Malaysia legislation
Section 116
Seksyen 116
Bidang kuasa Mahkamah Majistret Kelas Pertama
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, Mahkamah Majistret
Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan boleh menjatuhkan hukuman penuh bagi apa-apa kesalahan itu.