Malaysia legislation

Section 119

of AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005

Seksyen 119

(2)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.

(3)

Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran di bawah subseksyen (1) tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh selanjutnya yang diberikan oleh Pesuruhjaya, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

78

Undang-Undang Malaysia

(4)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen

(1)

, tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat dan jika pemilikan telah diambil terhadap mana-mana buku, rekod atau dokumen lain atau apa-apa benda lain, buku, rekod, dokumen atau benda itu boleh dilepaskan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan mengikut syarat kompaun.

(5)

Amaun yang diterima di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang

Disatukan Persekutuan dan dalam hal kesalahan di bawah Bahagian

XI amaun yang diterima hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri.

Pekhidmat awam