PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2005/646
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA TIMBANGTARA 2005 is Malaysia Act, cited as Act 646 2005, currently marked in force and first recorded in 2005.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
salah satu daripada pihak kepada suatu perjanjian timbang tara, pada masa pembuatan perjanjian itu, mempunyai tempat urusannya di mana-mana Negara selain Malaysia;
salah satu daripada yang berikut terletak dalam mana-mana Negara selain Malaysia yang tempat pihak-pihak itu mempunyai tempat urusan mereka:
tempat timbang tara jika ditentukan dalam, atau menurut, perjanjian timbang tara;
mana-mana tempat di mana sebahagian besar obligasi mana-mana perhubungan perdagangan atau yang lain yang hendaklah dilaksanakan atau tempat yang dengannya hal perkara pertikaian itu mempunyai kaitan yang paling rapat; atau
Timbang Tara 9
pihak-pihak telah bersetuju dengan nyata bahawa hal perkara perjanjian timbang tara berkaitan dengan lebih daripada satu Negara;
“timbang tara domestik” ertinya mana-mana timbang tara yang bukan suatu timbang tara antarabangsa;
“tribunal timbang tara” ertinya penimbang tara kecemasan, penimbang tara tunggal atau panel penimbang tara.
Bagi maksud Akta ini—
jika suatu pihak mempunyai lebih daripada satu tempat urusan, sebutan mengenai tempat urusan ialah tempat urusan yang mempunyai perhubungan yang paling rapat dengan perjanjian timbang tara itu; atau
jika suatu pihak tidak mempunyai tempat urusan, sebutan mengenai tempat urusan ialah kediaman biasa pihak itu;
jika peruntukan Akta ini, kecuali seksyen 3, membiarkan pihak-pihak bebas untuk menentukan suatu isu tertentu, kebebasan itu hendaklah termasuk hak pihak-pihak itu untuk membenarkan pihak ketiga, termasuk suatu institusi, untuk menentukan isu itu;
jika peruntukan Akta ini merujuk kepada hakikat bahawa pihak-pihak telah bersetuju atau bahawa mereka mungkin bersetuju atau mengikut apa-apa cara lain merujuk kepada perjanjian pihak-pihak itu, perjanjian itu hendaklah termasuk apa-apa kaedah-kaedah timbang tara yang disebut dalam perjanjian itu;
jika peruntukan Akta ini merujuk kepada suatu tuntutan, selain dalam perenggan 27(a) dan 34(2)(a), peruntukan itu hendaklah juga terpakai bagi suatu tuntutan balas, dan jika peruntukan itu merujuk kepada suatu pembelaan, peruntukan itu hendaklah juga terpakai bagi suatu pembelaan kepada tuntutan balas itu.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 646
Pemakaian bagi timbang tara dan award di Malaysia
Berkenaan dengan suatu timbang tara domestik, jika tempat timbang tara adalah di Malaysia—
Bahagian III Akta ini hendaklah terpakai melainkan jika pihak-pihak bersetuju selainnya secara bertulis.
Berkenaan dengan timbang tara antarabangsa, jika tempat timbang tara adalah di Malaysia—
Bahagian III Akta ini tidak terpakai melainkan jika pihak-pihak bersetuju selainnya secara bertulis.
Bagi maksud perenggan (2)(b) dan (3)(b), pihak-pihak kepada suatu timbang tara domestik boleh bersetuju untuk mengecualikan pemakaian Bahagian III Akta ini dan pihak-pihak kepada suatu timbang tara antarabangsa boleh bersetuju untuk memakai Bahagian
III Akta ini, secara keseluruhan atau sebahagian.
Perwakilan 3a. Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, suatu pihak kepada prosiding timbang tara boleh diwakili dalam prosiding itu oleh mana-mana wakil yang dilantik oleh pihak itu.
Kebolehtimbangtaraan hal perkara
Hakikat bahawa mana-mana undang-undang bertulis memberikan bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara kepada mana-mana mahkamah tetapi tidak menyebut mengenai penentuan perkara itu melalui timbang tara tidak boleh, dengan sendirinya, menunjukkan bahawa suatu pertikaian tentang perkara itu tidak boleh ditentukan melalui timbang tara.
Kerajaan adalah terikat
Timbang Tara 11
Akta ini hendaklah terpakai bagi mana-mana timbang tara yang baginya Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana komponen negeri di Malaysia merupakan suatu pihak.
Bahagian II
Penerimaan komunikasi bertulis
suatu komunikasi bertulis disifatkan telah diterima jika ia diserahkan kepada penerima itu sendiri atau jika ia diserahkan di tempat urusan, tempat tinggal biasa atau alamat melnya; dan
jika tempat yang disebut dalam perenggan (a) tidak boleh dijumpai selepas dibuat suatu siasatan yang munasabah, suatu komunikasi bertulis disifatkan telah diterima jika ia dihantar ke tempat urusan, tempat tinggal biasa atau alamat mel penerima yang terakhir diketahui melalui surat berdaftar atau apa-apa cara lain yang memperuntukkan suatu rekod tentang percubaan untuk menyerahkannya.
Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, suatu komunikasi bertulis yang dihantar secara elektronik disifatkan telah diterima jika ia dihantar ke alamat mel elektronik penerima itu.
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 646
Komunikasi itu disifatkan telah diterima pada hari komunikasi itu diserahkan sedemikian.
Seksyen ini tidak terpakai bagi apa-apa komunikasi berkenaan dengan prosiding mahkamah.
Penepian hak untuk membantah
Suatu pihak yang mengetahui—
tentang mana-mana peruntukan Akta ini yang pihak-pihak tidak menurutinya; atau
bahawa apa-apa kehendak di bawah perjanjian timbang tara telah tidak dipatuhi, dan masih meneruskan timbang tara itu tanpa menyatakan bantahannya terhadap ketidakpatuhan itu tanpa kelengahan yang tidak wajar atau, jika suatu had masa diperuntukkan bagi menyatakan bantahan itu, dalam tempoh masa itu, hendaklah disifatkan telah mengetepikan haknya untuk membantah.
Takat campur tangan mahkamah
Tiada mahkamah boleh campur tangan dalam perkara yang dikawal oleh Akta ini, kecuali jika diperuntukkan sedemikian dalam Akta ini.
Takrif dan bentuk perjanjian timbang tara
Suatu perjanjian timbang tara boleh berupa dalam bentuk suatu fasal timbang tara dalam suatu perjanjian atau dalam bentuk suatu perjanjian yang berasingan.
Suatu perjanjian timbang tara adalah secara bertulis—
jika kandungannya direkodkan dalam apa jua bentuk, sama ada atau tidak perjanjian timbang tara atau kontrak itu telah dipersetujui secara lisan, melalui kelakuan, atau dengan cara lain; atau
jika perjanjian itu terkandung dalam suatu pertukaran pernyataan tuntutan dan pembelaan yang dalamnya kewujudan suatu perjanjian dikatakan oleh satu pihak dan tidak dinafikan oleh pihak yang satu lagi.
