Malaysia legislation
Section 121
Seksyen 121
Kekebalan daripada tindakan undang-undang
Tiada prosiding undang-undang, pendakwaan atau bentuk litigasi yang lain boleh dimulakan atau dikekalkan terhadap—
(a)
Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya atau Penolong
Pesuruhjaya;
(b)
mana-mana anggota Majlis;
(c)
mana-mana pegawai yang diberi kuasa atau pegawai penguat kuasa; atau
(d)
mana-mana orang yang diambil bekerja di pejabat
Pesuruhjaya atau Majlis, atas sifat peribadinya berkenaan dengan apa-apa perbuatan, peninggalan, keputusan atau pernyataan yang dilakukan atau dibuat bagi maksud atau bersampingan dengan pelaksanaan atau pelaksanaan
Warisan Kebangsaan 79
yang dicadangkan peruntukan Akta ini atau apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini melainkan jika perbuatan, peninggalan, keputusan atau pernyataan itu telah dilakukan atau dibuat oleh kecuaian atau keingkarannya yang disengajakan.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948