Malaysia legislation
Section 74
Seksyen 74
Notis penjumpaan harta karun
(2)
Pegawai Daerah yang menerima notis di bawah subseksyen (1) hendaklah memberitahu tentang penjumpaan harta karun itu kepada Pesuruhjaya tempat harta karun itu dijumpai.
(3)
Jika Pegawai Daerah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana harta karun telah dijumpai di dalam daerahnya dan penjumpaan harta karun itu tidak diberitahu kepadanya di bawah Akta ini, Pegawai Daerah itu hendaklah memberikan notis secara bertulis menghendaki orang yang menjumpai atau orang yang disyaki menjumpai atau pemunya atau penduduk tempat yang harta karun itu dijumpai untuk hadir sendiri di hadapannya pada
54
Undang-Undang Malaysia hari dan di tempat yang disebut dalam notis itu dan untuk menghantarkan kepadanya harta karun atau yang disyaki sebagai harta karun yang dijumpai sedemikian, dan Pegawai Daerah hendaklah mengaku penerimaan.
Pemberitahuan bagi siasatan