Malaysia legislation

Section 47

of AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005

Seksyen 47

(2)

Jika Pegawai Daerah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana objek yang dijumpai di dalam kawasannya mempunyai warisan kebudayaan yang penting, dia boleh melalui notis secara bertulis menghendaki orang yang mempunyai milikan objek itu menghantarkan objek itu kepadanya dengan serta-merta, dan Pegawai Daerah itu apabila menerima objek itu hendaklah memberikan pengakuterimaan bertulis dan hendaklah menyimpan objek tersebut dengan selamat.

(3)

Pegawai Daerah hendaklah menyampaikan pemberitahuan di bawah subseksyen (1) atau notis bertulis di bawah subseksyen (2) kepada Pesuruhjaya secepat yang dapat dilaksanakan.

(4)

Mana-mana ejen, kontraktor atau pelaksana bagi Kerajaan

Persekutuan, Kerajaan Negeri atau pemunya tanah beri hakmilik yang menjumpai di tapak projek apa-apa objek yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa objek itu mempunyai warisan kebudayaan yang penting, maka ejen, kontraktor atau pelaksana itu hendaklah melaporkan kepada Pesuruhjaya yang hendaklah dengan serta-merta memeriksa objek itu.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (4)

melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Warisan Kebangsaan 41

Hak keempunyaan objek

Section 47 — AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005 | mylaw.my