Malaysia legislation

Section 43

of AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005

Seksyen 43

(2)

Pesuruhjaya boleh, selepas berunding dengan Majlis dan

Pihak Berkuasa Negeri, membuat perkiraan dengan pemunya sesuatu tapak warisan untuk menjalankan apa-apa kerja pemuliharaan dan pemeliharaan yang difikirkan sesuai oleh Pesuruhjaya.

(3)

Pesuruhjaya boleh, dengan kelulusan Majlis, mengeluarkan pemberian atau pinjaman yang akan dibayar daripada Kumpulan

Wang bagi kerja-kerja pemuliharaan dan pemeliharaan itu.

(4)

Pesuruhjaya boleh, apabila memberikan pemberian atau pinjaman itu, mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya sesuai ke atas pemunya.

Kuasa untuk mengenakan fi masuk