Malaysia legislation
Section 48
Seksyen 48
(2)
Seorang penilai warisan yang berwibawa boleh dilantik oleh
Pesuruhjaya untuk memutuskan nilai objek itu bagi maksud menentukan amaun pampasan, dan keputusan penilai warisan yang berwibawa itu adalah muktamad.
(3)
Tiap-tiap objek yang sebelum tarikh permulaan kuat kuasa
Akta ini tidak dipunyai oleh mana-mana orang atau yang kawalannya tidak terletak hak pada mana-mana orang sebagai pemegang amanah atau pengurus, hendaklah disifatkan sebagai harta mutlak Kerajaan
Persekutuan.
(4)
Semua objek yang belum dijumpai sama ada yang terletak di atas atau yang tersembunyi di bawah permukaan tanah atau di dalam mana-mana sungai atau di dalam laut, hendaklah disifatkan sebagai harta mutlak Kerajaan Persekutuan tetapi jika objek tersebut pada tarikh terkemudian didapati dijumpai di atas atau di dalam tanah beri hakmilik peruntukan subseksyen (1) dan (2) hendaklah terpakai.
(5)
Dalam mana-mana prosiding undang-undang yang berhubungan dengan tarikh penjumpaan objek mempunyai warisan kebudayaan yang penting, maka hendaklah dianggap sebagai telah dijumpai selepas permulaan tarikh kuat kuasa Akta ini sehingga dibuktikan sebaliknya.
Pengisytiharan sebagai objek warisan oleh Pesuruhjaya