Kehendak suatu perjanjian timbang tara dibuat secara bertulis dipenuhi oleh apa-apa komunikasi elektronik yang dibuat oleh pihak-pihak melalui mesej data jika maklumat yang terkandung dalamnya boleh diakses supaya boleh digunakan untuk rujukan yang berikutnya.
Sebutan dalam suatu perjanjian mengenai suatu dokumen yang mengandungi fasal timbang tara hendaklah menjadi suatu perjanjian timbang tara, dengan syarat bahawa perjanjian itu adalah secara bertulis dan sebutan itu adalah yang sedemikian untuk menjadikan fasal itu sebahagian daripada perjanjian itu.
Bagi maksud seksyen ini, “mesej data” ertinya maklumat yang dijana, dihantar, diterima atau disimpan dengan cara elektronik, magnetik, optik atau cara seumpamanya, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pertukaran data elektronik, mel elektronik, telegram, teleks atau salinan teleks.
Perjanjian timbang tara dan tuntutan substantif di hadapan mahkamah
Timbang Tara 13
Mahkamah, dalam membenarkan suatu penggantungan prosiding menurut subseksyen (1), boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.
Jika prosiding admiralti digantung menurut subseksyen (1), mahkamah yang membenarkan penggantungan itu boleh, jika dalam prosiding mahkamah itu harta pernah ditahan atau ikat jamin atau jaminan lain telah diberikan untuk mengelakkan atau mendapatkan pelepasan daripada tahanan—
memerintahkan supaya harta yang ditahan itu dipegang sebagai jaminan bagi penyelesaian apa-apa award yang diberikan dalam timbang tara berkenaan dengan pertikaian itu; atau
memerintahkan supaya penggantungan prosiding itu adalah dengan syarat pengadaan jaminan yang setara bagi penyelesaian apa-apa award sedemikian.
Tertakluk kepada apa-apa kaedah-kaedah mahkamah dan kepada apa-apa ubah suaian yang perlu, undang-undang dan amalan yang sama hendaklah terpakai berhubungan dengan harta yang dipegang menurut suatu perintah di bawah subseksyen (2a)
sebagaimana akan terpakai jika ia ditahan bagi maksud prosiding dalam mahkamah yang membuat perintah itu.
Bagi maksud seksyen ini, prosiding admiralti merujuk kepada prosiding admiralti di bawah Aturan 70 *Kaedah-Kaedah
Mahkamah Tinggi 1980 [P.U. (A) 50/1980] dan prosiding yang dimulakan menurut perenggan 24(b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91].
Jika prosiding yang disebut dalam subseksyen (1) telah dibawa, prosiding timbang tara boleh dimulakan atau diteruskan, dan suatu award boleh dibuat, sementara isu itu belum selesai di hadapan mahkamah.
*CATATAN—Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 [P.U. (A) 50/1980] telah dimansuhkan oleh Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P.U. (A) 205/2012]—lihat
Aturan 94 P.U. (A) 205/2012.
Timbang Tara 15
Seksyen ini hendaklah juga terpakai berkenaan dengan timbang tara antarabangsa, sekiranya tempat timbang tara bukan di Malaysia.
Perjanjian timbang tara dan langkah interim oleh Mahkamah
Tinggi
mengekalkan atau memulihkan status quo sementara penentuan pertikaian itu selesai;
mengambil tindakan yang boleh mencegah atau menghalang daripada mengambil tindakan yang berkemungkinan menyebabkan kemudaratan semasa atau kemudaratan hampir atau menjejaskan proses timbang tara itu;
menyediakan suatu cara untuk pemeliharaan aset yang daripadanya suatu award yang berikutnya dapat dijelaskan sama ada melalui penahanan harta atau ikat jamin atau jaminan lain menurut bidang kuasa admiralti Mahkamah
Tinggi;
memelihara keterangan yang relevan dengan dan penting kepada penyelesaian pertikaian itu; atau
Jika suatu pihak memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan apa-apa langkah interim dan suatu tribunal timbang tara telah membuat keputusan mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan permohonan itu, Mahkamah Tinggi hendaklah menganggap apa-apa dapatan fakta yang dibuat dalam perjalanan keputusan itu oleh tribunal timbang tara itu sebagai muktamad bagi maksud permohonan itu.
Seksyen ini hendaklah juga terpakai berkenaan dengan timbang tara antarabangsa, sekiranya tempat timbang tara bukan di Malaysia.
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 646
Bilangan penimbang tara
Jika pihak-pihak gagal menentukan bilangan penimbang tara, tribunal timbang tara hendaklah—
dalam hal suatu timbang tara antarabangsa, terdiri daripada tiga orang penimbang tara; dan
dalam hal suatu timbang tara domestik, terdiri daripada penimbang tara tunggal.
Pelantikan penimbang tara
Pihak-pihak adalah bebas untuk bersetuju mengenai tatacara melantik penimbang tara atau penimbang tara pengerusi.
Jika pihak-pihak gagal bersetuju mengenai tatacara yang disebut dalam subseksyen (2), dan timbang tara itu terdiri daripada tiga orang penimbang tara, setiap pihak hendaklah melantik seorang penimbang tara, dan kedua-dua penimbang tara yang dilantik itu hendaklah melantik penimbang tara yang ketiga sebagai penimbang tara pengerusi.
Jika subseksyen (3) terpakai dan—
suatu pihak gagal melantik seorang penimbang tara dalam masa tiga puluh hari dari penerimaan permintaan secara bertulis untuk membuat demikian daripada pihak yang satu lagi; atau
kedua-dua penimbang tara itu gagal bersetuju mengenai penimbang tara yang ketiga dalam masa tiga puluh hari dari pelantikan mereka atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dipersetujui oleh pihak-pihak,
Timbang Tara 17
mana-mana satu pihak boleh memohon kepada Pengarah Pusat
Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) bagi pelantikan itu.
Jika dalam suatu timbang tara dengan penimbang tara tunggal—
pihak-pihak gagal bersetuju mengenai tatacara yang disebut dalam subseksyen (2); dan
pihak-pihak gagal bersetuju mengenai penimbang tara itu, mana-mana satu pihak boleh memohon kepada Pengarah Pusat
Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) bagi pelantikan seorang penimbang tara.
Jika, pihak-pihak telah bersetuju mengenai tatacara pelantikan penimbang tara—
suatu pihak gagal bertindak sebagaimana yang dikehendaki di bawah tatacara itu;
pihak-pihak, atau dua penimbang tara, tidak dapat mencapai suatu persetujuan di bawah tatacara itu; atau
pihak ketiga, termasuk suatu institusi, gagal untuk melaksanakan apa-apa fungsi yang diamanahkan kepadanya di bawah tatacara itu, mana-mana pihak boleh meminta Pengarah Pusat Timbang
Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) untuk mengambil langkah-langkah yang perlu, melainkan jika perjanjian mengenai tatacara pelantikan memperuntukkan cara lain untuk mendapatkan pelantikan itu.
