Malaysia legislation
Section 40
Seksyen 40
(2)
Jika pihak berkuasa perancang tempatan merujukkan apa-apa permohonan oleh mana-mana orang bagi kebenaran merancang atau perintah pembangunan kepada Pesuruhjaya, permohonan itu hendaklah mengandungi—
(a)
butir-butir yang mencukupi untuk mengenal pasti monumen yang dimaksudkan oleh permohonan itu, termasuk pelan susun aturnya, pelan bangunan terukur dan fotograf tiap-tiap sudutnya, termasuk bahagian luar dan bahagian dalam monumen itu;
(b)
apa-apa pelan dan lukisan yang lain sebagaimana yang diperlukan untuk memperihalkan kerja yang menjadi perkara permohonan itu;
(c)
langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan keselamatan tapak warisan dan tanah yang berdekatan;
dan
(d)
apa-apa butir yang lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya.
(3)
Bagi maksud perenggan 2(c), tanah yang berdekatan ertinya—
(a)
mana-mana tanah yang bersempadanan dalam lingkungan dua ratus meter dari sempadan tanah yang dimaksudkan oleh permohonan di bawah seksyen ini;
(b)
mana-mana tanah yang terpisah dari tanah yang dimaksudkan oleh permohonan yang dibuat di bawah seksyen ini oleh mana-mana jalan, lorong, parit atau tanah rizab yang lebarnya tidak melebihi dua puluh meter dan yang akan menjadi bersempadanan dengan tanah yang dimaksudkan oleh permohonan itu jika tanah itu tidak dipisahkan oleh jalan, lorong, parit atau tanah rizab itu; atau 36
Undang-Undang Malaysia
(c)
mana-mana tanah yang terletak dalam lingkungan dua ratus meter dari sempadan tanah yang dimaksudkan oleh permohonan di bawah seksyen ini.
(4)
Pesuruhjaya hendaklah menasihati pihak berkuasa perancang tempatan supaya mengenakan syarat-syarat apabila memberikan kebenaran merancang atau perintah pembangunan yang melibatkan suatu tapak warisan yang boleh termasuk—
(a)
menghendaki pematuhan mana-mana garis panduan dan tatacara pemuliharaan yang dikeluarkan oleh Menteri;
(b)
menghendaki pembayaran apa-apa kerosakan yang disebabkan kepada mana-mana tapak warisan selepas kerja yang dibenarkan oleh kebenaran merancang atau perintah pembangunan itu selesai; atau
(c)
menghendaki perlindungan dan pengekalan mana-mana ciri tertentu tapak warisan itu.
(5)
Jika kebenaran merancang diberikan, Pesuruhjaya hendaklah berhubung, bekerjasama dan menyelaraskan dengan pihak berkuasa perancang tempatan untuk memantau dan mengawasi terma dan syarat yang dikenakan yang berhubungan dengan pemuliharaan warisan dipatuhi.
(6)
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan.
Perintah Pemeliharaan Monumen