Malaysia legislation

Section 38

of AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005

Seksyen 38

(a)

membuat perkiraan dengan pemunya atau penduduk bagi pemeriksaan, penyenggaraan, pemuliharaan dan pemeliharaan tapak warisan itu;

(b)

membeli atau memajakkan tapak warisan itu;

(c)

memperoleh tapak warisan itu mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi maksud awam; atau

(d)

memindahkan keseluruhan atau mana-mana bahagian bangunan atau monumen di atas tapak warisan itu.

34

Undang-Undang Malaysia

(2)

Jika pemunya atau penduduk bersetuju dengan apa-apa perkiraan di bawah perenggan 1(a), Pesuruhjaya boleh membuat sumbangan bagi kos menjalankan apa-apa kerja pembaikan atau pemuliharaan yang difikirkan perlu.

(3)

Jika sumbangan bagi kos menjalankan kerja dibuat, kerja itu hendaklah dijalankan mengikut arahan Pesuruhjaya.

(4)

Pesuruhjaya hendaklah membayar apa-apa kerosakan yang berlaku kepada tapak atau monumen itu akibat daripada pemindahan mana-mana monumen di bawah perenggan 1(d) dan boleh bersetuju dengan pembayaran apa-apa pampasan kepada pemunya tapak itu.

(5)

Apa-apa pertikaian tentang amaun pampasan hendaklah dirujukkan kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.

Pemeriksaan tapak warisan