Jika Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa
Asia (Malaysia) tidak dapat bertindak atau gagal bertindak di bawah subseksyen (4), (5) dan (6) dalam masa tiga puluh hari dari permintaan itu, mana-mana pihak boleh memohon kepada
Mahkamah Tinggi bagi pelantikan itu.
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 646
Dalam melantik seorang penimbang tara Pengarah Pusat
Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) atau Mahkamah
Tinggi, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memberi perhatian yang wajar kepada—
apa-apa kelayakan yang dikehendaki daripada penimbang tara dengan persetujuan pihak-pihak itu;
pertimbangan lain yang mungkin memastikan pelantikan seorang penimbang tara yang bebas dan saksama; dan
dalam hal suatu timbang tara antarabangsa, kebijaksanaan melantik seorang penimbang tara yang berkerakyatan selain kerakyatan pihak-pihak.
Tiada rayuan boleh diambil terhadap apa-apa keputusan
Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) atau
Mahkamah Tinggi di bawah seksyen ini.
Alasan untuk mencabar
Seorang penimbang tara hendaklah, tanpa kelengahan, dari masa pelantikan dan sepanjang prosiding timbang tara itu, menzahirkan apa-apa hal keadaan yang disebut dalam subseksyen (1) kepada pihak-pihak melainkan jika pihak-pihak itu telah diberitahu mengenai hal keadaan itu oleh penimbang tara itu.
Seorang penimbang tara boleh dicabar hanya jika—
hal keadaan menimbulkan keraguan yang boleh diwajarkan tentang kesaksamaan atau kebebasan penimbang tara itu;
atau
penimbang tara itu tidak memiliki kelayakan yang dipersetujui oleh pihak-pihak.
Timbang Tara 19
Suatu pihak boleh mencabar seseorang penimbang tara yang dilantik oleh pihak itu, atau yang pihak itu mengambil bahagian, hanya atas sebab yang disedari pihak itu selepas pelantikan itu dibuat.
Tatacara mencabar
Melainkan jika penimbang tara yang dicabar itu menarik diri daripada jawatan atau pihak yang satu lagi bersetuju dengan cabaran itu, tribunal timbang tara itu hendaklah membuat keputusan mengenai cabaran itu.
Jika sesuatu cabaran tidak berjaya, pihak yang mencabar boleh, dalam masa tiga puluh hari selepas menerima notis keputusan yang menolak cabaran itu, memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk membuat keputusan mengenai cabaran itu.
Sementara permohonan itu belum selesai, tribunal timbang tara, termasuk penimbang tara yang dicabar, boleh meneruskan prosiding timbang tara dan membuat suatu award.
Tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan Mahkamah
Tinggi di bawah subseksyen (3).
Kegagalan atau kemustahilan untuk bertindak
Jika mana-mana pihak tidak bersetuju dengan penamatan mandat penimbang tara itu, mana-mana pihak boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk memutuskan penamatan sedemikian dan tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan Mahkamah
Tinggi itu.
Jika, di bawah seksyen ini atau subseksyen 15(2), seorang penimbang tara menarik diri daripada jawatan atau suatu pihak bersetuju dengan penamatan mandat seseorang penimbang tara, maka tidaklah boleh tersirat penerimaan tentang kesahan apa-apa alasan yang disebut dalam seksyen ini atau subseksyen 14(3).
Pelantikan penimbang tara ganti
Akta 646
seseorang penimbang tara menarik diri daripada jawatan oleh apa-apa sebab lain;
Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak—
jika penimbang tara tunggal atau penimbang tara pengerusi diganti, apa-apa pendengaran yang diadakan terdahulu hendaklah diulang di hadapan penimbang tara ganti; atau
jika seorang penimbang tara selain penimbang tara tunggal atau penimbang tara pengerusi diganti, apa-apa pendengaran yang diadakan terdahulu boleh diulang mengikut budi bicara tribunal timbang tara.
Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, apa-apa perintah atau keputusan tribunal timbang tara yang dibuat sebelum penggantian penimbang tara di bawah seksyen ini tidak boleh menjadi tidak sah semata-mata atas alasan terdapat perubahan dalam keanggotaan tribunal timbang tara itu.
Timbang Tara 21
Kewibawaan tribunal timbang tara untuk membuat keputusan mengenai bidang kuasanya
Bagi maksud subseksyen (1)—
suatu fasal timbang tara yang menjadi sebahagian daripada suatu perjanjian hendaklah dikira sebagai suatu perjanjian yang bebas daripada terma lain perjanjian itu; dan
suatu keputusan oleh tribunal timbang tara bahawa perjanjian itu adalah batal dan tidak sah tidak ipso jure menyebabkan ketidaksahan fasal timbang tara itu.
Suatu pli bahawa tribunal timbang tara itu tidak mempunyai bidang kuasa hendaklah dibangkitkan tidak lewat daripada pengemukaan pernyataan pembelaan.
Suatu pihak tidak terhalang daripada membangkitkan pli di bawah subseksyen (3) oleh sebab pihak itu telah dilantik atau mengambil bahagian dalam pelantikan penimbang tara.
Suatu pli bahawa tribunal timbang tara melebihi ruang lingkup kuasanya hendaklah dibangkitkan sebaik sahaja perkara yang dikatakan melebihi ruang lingkup kuasanya itu dibangkitkan semasa prosiding timbang tara.
Walau apa pun subseksyen (3) dan (5), tribunal timbang tara boleh menerima masuk pli itu jika tribunal timbang tara itu berpendapat kelengahan itu wajar.
Tribunal timbang tara itu boleh membuat keputusan atas pli yang disebut dalam subseksyen (3) atau (5), sama ada sebagai suatu persoalan permulaan atau dalam suatu award mengikut merit.
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 646
Jika tribunal timbang tara membuat keputusan atas pli itu sebagai suatu persoalan permulaan bahawa ia mempunyai bidang kuasa, mana-mana pihak boleh, dalam masa tiga puluh hari selepas menerima notis keputusan itu merayu kepada Mahkamah Tinggi untuk memutuskan perkara itu.
Sementara rayuan belum selesai, tribunal timbang tara boleh meneruskan prosiding timbang tara dan membuat suatu award.
Tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan Mahkamah
Tinggi di bawah subseksyen (8).
