Malaysia legislation

Section 7

of AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005

Seksyen 7

Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, kuasa Pesuruhjaya adalah seperti yang berikut:

(a)

untuk membuat kontrak;

Warisan Kebangsaan 21

(b)

untuk memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap jenis harta alih dan harta tak alih;

(c)

untuk memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakan semula, memindahkan hakmilik, atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih dan apa-apa kepentingan dalam apa-apa harta alih atau tak alih, yang terletak hak pada Pesuruhjaya; dan

(d)

untuk melakukan semua perkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini.

Section 7 — AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005 | mylaw.my