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis notis bertulis kepada pegawai penguat kuasa atau pegawai polis yang dalam milikannya objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu dipegang bahawa dia menuntut objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu.

Warisan Kebangsaan 73

Suggest a correction

(6)

Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (5) diterima, pegawai penguat kuasa atau pegawai polis itu hendaklah merujukkan perkara itu kepada Majistret untuk mendapatkan suatu keputusan.

Suggest a correction

(7)

Majistret yang kepadanya suatu perkara dirujukkan di bawah subseksyen (6) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu dan orang yang daripadanya objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu disita hadir di hadapan Majistret itu, dan apabila mereka hadir atau apabila mereka tidak hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, Majistret hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu.

Suggest a correction

(8)

Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang disebut dalam subseksyen (7) merupakan hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, maka

Majistret hendaklah memerintahkan supaya objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu dilucuthakkan dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan supaya objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu dilepaskan.

Suggest a correction

(9)

Mana-mana objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah dihantarserahkan kepada pegawai penguat kuasa atau pegawai polis dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Majistret.

Suggest a correction

(10)

Jika apa-apa jua yang disita pada menjalankan kuasa yang diberikan di bawah seksyen 100 atau seksyen 101 merupakan daripada jenis yang mudah musnah atau jika jagaan benda itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah,

Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya atau Penolong Pesuruhjaya atau pegawai penguat kuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengarahkan supaya benda itu dijual pada bila-bila masa dan hasil jualan itu dipegang untuk mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan di bawah seksyen ini.

74

Undang-Undang Malaysia

Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan

Suggest a correction

Seksyen 111

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa jua, yang disita pada menjalankan atau berupa sebagai penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.

Bahagian XV

BAHAGIAN XV

Seksyen 112

Open as pageSuggest a correction

(a)

mengorek, membina, menggali, membangun, menanam pokok, menguari, mengairi, membakar kapur atau mendeposit tanah atau sampah, di atas atau di tapak warisan atau kawasan pemuliharaan;

Suggest a correction

(b)

meroboh, mengganggu, menghalang, mengubah suai, menanda, meruntuhkan atau mengalih mana-mana monumen di mana-mana tapak warisan;

Suggest a correction

(c)

mendirikan apa-apa bangunan atau struktur bersebelahan dengan suatu monumen di dalam mana-mana tapak warisan;

Suggest a correction

(d)

memusnahkan perhubungan antara suatu bangunan dengan alam sekitarnya yang tidak selaras dengan ciri-ciri kejiranan di mana-mana tapak warisan;

Suggest a correction

(e)

membersihkan mana-mana kawasan atau mengganggu, memusnahkan atau mengalih mana-mana pokok, tumbuhan bawah, rumpai, rumput atau tumbuh-tumbuhan di mana-mana tapak warisan; atau

Suggest a correction

(f)

melakukan apa-apa aktiviti atau tindakan yang mungkin menyebabkan kerosakan kepada tanah yang bersempadanan dan tanah di sekitarnya yang telah didaftarkan sebagai suatu tapak warisan.

Warisan Kebangsaan 75

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang ada dalam milikan atau jagaannya atau di bawah kawalannya, apa-apa bahan yang berasal daripada tanah yang menjadi suatu warisan semula jadi atau warisan kebudayaan, hendaklah dianggap sebagai telah diekstrak, dialih atau diangkut atau dibenarkan pengekstrakan, pengalihan atau pengangkutan warisan semula jadi atau warisan kebudayaan itu tanpa kuasa yang sah.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh diperintahkan untuk membayar, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang dikenakan di bawah subseksyen (2), pampasan yang bersamaan dengan nilai objek itu dan bagi apa-apa jua yang dirosakkan semasa pengekstrakannya.

Suggest a correction

(5)

Bagi maksud subseksyen (4), nilai apa-apa objek hendaklah, sekiranya tidak ada keterangan yang bertentangan, disifatkan sebagai apa-apa amaun sebagaimana yang diperakui oleh penilai Kerajaan

Persekutuan.

Suggest a correction

(6)

Apa-apa jumlah yang diperintahkan untuk dibayar di bawah subseksyen (4) boleh didapatkan seolah-olah ia merupakan suatu denda yang dikenakan atas sabitan.