Kuasa tribunal timbang tara untuk memerintahkan langkah interim
Suatu langkah interim ialah apa-apa langkah sementara, sama ada dalam bentuk suatu award atau dalam bentuk yang lain, yang melaluinya, pada bila-bila masa sebelum pengeluaran award yang daripadanya pertikaian itu akhirnya diputuskan, tribunal timbang tara memerintahkan suatu pihak untuk—
mengekalkan atau memulihkan status quo sementara penentuan pertikaian itu selesai;
mengambil tindakan yang boleh mencegah atau menghalang daripada mengambil tindakan yang berkemungkinan menyebabkan kemudaratan semasa atau kemudaratan hampir atau menjejaskan proses timbang tara itu;
menyediakan suatu cara untuk pemeliharaan aset yang daripadanya suatu award yang berikutnya dapat dijelaskan;
memelihara keterangan yang relevan dengan dan penting kepada penyelesaian pertikaian itu; atau
(Dipotong oleh Akta A1569).
Timbang Tara 23
Syarat-syarat bagi pemberian langkah interim 19a. (1) Pihak yang meminta bagi perintah langkah interim di bawah perenggan 19(2)(a), (b) atau (c) hendaklah memuaskan hati tribunal timbang tara bahawa—
kemudaratan yang tidak dapat dibetulkan secukupnya melalui suatu award ganti rugi mungkin berlaku jika langkah itu tidak diperintahkan, dan kemudaratan sedemikian pada matannya mengatasi kemudaratan yang mungkin berlaku kepada pihak yang terhadapnya langkah itu diarahkan jika langkah itu diberikan; dan
terdapat suatu kemungkinan munasabah bahawa pihak yang meminta akan berjaya atas merit tuntutan itu.
Penentuan kemungkinan munasabah yang disebut dalam perenggan (1)(b) tidaklah menjejaskan budi bicara tribunal timbang tara dalam membuat apa-apa penentuan yang berikutnya yang berhubungan dengan pertikaian itu.
Berkenaan dengan permintaan bagi suatu perintah langkah interim di bawah perenggan 19(2)(d), syarat-syarat dalam subseksyen (1) dan (2) hendaklah terpakai hanya setakat yang difikirkan sesuai oleh tribunal timbang tara.
Permohonan untuk perintah permulaan dan syarat-syarat untuk pemberian perintah permulaan 19b. (1) Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, suatu pihak boleh, tanpa notis kepada mana-mana pihak yang lain, membuat permintaan bagi suatu langkah interim bersama-sama dengan suatu permohonan bagi suatu perintah permulaan yang mengarahkan suatu pihak untuk tidak menghalang maksud langkah interim yang diminta.
Tribunal timbang tara boleh memberikan suatu perintah permulaan dengan syarat tribunal timbang tara berpendapat bahawa penzahiran sebelum permintaan bagi langkah interim itu kepada pihak yang terhadapnya langkah itu diarahkan itu berisiko untuk menghalang tujuan langkah itu.
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 646
Syarat-syarat yang dinyatakan dalam seksyen 19a hendaklah terpakai bagi apa-apa perintah permulaan dengan syarat bahawa kemudaratan yang dinilai di bawah perenggan 19a(1)(a) ialah kemudaratan yang mungkin berlaku daripada perintah itu diberikan atau tidak.
Rejim spesifik untuk perintah permulaan 19c. (1) Sebaik selepas tribunal timbang tara membuat suatu penentuan berkenaan dengan suatu permohonan bagi perintah permulaan, tribunal timbang tara hendaklah—
memberikan notis kepada semua pihak tentang permintaan bagi langkah interim, permohonan bagi perintah permulaan, perintah permulaan, jika ada, dan semua komunikasi lain, termasuk dengan menunjukkan kandungan apa-apa komunikasi lisan, antara mana-mana pihak dengan tribunal timbang tara yang berkaitan dengannya; dan
memberikan peluang kepada mana-mana pihak yang terhadapnya suatu perintah permulaan diarahkan untuk mengemukakan kesnya pada seawal waktu yang boleh dilaksanakan.
Tribunal timbang tara hendaklah dengan segera memutuskan tentang apa-apa bantahan kepada perintah permulaan itu.
Suatu perintah permulaan hendaklah habis tempoh selepas dua puluh hari dari tarikh perintah itu dikeluarkan oleh tribunal timbang tara.
Walau apa pun subseksyen (3), tribunal timbang tara boleh mengeluarkan suatu langkah interim yang menerima pakai atau mengubah suai perintah permulaan itu, selepas pihak yang terhadapnya perintah permulaan itu diarahkan telah diberikan notis dan peluang untuk mengemukakan kesnya.
Suatu perintah permulaan hendaklah mengikat pihak-pihak tetapi tidak tertakluk kepada apa-apa penguatkuasaan oleh
Mahkamah Tinggi.
Perintah permulaan yang disebut dalam subseksyen (5)
tidaklah menjadi suatu award.
Timbang Tara 25
Pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan 19d. Tribunal timbang tara boleh mengubah suai, menggantung atau menamatkan suatu langkah interim yang telah diberikan olehnya, atas permohonan oleh mana-mana pihak atau, dalam hal keadaan yang luar biasa dan dengan notis kepada pihak-pihak terlebih dahulu, atas inisiatif tribunal timbang tara itu sendiri.
Pengadaan jaminan 19e. (1) Tribunal timbang tara boleh menghendaki pihak yang meminta bagi suatu langkah interim untuk mengadakan jaminan yang sesuai berkaitan dengan langkah itu.
Tribunal timbang tara hendaklah menghendaki pihak yang memohon bagi suatu perintah permulaan untuk mengadakan jaminan berkaitan dengan perintah itu melainkan jika tribunal timbang tara berpendapat bahawa adalah tidak sesuai atau tidak perlu untuk berbuat demikian.
Penzahiran 19f. (1) Tribunal timbang tara boleh menghendaki mana-mana pihak dengan segera menzahirkan apa-apa perubahan material dalam hal keadaan yang berdasarkannya langkah interim atau perintah permulaan itu diminta atau dimohon atau diberikan.
Pihak yang memohon bagi suatu perintah permulaan hendaklah menzahirkan kepada tribunal timbang tara semua hal keadaan yang mungkin berkaitan dengan penentuan tribunal timbang tara sama ada untuk memberikan atau mengekalkan perintah itu dan obligasi sedemikian hendaklah berterusan sehingga pihak yang terhadapnya perintah itu diminta mempunyai peluang untuk mengemukakan kesnya.
Kos dan ganti rugi 19g. (1) Pihak yang meminta suatu langkah interim atau memohon suatu perintah permulaan hendaklah bertanggungan bagi apa-apa kos dan ganti rugi yang disebabkan oleh langkah interim atau perintah permulaan itu kepada mana-mana pihak jika tribunal timbang tara kemudiannya menentukan bahawa, dalam hal keadaan itu, langkah interim atau perintah permulaan itu tidak sepatutnya diberikan.
Undang-Undang Malaysia 26
Akta 646
Tribunal timbang tara boleh mengaward apa-apa kos dan ganti rugi yang disebut dalam subseksyen (1) pada bila-bila masa semasa prosiding.
