Malaysia legislation
Section 46
Seksyen 46
(a)
menggalakkan pemuliharaan, pemeliharaan, pemulihan, pembaikpulihan atau pembinaan semula suatu tapak warisan;
(b)
memastikan pengurusan wajar sesuatu tapak warisan termasuk penggunaan dan pembangunan semua bangunan dan tanah dalam tapak warisan itu dan pemeliharaan persekitaran termasuk langkah-langkah memperelok persekitaran hidup dari segi fizikal, perhubungan, kesejahteraan sosio-ekonomi, pengurusan lalu lintas dan penggalakan pertumbuhan ekonomi; dan
(c)
menggalakkan skim bagi pendidikan, atau bagi bantuan praktikal dan kewangan kepada, pemunya dan penduduk, dan bagi penglibatan masyarakat dalam membuat keputusan.
(2)
Pesuruhjaya hendaklah dari semasa ke semasa mengemukakan pelan pengurusan pemuliharaan itu kepada Pihak Berkuasa Negeri atau pihak berkuasa perancang tempatan yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan menasihati dan menyelaraskan dengan Pihak Berkuasa Negeri atau pihak berkuasa perancang tempatan bagi pelaksanaan pelan pengurusan pemuliharaan dan garis panduannya.
(3)
Pesuruhjaya hendaklah dari semasa ke semasa mengkaji semula mana-mana pelan pengurusan pemuliharaan.
40
Undang-Undang Malaysia