Kesalahan berkenaan dengan objek warisan

Suggest a correction

Seksyen 113

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang memusnahkan, merosakkan, mencacatkan, melupuskan atau mengubah sesuatu warisan kebudayaan ketara, tanpa suatu permit yang dikeluarkan oleh

Pesuruhjaya melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Seksyen 114

Kesalahan berkenaan dengan Warisan Kebangsaan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Suggest a correction

Bahagian XVI

BAHAGIAN XVI

Seksyen 115

Open as pageSuggest a correction

Tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis

Pendakwa Raya.

Seksyen 116

Bidang kuasa Mahkamah Majistret Kelas Pertama

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, Mahkamah Majistret

Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan boleh menjatuhkan hukuman penuh bagi apa-apa kesalahan itu.

Seksyen 117

Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan

Open as pageSuggest a correction

Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini ialah suatu pertubuhan perbadanan, maka tiap-tiap orang yang, pada masa pelakuan kesalahan itu merupakan pengarah urusan, pengurus atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu, boleh dipertuduh bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu, dan jika pertubuhan perbadanan itu disabitkan atas kesalahan yang dipertuduhkan, maka tiap-tiap pengarah urusan, pengurus atau pegawai itu hendaklah juga disifatkan telah melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan penalti yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu, melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, keizinan atau pembiarannya atau bahawa dia telah mengambil langkah yang munasabah untuk mencegah pelakuannya.

Warisan Kebangsaan 77

Seksyen 118

Penalti am

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika kesalahan yang dilakukan mengakibatkan kerosakan kepada atau perobohan atau pembinasaan sesuatu butiran warisan, mahkamah boleh memerintahkan orang itu membayar, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti yang dikenakan di bawah subseksyen (1), kos pembaikan, pembaikpulihan atau pembinaan semula butiran warisan itu.

Pengkompaunan kesalahan

Suggest a correction

Seksyen 119

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.

Suggest a correction

(3)

Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran di bawah subseksyen (1) tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh selanjutnya yang diberikan oleh Pesuruhjaya, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

78

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(4)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen

Suggest a correction

(1)

, tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat dan jika pemilikan telah diambil terhadap mana-mana buku, rekod atau dokumen lain atau apa-apa benda lain, buku, rekod, dokumen atau benda itu boleh dilepaskan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan mengikut syarat kompaun.

Suggest a correction

(5)

Amaun yang diterima di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang

Disatukan Persekutuan dan dalam hal kesalahan di bawah Bahagian

XI amaun yang diterima hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri.

Pekhidmat awam

Suggest a correction

Seksyen 120

Open as pageSuggest a correction

Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya, Penolong Pesuruhjaya, pegawai yang diberi kuasa, pegawai penguat kuasa, semua anggota

Majlis dan jawatankuasa, mana-mana anggota kakitangan atau ejen

Pesuruhjaya semasa menunaikan kewajipan mereka atau melaksanakan fungsi mereka atau menjalankan kuasa mereka di bawah Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.

Seksyen 121

Kekebalan daripada tindakan undang-undang

Open as pageSuggest a correction

Tiada prosiding undang-undang, pendakwaan atau bentuk litigasi yang lain boleh dimulakan atau dikekalkan terhadap—

(a)

Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya atau Penolong

Pesuruhjaya;

Suggest a correction

(c)

mana-mana pegawai yang diberi kuasa atau pegawai penguat kuasa; atau

Suggest a correction

(d)

mana-mana orang yang diambil bekerja di pejabat

Pesuruhjaya atau Majlis, atas sifat peribadinya berkenaan dengan apa-apa perbuatan, peninggalan, keputusan atau pernyataan yang dilakukan atau dibuat bagi maksud atau bersampingan dengan pelaksanaan atau pelaksanaan

Warisan Kebangsaan 79

yang dicadangkan peruntukan Akta ini atau apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini melainkan jika perbuatan, peninggalan, keputusan atau pernyataan itu telah dilakukan atau dibuat oleh kecuaian atau keingkarannya yang disengajakan.

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Suggest a correction

Seksyen 122

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]

Open as pageSuggest a correction

hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya, Penolong

Pesuruhjaya, pegawai yang diberi kuasa, pegawai penguat kuasa, mana-mana anggota Majlis atau jawatankuasa, mana-mana anggota kakitangan atau ejen Pesuruhjaya, atau Majlis berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan atau dibuat olehnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas sifat yang sedemikian.

