Malaysia legislation

Section 125

of AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005

Seksyen 125

(2)

Akta Harta Karun 1957 hendaklah terus terpakai bagi Negeri-Negeri yang tidak menerima pakai peruntukan Bahagian XI Akta ini melalui suatu undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan bagi Negeri yang berkaitan mengikut Fasal (3) Perkara 76

Perlembagaan Persekutuan.

(3)

Semua penetapan, peraturan, kaedah, undang-undang kecil, pengecualian, arahan dan perintah yang dibuat, semua daftar yang disimpan dan semua perakuan yang diberikan atau yang mempunyai kesan di bawah undang-undang atau perintah yang dimansuhkan oleh seksyen ini dan yang berkuat kuasa atau mempunyai kesan pada permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah (tanpa menjejaskan kuasa Menteri untuk meminda peraturan-peraturan, kaedah-kaedah dan undang-undang kecil atau untuk meminda, membatalkan atau

Warisan Kebangsaan 81

menarik balik pengecualian, arahan atau perakuan melalui perintah atau arahan yang dibuat di bawah peruntukan yang berkenaan

Akta ini dan tertakluk kepada apa-apa ubah suaian yang perlu untuk menyelaraskan peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, undang-undang kecil, pengecualian, arahan atau perintah dengan Akta ini)

terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olah ia telah dibuat, disimpan atau diberikan di bawah Akta ini, sehingga diperuntukkan selainnya di bawah Akta ini.

Pencegahan anomali

Section 125 — AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005 | mylaw.my