Malaysia legislation

Section 77

of AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005

Seksyen 77

Bila harta karun boleh diisytiharkan tiada pemunya

(a)

selepas apa-apa siasatan Pegawai Daerah mendapati tiada sebab untuk mempercayai bahawa harta karun itu disembunyikan sedemikian;

(b)

suatu tempoh ditetapkan di bawah seksyen 76, tiada guaman dimulakan dalam tempoh itu pada pengetahuan Pegawai

Daerah; atau

(c)

apa-apa guaman dimulakan dalam apa-apa tempoh dan tuntutan pihak menuntut yang akhirnya ditolak,

Pegawai Daerah itu boleh mengisytiharkan harta karun itu sebagai tiada pemunya.

(2)

Mana-mana orang yang terkilan dengan pengisytiharan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh merayu terhadap pengisytiharan itu dalam masa dua bulan dari tarikh pengisytiharan itu kepada

Mahkamah Tinggi.

Apabila harta karun terletak hak pada Kerajaan Negeri