Pengiktirafan dan penguatkuasaan 19h. (1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen 19i, suatu langkah interim yang dikeluarkan oleh suatu tribunal timbang tara hendaklah diiktiraf sebagai mengikat dan, melainkan jika diperuntukkan selainnya oleh tribunal timbang tara, dikuatkuasakan atas permohonan kepada mahkamah kompeten, tidak kira negara mana yang mengeluarkannya.
Pihak yang menuntut atau telah mendapat pengiktirafan atau penguatkuasaan suatu langkah interim hendaklah dengan segera memaklumkan mahkamah tentang apa-apa penamatan, penggantungan atau pengubahsuaian langkah interim itu.
Mahkamah di mana pengiktirafan atau penguatkuasaan diperoleh boleh, jika difikirkannya wajar, memerintahkan pihak yang meminta untuk memberikan jaminan yang sesuai jika tribunal timbang tara itu belum membuat penentuan mengenai jaminan atau jika keputusan sedemikian adalah perlu untuk melindungi hak pihak ketiga.
Alasan untuk menolak pengiktirafan atau penguatkuasaan 19i. (1) Pengiktirafan atau penguatkuasaan suatu langkah interim boleh ditolak hanya—
atas permintaan pihak yang terhadapnya ia dibangkitkan jika Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa—
penolakan sedemikian diwajarkan atas alasan yang dinyatakan dalam subperenggan 39(1)(a)(i), (ii),
keputusan tribunal timbang tara mengenai pengadaan jaminan yang berkaitan dengan langkah interim yang dikeluarkan oleh tribunal timbang tara tidak dipatuhi; atau
Timbang Tara 27
langkah interim itu telah ditamatkan atau digantung oleh tribunal timbang tara atau, jika diberi kuasa sedemikian, oleh mahkamah Negara yang dalamnya timbang tara itu dijalankan atau di bawah undang-undang yang langkah interim itu diberikan; atau
langkah interim itu tidak selaras dengan kuasa yang diberikan oleh Mahkamah tetapi Mahkamah boleh memutuskan untuk merumuskan semula langkah interim itu setakat yang perlu, tanpa mengubah suai isinya, untuk menyesuaikannya dengan kuasa dan tatacara Mahkamah bagi maksud menguatkuasakan langkah interim itu;
atau
apa-apa yang dinyatakan dalam subperenggan 39(b)(i) atau (ii) terpakai bagi pengiktirafan dan penguatkuasaan langkah interim itu.
Apa-apa penentuan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi atas apa-apa alasan dalam subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa hanya bagi maksud permohonan untuk mengiktiraf atau menguatkuasakan langkah interim itu.
Mahkamah Tinggi di mana pengiktirafan atau penguatkuasaan itu diminta tidak boleh, dalam membuat apa-apa penentuan atas apa-apa alasan dalam subseksyen (1), melakukan kajian semula terhadap isi langkah interim itu.
Langkah interim yang diperintah oleh mahkamah 19j. (1) Mahkamah Tinggi hendaklah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan suatu langkah interim berhubung dengan prosiding timbang tara, tidak kira sama ada tempat timbang tara adalah di Malaysia.
Mahkamah Tinggi hendaklah melaksanakan kuasa yang disebut dalam subseksyen (1) mengikut tatacaranya sendiri dengan mengambil kira ciri-ciri spesifik timbang tara antarabangsa.
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 646
Jika suatu pihak memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi apa-apa langkah interim dan suatu tribunal timbang tara telah memutuskan tentang apa-apa perkara yang berkaitan dengan permohonan itu, Mahkamah Tinggi hendaklah menganggap apa-apa penemuan fakta yang dibuat semasa keputusan yang sedemikian dibuat oleh tribunal timbang tara sebagai muktamad bagi maksud permohonan itu.
Layanan sama rata pihak-pihak
Pihak-pihak hendaklah dilayan sama rata dan setiap pihak hendaklah diberi peluang yang adil dan munasabah untuk mengemukakan kes pihak itu.
Penentuan kaedah tatacara
Jika pihak-pihak gagal bersetuju di bawah subseksyen (1), tribunal timbang tara boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, menjalankan timbang tara mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkannya sesuai.
Kuasa yang diberikan kepada tribunal timbang tara di bawah subseksyen (2) hendaklah termasuk kuasa untuk—
menentukan kebolehterimaan, kaitan, kepentingan dan keberatan apa-apa keterangan;
memerintahkan pengadaan peruntukan butir-butir lanjut dalam pernyataan tuntutan atau pernyataan pembelaan;
menetapkan dan meminda had masa yang dalamnya pelbagai langkah dalam prosiding timbang tara mesti diselesaikan;
memerintahkan penzahiran dan pengemukaan dokumen atau material dalam milikan atau kuasa suatu pihak;
memerintahkan supaya apa-apa keterangan diberikan dengan sumpah atau ikrar; dan
membuat apa-apa perintah lain sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh tribunal timbang tara.
Tempat timbang tara
Jika pihak-pihak gagal bersetuju di bawah subseksyen (1), tempat timbang tara hendaklah ditentukan oleh tribunal timbang tara dengan mengambil kira hal keadaan kes, termasuk kemudahan pihak-pihak.
Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), tribunal timbang tara boleh, melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, bersidang di mana-mana tempat yang difikirkannya sesuai untuk bermesyuarat sesama anggotanya, untuk mendengar saksi, pakar atau pihak-pihak, atau untuk memeriksa barang, harta atau dokumen lain.
Permulaan prosiding timbang tara
Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, prosiding timbang tara berkenaan dengan sesuatu pertikaian tertentu hendaklah bermula pada tarikh yang suatu permintaan secara bertulis supaya pertikaian itu dirujukkan kepada timbang tara diterima oleh responden.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 646
Bahasa
Jika pihak-pihak gagal bersetuju di bawah subseksyen (1), tribunal timbang tara hendaklah menentukan bahasa yang hendaklah digunakan dalam prosiding timbang tara itu.
Persetujuan atau penentuan yang masing-masing disebut dalam subseksyen (1) dan (2) hendaklah, melainkan jika dinyatakan selainnya dalam persetujuan atau penentuan itu, terpakai bagi apa-apa pernyataan bertulis yang dibuat oleh suatu pihak, apa-apa pendengaran dan apa-apa award, keputusan atau komunikasi lain oleh tribunal timbang tara itu.
Tribunal timbang tara boleh memerintahkan supaya apa-apa keterangan dokumentar hendaklah disertakan dengan terjemahan ke dalam bahasa yang dipersetujui oleh pihak-pihak atau yang ditentukan oleh tribunal timbang tara itu.
Pernyataan tuntutan dan pembelaan
relief atau remedi yang diminta, dan responden hendaklah menyatakan pembelaannya berkenaan dengan butir-butir yang dinyatakan dalam subseksyen ini, melainkan jika pihak-pihak telah bersetuju selainnya kepada elemen yang dikehendaki dalam pernyataan itu.
