Malaysia legislation

Section 49

of AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005

Seksyen 49

(2)

Sebelum membuat pengisytiharan di bawah subseksyen (1), keizinan pemunya objek itu hendaklah diperoleh dan bagi maksud itu, Pesuruhjaya boleh memberi apa-apa peluang terlebih dahulu

42

Undang-Undang Malaysia kepada pemunya untuk membuat representasi atau penghujahan berhubung dengan pengisytiharan yang dicadangkan sebagaimana yang boleh dilaksanakan dalam hal keadaan itu dan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan.

(3)

Pesuruhjaya boleh, mengikut cara yang sama sebagaimana dalam subseksyen (1), meminda atau membatalkan Warta itu dan dalam setiap hal pindaan atau pembatalan itu dia hendaklah menyokong tindakannya dengan latar belakang dan sebab yang perlu.

(4)

Apabila objek itu disenaraikan dalam Daftar, objek itu hendaklah menjadi objek warisan bermula dari tarikh pendaftarannya dan hendaklah terhenti menjadi objek warisan apabila Pesuruhjaya membatalkan pendaftarannya.

Permohonan bagi pendaftaran

Permohonan bagi pendaftaran objek warisan