Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Timbang Tara 13
(2)
Mahkamah, dalam membenarkan suatu penggantungan prosiding menurut subseksyen (1), boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.
(2a)
Jika prosiding admiralti digantung menurut subseksyen (1), mahkamah yang membenarkan penggantungan itu boleh, jika dalam prosiding mahkamah itu harta pernah ditahan atau ikat jamin atau jaminan lain telah diberikan untuk mengelakkan atau mendapatkan pelepasan daripada tahanan—
(a)
memerintahkan supaya harta yang ditahan itu dipegang sebagai jaminan bagi penyelesaian apa-apa award yang diberikan dalam timbang tara berkenaan dengan pertikaian itu; atau
(b)
memerintahkan supaya penggantungan prosiding itu adalah dengan syarat pengadaan jaminan yang setara bagi penyelesaian apa-apa award sedemikian.
(2b)
Tertakluk kepada apa-apa kaedah-kaedah mahkamah dan kepada apa-apa ubah suaian yang perlu, undang-undang dan amalan yang sama hendaklah terpakai berhubungan dengan harta yang dipegang menurut suatu perintah di bawah subseksyen (2a)
sebagaimana akan terpakai jika ia ditahan bagi maksud prosiding dalam mahkamah yang membuat perintah itu.
(2c)
Bagi maksud seksyen ini, prosiding admiralti merujuk kepada prosiding admiralti di bawah Aturan 70 *Kaedah-Kaedah
Mahkamah Tinggi 1980 [P.U. (A) 50/1980] dan prosiding yang dimulakan menurut perenggan 24(b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91].
(3)
Jika prosiding yang disebut dalam subseksyen (1) telah dibawa, prosiding timbang tara boleh dimulakan atau diteruskan, dan suatu award boleh dibuat, sementara isu itu belum selesai di hadapan mahkamah.
*CATATAN—Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 [P.U. (A) 50/1980] telah dimansuhkan oleh Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P.U. (A) 205/2012]—lihat
Aturan 94 P.U. (A) 205/2012.
Timbang Tara 15
(4)
Seksyen ini hendaklah juga terpakai berkenaan dengan timbang tara antarabangsa, sekiranya tempat timbang tara bukan di Malaysia.
Perjanjian timbang tara dan langkah interim oleh Mahkamah
Tinggi