Pihak-pihak boleh—
mengemukakan bersama-sama pernyataan mereka apa-apa dokumen yang difikirkan berkaitan oleh pihak-pihak; atau
Timbang Tara 31
menambah rujukan kepada dokumen atau keterangan lain yang boleh dikemukakan oleh pihak-pihak.
Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, mana-mana satu pihak boleh meminda atau menambah tuntutan atau pembelaan dalam perjalanan prosiding timbang tara itu, melainkan jika tribunal timbang tara berpendapat adalah tidak sesuai untuk membenarkan pindaan itu dengan mengambil kira kelengahan dalam membuatnya.
Pendengaran
Melainkan jika pihak-pihak telah bersetuju bahawa tiada pendengaran boleh diadakan, tribunal timbang tara hendaklah atas permohonan mana-mana pihak mengadakan pendengaran lisan pada suatu peringkat yang sesuai dalam prosiding itu.
Pihak-pihak hendaklah diberikan notis yang munasabah terlebih dahulu tentang apa-apa pendengaran dan tentang apa-apa mesyuarat tribunal timbang tara bagi maksud pemeriksaan barang, harta atau dokumen lain.
Semua pernyataan, dokumen atau maklumat lain yang dibekalkan kepada tribunal timbang tara oleh satu pihak hendaklah disampaikan kepada pihak yang satu lagi.
Apa-apa laporan pakar atau dokumen keterangan yang tribunal timbang tara mungkin bergantung padanya dalam membuat keputusannya hendaklah disampaikan kepada pihak-pihak.
Keingkaran suatu pihak
Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, jika tanpa menunjukkan sebab yang mencukupi—
pihak menuntut gagal menyampaikan pernyataan tuntutan mengikut subseksyen 25(1), tribunal timbang tara hendaklah menamatkan prosiding itu;
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 646
responden gagal menyampaikan pernyataan pembelaan mengikut subseksyen 25(1), tribunal timbang tara hendaklah meneruskan prosiding itu tanpa menganggap kegagalan itu dengan sendirinya sebagai suatu pengakuan kepada pengataan pihak menuntut;
mana-mana pihak gagal hadir di suatu pendengaran atau mengemukakan keterangan dokumentar, tribunal timbang tara boleh meneruskan prosiding itu dan membuat award berdasarkan keterangan di hadapannya; atau
pihak menuntut gagal meneruskan tuntutan, tribunal timbang tara boleh membuat suatu award yang menolak tuntutan atau memberikan arahan, dengan atau tanpa syarat, bagi menentukan tuntutan itu dengan cepat.
Pakar yang dilantik oleh tribunal timbang tara
melantik seorang pakar atau lebih untuk melaporkan kepadanya mengenai isu spesifik yang hendaklah ditentukan oleh tribunal timbang tara itu; atau
menghendaki suatu pihak untuk memberikan kepada pakar itu apa-apa maklumat yang berkaitan atau untuk mengemukakan atau untuk mengadakan akses kepada apa-apa dokumen, barang atau harta lain yang berkaitan untuk pemeriksaan pakar itu.
Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, jika suatu pihak memohon atau jika tribunal timbang tara berpendapat perlu, pakar itu hendaklah, selepas penghantaran suatu laporan bertulis atau lisan, mengambil bahagian dalam pendengaran yang pihak-pihak berpeluang untuk mengemukakan soalan kepada pakar itu dan untuk mengemukakan saksi pakar yang lain bagi memberikan keterangan mengenai perkara yang menjadi isu.
Timbang Tara 33
Bantuan mahkamah dalam mengambil keterangan
Mahkamah Tinggi boleh memerintahkan kehadiran seseorang saksi untuk memberikan keterangan atau, jika berkenaan, mengemukakan dokumen dengan sumpah atau ikrar di hadapan seorang pegawai Mahkamah Tinggi atau mana-mana orang lain, termasuk tribunal timbang tara.
Undang-undang yang terpakai bagi isi pertikaian
Apa-apa penetapan undang-undang atau sistem undang-undang sesuatu Negara tertentu hendaklah ditafsirkan, melainkan jika dinyatakan selainnya, sebagai merujuk secara langsung kepada undang-undang substantif Negara itu dan bukan kepada kaedah-kaedah percanggahan undang-undangnya.
Sekiranya tiada apa-apa penetapan oleh pihak-pihak, tribunal timbang tara hendaklah memakai undang-undang yang ditentukan oleh kaedah-kaedah percanggahan undang-undang yang difikirkannya terpakai.
Tribunal timbang tara hendaklah membuat keputusan mengikut ekuiti dan perasaan hati hanya jika pihak-pihak membenarkan secara nyata untuk berbuat demikian.
Tribunal timbang tara hendaklah, dalam semua hal, memutuskan mengikut terma-terma perjanjian dan hendaklah mengambil kira penggunaan perdagangan yang terpakai bagi transaksi itu.
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 646
Keputusan yang dibuat oleh panel penimbang tara
Jika dibenarkan sedemikian oleh pihak-pihak atau semua anggota tribunal timbang tara, soal tatacara boleh diputuskan oleh penimbang tara pengerusi.
Penyelesaian
Suatu award mengikut terma yang dipersetujui hendaklah dibuat mengikut peruntukan seksyen 33 dan hendaklah menyatakan bahawa ia ialah suatu award.
Suatu award yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai status dan kesan yang sama sebagaimana suatu award mengikut merit kes itu.
Bentuk dan kandungan award
Dalam prosiding timbang tara yang terdapat lebih daripada seorang penimbang tara, tandatangan majoriti daripada semua anggota tribunal timbang tara itu hendaklah mencukupi dengan syarat bahawa sebab bagi mana-mana peninggalan tandatangan dinyatakan.
Timbang Tara 35
Suatu award hendaklah menyatakan sebab yang award itu diasaskan, melainkan jika—
award itu ialah suatu award mengikut terma yang dipersetujui di bawah seksyen 32.
Suatu award hendaklah menyatakan tarikhnya dan tempat timbang tara sebagaimana yang ditentukan mengikut seksyen 22
dan hendaklah disifatkan telah dibuat di tempat itu.
Selepas suatu award dibuat, salinan award itu yang ditandatangani oleh penimbang tara mengikut subseksyen (1) dan
Tertakluk kepada subseksyen (8), melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, tribunal timbang tara boleh, dalam prosiding timbang tara di hadapannya, mengaward faedah mudah atau berganda dari tarikh, pada apa-apa kadar dan dengan apa-apa rest sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh tribunal timbang tara, untuk apa-apa tempoh yang berakhir tidak lewat dari tarikh pembayaran keseluruhan atau mana-mana bahagian—
apa-apa jumlah wang yang diaward oleh tribunal timbang tara dalam prosiding timbang tara itu;
apa-apa jumlah wang yang menjadi isu dalam prosiding timbang tara tetapi telah dibayar sebelum tarikh award itu; atau
kos yang diaward atau diperintahkan oleh tribunal timbang tara dalam prosiding timbang tara itu.
