Malaysia legislation
Section 92
Seksyen 92
(2)
Apabila menerima maklumat di bawah subseksyen (1)
Pesuruhjaya hendaklah memberitahu peniaga berdaftar senarai dan perihalan butiran warisan yang dicuri atau hilang itu.
(3)
Jika apa-apa harta yang menepati senarai dan perihalan berada dalam milikan mana-mana peniaga berdaftar atau yang telah ditawarkan atau ditunjukkan kepada mana-mana peniaga berdaftar, dia hendaklah tanpa apa-apa kelengahan memberikan maklumat yang bermaksud sedemikian di balai polis yang paling hampir atau kepada mana-mana pegawai polis, dengan nama dan alamat orang yang daripadanya dia memperoleh atau yang menawarkan atau menunjukkan kepadanya butiran warisan yang dicuri atau hilang itu.
62
Undang-Undang Malaysia
(4)
Mana-mana peniaga berdaftar yang tidak memberikan maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(5)
Peniaga berdaftar dalam hal itu boleh menahan orang yang menawarkan atau menunjukkan butiran itu kepadanya sehingga ketibaan polis.
Laporan penjualan atau pembelian butiran warisan