Malaysia legislation
Section 124
Seksyen 124
Peraturan-peraturan
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi kesemua atau mana-mana maksud yang berikut:
(a)
menetapkan apa-apa perkara yang dikehendaki di bawah
Akta ini untuk ditetapkan;
(b)
menetapkan pelan pengurusan pemuliharaan;
(c)
menetapkan syarat dan sekatan (termasuk pembayaran dan amaun fi) yang tertakluk kepadanya mana-mana lesen atau permit di bawah Akta ini boleh diberikan atau dikeluarkan;
80
Undang-Undang Malaysia
(d)
menyediakan tatacara bagi permohonan, terma dan syarat yang hendaklah dikenakan pada lesen, dan bagi fi, caj dan deposit berkenaan dengan permohonan itu, termasuk peruntukan bagi pelucuthakan, penggunaan atau pengembalian deposit itu;
(e)
menetapkan pengurusan dan tatacara bagi pemuliharaan dan pemeliharaan tapak warisan, objek warisan, warisan kebudayaan di bawah air dan Warisan Kebangsaan;
(f)
menetapkan garis panduan dan tatacara bagi pemuliharaan dan pemeliharaan warisan kebudayaan tidak ketara;
(g)
menetapkan tatacara bagi pengkompaunan kesalahan; dan
(h)
menetapkan penalti atau denda yang tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit bagi pelanggaran atau kegagalan untuk mematuhi mana-mana peruntukan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau dengan sekatan atau syarat mana-mana lesen atau permit yang diberikan di bawah mana-mana peraturan itu.