Tiada apa-apa dalam subseksyen (6) boleh menjejaskan apa-apa kuasa lain suatu tribunal timbang tara untuk mengaward faedah.
Jika suatu award mengarahkan suatu jumlah wang untuk dibayar jumlah wang itu hendaklah, melainkan jika award itu mengarahkan selainnya, mengenakan faedah dari tarikh award itu dan pada kadar yang sama sebagaimana suatu hutang penghakiman.
Undang-Undang Malaysia 36
Akta 646
Penamatan prosiding
Tribunal timbang tara hendaklah memerintahkan penamatan prosiding timbang tara jika—
pihak menuntut menarik balik tuntutan, melainkan jika responden membantah penarikan balik itu dan tribunal timbang tara mengiktiraf kepentingan sah responden dalam memperoleh suatu penyelesaian pertikaian yang muktamad;
tribunal timbang tara mendapati bahawa penerusan prosiding itu bagi apa-apa sebab lain telah menjadi tidak perlu atau mustahil.
Tertakluk kepada peruntukan seksyen 35 dan subseksyen 37(6), mandat bagi tribunal timbang tara hendaklah tamat dengan penamatan prosiding timbang tara itu.
Melainkan jika diperuntukkan selainnya oleh mana-mana undang-undang bertulis, kematian suatu pihak tidak menamatkan—
kuasa tribunal timbang tara.
Pembetulan dan tafsiran award atau award tambahan
dengan notis kepada pihak yang satu lagi, boleh meminta tribunal timbang tara untuk membetulkan dalam award itu apa-apa kesilapan pengiraan, apa-apa kesilapan perkeranian atau kesilapan taipan, atau kesilapan lain yang seumpamanya; atau
Timbang Tara 37
dengan notis kepada dan dengan persetujuan pihak yang satu lagi, boleh meminta tribunal timbang tara untuk memberikan suatu tafsiran tentang suatu perkara tertentu atau sebahagian daripada award itu.
Jika tribunal timbang tara berpendapat permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) sebagai berasas, tribunal timbang tara itu hendaklah membuat pembetulan atau memberi tafsiran dalam masa tiga puluh hari dari penerimaan permintaan itu dan tafsiran itu hendaklah menjadi sebahagian daripada award.
Tribunal timbang tara boleh membetulkan apa-apa jenis kesilapan yang disebut dalam perenggan (1)(a) atas inisiatifnya sendiri dalam masa tiga puluh hari dari tarikh award itu.
Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, suatu pihak boleh, dalam masa tiga puluh hari dari penerimaan award dan dengan notis kepada pihak yang satu lagi, meminta tribunal timbang tara membuat suatu award tambahan tentang tuntutan yang dikemukakan dalam prosiding timbang tara itu tetapi tertinggal daripada award.
Jika tribunal timbang tara berpendapat permintaan di bawah subseksyen (4) sebagai berasas, tribunal timbang tara itu hendaklah membuat award tambahan dalam masa enam puluh hari dari penerimaan permintaan itu.
Tribunal timbang tara boleh, jika difikirkannya perlu, melanjutkan tempoh masa yang dalamnya ia hendaklah membuat suatu pembetulan, tafsiran atau award tambahan di bawah seksyen ini.
Peruntukan seksyen 33 hendaklah terpakai bagi suatu pembetulan atau tafsiran award atau bagi suatu award tambahan.
Award adalah muktamad dan mengikat
Tribunal timbang tara tidak boleh mengubah, meminda, membetulkan, mengkaji semula, menambah kepada atau membatalkan award yang telah dibuat kecuali sebagaimana yang diperuntukkan secara khusus dalam seksyen 35.
Permohonan bagi mengetepikan
suatu pihak kepada perjanjian timbang tara adalah tidak berkeupayaan;
perjanjian timbang tara itu tidak sah di bawah undang-undang yang pihak-pihak tertakluk kepadanya, atau, jika tiada apa-apa yang menunjukkan mengenai undang-undang itu, di bawah undang-undang Malaysia;
pihak yang membuat permohonan tidak diberikan notis yang sepatutnya mengenai pelantikan penimbang tara atau mengenai prosiding timbang tara atau selainnya tidak berupaya mengemukakan kes pihak itu;
award itu memperkatakan suatu pertikaian yang tidak dijangkakan oleh atau tidak termasuk dalam terma-terma bagi pengemukaan kepada timbang tara;
tertakluk kepada subseksyen (3), award itu mengandungi keputusan mengenai perkara yang melampaui ruang lingkup bagi pengemukaan kepada timbang tara; atau
Timbang Tara 39
keanggotaan tribunal timbang tara atau tatacara timbang tara tidak mengikut persetujuan pihak-pihak, melainkan jika persetujuan itu bercanggah dengan suatu peruntukan Akta ini yang daripadanya pihak-pihak tidak boleh tidak menurutinya, atau, jika tiada persetujuan itu, tidak mengikut Akta ini; atau
hal perkara pertikaian itu tidak dapat diselesaikan melalui timbang tara di bawah undang-undang
Malaysia; atau
Tanpa mengehadkan keluasan subperenggan (1)(b)(ii), suatu award adalah bercanggah dengan dasar awam Malaysia jika—
pembuatan award itu telah didorong atau terjejas oleh fraud atau rasuah; atau
semasa prosiding timbang tara; atau
Jika keputusan mengenai perkara yang dikemukakan kepada timbang tara boleh diasingkan daripada perkara yang tidak dikemukakan, hanya bahagian award itu yang mengandungi keputusan mengenai perkara yang tidak dikemukakan kepada timbang tara boleh diketepikan.
Suatu permohonan bagi mengetepikan tidak boleh dibuat selepas habis tempoh sembilan puluh hari dari tarikh yang pihak yang membuat permohonan itu menerima award itu atau, jika suatu permintaan telah dibuat di bawah seksyen 35, dari tarikh yang padanya permintaan itu telah diselesaikan oleh tribunal timbang tara.
Subseksyen (4) tidak terpakai bagi suatu permohonan bagi mengetepikan atas alasan bahawa award itu telah didorong atau terjejas oleh fraud atau rasuah.
Undang-Undang Malaysia 40
Akta 646
Atas suatu permohonan di bawah subseksyen (1) Mahkamah
Tinggi boleh, jika bersesuaian dan diminta sedemikian oleh suatu pihak, menangguhkan prosiding bagi apa-apa tempoh masa yang ditentukan olehnya untuk memberi tribunal timbang tara peluang untuk menyambung prosiding timbang tara itu atau untuk mengambil apa-apa langkah lain yang pada pendapat tribunal timbang tara akan menghapuskan alasan untuk mengetepikan.
