Malaysia legislation
Section 76
Seksyen 76
Jika, selepas suatu siasatan dibuat di bawah seksyen 75, Pegawai
Daerah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa harta karun disembunyikan dalam masa lima puluh tahun sebelum tarikh penjumpaan itu oleh orang yang hadir sebagaimana yang dikehendaki oleh pemberitahuan tersebut dan menuntut harta karun itu, atau oleh beberapa orang lain yang di bawahnya orang itu menuntut,
Pegawai Daerah hendaklah membuat suatu perintah yang menangguhkan pendengaran kes itu selama apa-apa tempoh yang difikirkannya mencukupi, untuk membenarkan suatu guaman dimulakan dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang berwibawa oleh pihak menuntut untuk membuktikan haknya.
Warisan Kebangsaan 55