Seksyen 123

Pewakilan kuasa

Open as pageSuggest a correction

Pesuruhjaya boleh secara am atau khusus memberi kuasa bagi penjalanan, pelaksanaan atau penunaian mana-mana kuasa, kewajipan atau fungsinya di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini kepada mana-mana pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 5(1).

Seksyen 124

Peraturan-peraturan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi kesemua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

menetapkan apa-apa perkara yang dikehendaki di bawah

Akta ini untuk ditetapkan;

Suggest a correction

(c)

menetapkan syarat dan sekatan (termasuk pembayaran dan amaun fi) yang tertakluk kepadanya mana-mana lesen atau permit di bawah Akta ini boleh diberikan atau dikeluarkan;

80

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(d)

menyediakan tatacara bagi permohonan, terma dan syarat yang hendaklah dikenakan pada lesen, dan bagi fi, caj dan deposit berkenaan dengan permohonan itu, termasuk peruntukan bagi pelucuthakan, penggunaan atau pengembalian deposit itu;

Suggest a correction

(e)

menetapkan pengurusan dan tatacara bagi pemuliharaan dan pemeliharaan tapak warisan, objek warisan, warisan kebudayaan di bawah air dan Warisan Kebangsaan;

Suggest a correction

(f)

menetapkan garis panduan dan tatacara bagi pemuliharaan dan pemeliharaan warisan kebudayaan tidak ketara;

Suggest a correction

(g)

menetapkan tatacara bagi pengkompaunan kesalahan; dan

Suggest a correction

(h)

menetapkan penalti atau denda yang tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit bagi pelanggaran atau kegagalan untuk mematuhi mana-mana peruntukan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau dengan sekatan atau syarat mana-mana lesen atau permit yang diberikan di bawah mana-mana peraturan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian XVII

BAHAGIAN XVII

PERUNTUKAN PEMANSUHAN DAN KECUALIAN

Suggest a correction

Pemansuhan dan kecualian

Seksyen 125

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta Harta Karun 1957 hendaklah terus terpakai bagi Negeri-Negeri yang tidak menerima pakai peruntukan Bahagian XI Akta ini melalui suatu undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan bagi Negeri yang berkaitan mengikut Fasal (3) Perkara 76

Perlembagaan Persekutuan.

Suggest a correction

(3)

Semua penetapan, peraturan, kaedah, undang-undang kecil, pengecualian, arahan dan perintah yang dibuat, semua daftar yang disimpan dan semua perakuan yang diberikan atau yang mempunyai kesan di bawah undang-undang atau perintah yang dimansuhkan oleh seksyen ini dan yang berkuat kuasa atau mempunyai kesan pada permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah (tanpa menjejaskan kuasa Menteri untuk meminda peraturan-peraturan, kaedah-kaedah dan undang-undang kecil atau untuk meminda, membatalkan atau

Warisan Kebangsaan 81

menarik balik pengecualian, arahan atau perakuan melalui perintah atau arahan yang dibuat di bawah peruntukan yang berkenaan

Akta ini dan tertakluk kepada apa-apa ubah suaian yang perlu untuk menyelaraskan peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, undang-undang kecil, pengecualian, arahan atau perintah dengan Akta ini)

terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olah ia telah dibuat, disimpan atau diberikan di bawah Akta ini, sehingga diperuntukkan selainnya di bawah Akta ini.

Pencegahan anomali

Suggest a correction

Seksyen 126

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini selepas habis tempoh dua tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Dalam seksyen ini, “ubah suaian” termasuklah pindaan, tambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, variasi, pengubahan dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini.

82

Undang-Undang Malaysia

Akta 645

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

–TIADA–

Warisan Kebangsaan 83

Akta 645

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

–TIADA–

Suggest a correction

Common questions

What is AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005?
AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005 is Malaysia Act, cited as Act 645 2005, currently marked in force and first recorded in 2005.
Is AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005 still in force?
Yes — AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005 is currently in force.
When did AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005 take effect?
AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005 was first recorded in 2005.
How many sections does AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005 have?
AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005 contains 126 sections.
Where can I read the official version of AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005?
The official text of AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005 is published at lom.agc.gov.my.