Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
(2)
Kumpulan Wang hendaklah dikawal, disenggarakan dan dikendalikan oleh Pesuruhjaya.
(3)
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a)
apa-apa jumlah wang yang diuntukkan oleh Parlimen daripada Kumpulan Wang Disatukan dan selainnya bagi maksud Akta ini;
(b)
segala wang yang diterima melalui derma, hadiah atau pemberian;
(c)
segala wang yang diperoleh daripada levi yang dikenakan di bawah Akta ini;
(d)
faedah yang diterima daripada pelaburan melalui deposit tetap wang yang ada pada kredit Kumpulan Wang;
(e)
pembayaran balik apa-apa pinjaman yang dibayar di bawah
Akta ini;
(f)
segala wang yang ada pada kredit Kumpulan Wang yang tidak diperlukan dengan segera bagi maksud Akta ini sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri;
(g)
segala wang yang dipinjam dengan keizinan Menteri
Kewangan bagi maksud Kumpulan Wang; dan
(h)
segala wang atau harta lain yang boleh mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar atau terletak hak pada
Pesuruhjaya berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa atau kewajipannya.
26
Undang-Undang Malaysia
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan
Wang