Jika suatu permohonan dibuat untuk mengetepikan suatu award, Mahkamah Tinggi boleh memerintahkan bahawa apa-apa wang yang dijadikan kena dibayar oleh award itu hendaklah dibawa ke dalam Mahkamah Tinggi atau selainnya dijamin sementara penentuan permohonan itu selesai.
Pengiktirafan dan penguatkuasaan
Dalam suatu permohonan di bawah subseksyen (1) pemohon hendaklah mengemukakan—
award asal yang disahkan dengan sempurnanya atau salinan award yang diperakui dengan sempurnanya; dan
perjanjian timbang tara yang asal atau salinan perjanjian itu yang diperakui dengan sempurnanya.
Jika award atau perjanjian timbang tara adalah dalam bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, pemohon hendaklah membekalkan terjemahan award atau perjanjian itu dalam bahasa Inggeris yang diperakui dengan sempurnanya.
Timbang Tara 41
Bagi maksud Akta ini, “Negara asing” ertinya suatu Negara yang merupakan suatu pihak kepada Konvensyen Mengenai
Pengiktirafan dan Penguatkuasaan Award Timbang Tara Asing yang diterima pakai oleh Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu
Mengenai Timbang Tara Perdagangan Antarabangsa pada tahun 1958.
Alasan untuk menolak pengiktirafan atau penguatkuasaan
suatu pihak kepada perjanjian timbang tara adalah tidak berkeupayaan;
perjanjian timbang tara itu tidak sah di bawah undang-undang yang pihak-pihak tertakluk kepadanya, atau, jika tiada apa-apa yang menunjukkan tanda mengenai undang-undang itu, di bawah undang-undang Negara di mana award dibuat;
pihak yang membuat permohonan tidak diberikan notis yang sepatutnya mengenai pelantikan penimbang tara atau mengenai prosiding timbang tara atau selainnya tidak berupaya mengemukakan kes pihak itu;
award itu memperkatakan suatu pertikaian yang tidak dijangkakan oleh atau tidak termasuk dalam terma bagi pengemukaan kepada timbang tara;
tertakluk kepada subseksyen (3), award itu mengandungi keputusan mengenai perkara yang melampaui ruang lingkup bagi pengemukaan kepada timbang tara;
keanggotaan tribunal timbang tara atau tatacara timbang tara tidak mengikut persetujuan pihak-pihak, melainkan jika persetujuan itu bercanggah
Undang-Undang Malaysia 42
Akta 646
dengan suatu peruntukan Akta ini yang daripadanya pihak-pihak tidak boleh tidak menurutinya, atau, sekiranya tiada persetujuan itu, tidak mengikut
Akta ini; atau
award itu belum lagi mengikat pihak-pihak atau telah diketepikan atau digantung oleh suatu mahkamah dalam negara yang, atau di bawah undang-undang yang award itu dibuat; atau
hal perkara pertikaian itu tidak dapat diselesaikan melalui timbang tara di bawah undang-undang
Malaysia; atau
Jika suatu permohonan bagi mengetepikan atau menggantung sesuatu award telah dibuat kepada Mahkamah Tinggi atas alasan yang disebut dalam subperenggan (1)(a)(vii), Mahkamah Tinggi boleh, jika difikirkannya wajar, menangguhkan keputusannya dan boleh juga, atas permohonan pihak yang menuntut pengiktirafan atau penguatkuasaan award itu, memerintahkan pihak yang satu lagi itu untuk memberi jaminan yang sesuai.
Jika keputusan tentang perkara yang dikemukakan kepada timbang tara boleh diasingkan daripada perkara yang tidak dikemukakan, hanya bahagian award itu yang mengandungi keputusan tentang perkara yang dikemukakan kepada timbang tara boleh diiktiraf dan dikuatkuasakan.
Bahagian III
DENGAN TIMBANG TARA
Penyatuan prosiding dan pendengaran bersama
bahawa prosiding timbang tara hendaklah disatukan dengan prosiding timbang tara lain; atau
bahawa pendengaran bersama hendaklah diadakan, mengikut apa-apa terma sebagaimana yang boleh dipersetujui.
Timbang Tara 43
Melainkan jika pihak-pihak bersetuju untuk memberi kuasa sedemikian kepada tribunal timbang tara, tribunal itu tidak mempunyai kuasa untuk memerintahkan penyatuan prosiding timbang tara atau pendengaran bersama.
Penentuan perkara undang-undang permulaan oleh mahkamah
Mahkamah Tinggi tidak boleh mempertimbangkan suatu permohonan di bawah subseksyen (1) melainkan jika ia berpuas hati bahawa penentuan itu—
Permohonan itu hendaklah mengenal pasti soal undang-undang yang hendaklah ditentukan dan, kecuali jika dibuat dengan persetujuan semua pihak kepada prosiding itu, hendaklah menyatakan alasan yang menyokong permohonan itu.
Semasa suatu permohonan di bawah subseksyen (1) belum selesai, prosiding timbang tara boleh diteruskan dan award boleh dibuat.
Penzahiran maklumat yang berhubungan dengan prosiding timbang tara dan award dilarang 41a. (1) Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, tiada pihak boleh menyiarkan, menzahirkan atau menyampaikan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan—
suatu award yang dibuat dalam prosiding timbang tara itu.
Undang-Undang Malaysia 44
Akta 646
Tiada apa-apa dalam subseksyen (1) boleh menghalang penyiaran, penzahiran atau penyampaian maklumat yang disebut dalam subseksyen itu oleh suatu pihak—
untuk melindungi atau meneruskan suatu hak atau kepentingan di sisi undang-undang pihak itu; atau
untuk menguatkuasakan atau mencabar award yang disebut dalam subseksyen itu, dalam prosiding undang-undang di hadapan suatu mahkamah atau pihak berkuasa kehakiman yang lain di dalam atau di luar Malaysia;
jika penyiaran, penzahiran atau penyampaian itu dibuat kepada mana-mana badan kerajaan, badan kawal selia, mahkamah atau tribunal dan pihak itu berkewajipan di bawah undang-undang untuk membuat penyiaran, penzahiran atau penyampaian itu; atau
jika penyiaran, penzahiran atau penyampaian itu dibuat kepada seorang penasihat profesional atau mana-mana penasihat lain mana-mana pihak.
Prosiding didengari selain dalam mahkamah terbuka 41b. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), prosiding mahkamah di bawah Akta ini hendaklah didengari selain dalam mahkamah terbuka.
Walau apa pun subseksyen (1), mahkamah boleh memerintahkan prosiding itu didengari dalam mahkamah terbuka—
jika, dalam apa-apa kes tertentu, mahkamah berpuas hati bahawa prosiding itu seharusnya didengari di mahkamah terbuka.
Suatu perintah mahkamah di bawah subseksyen (2) muktamad.
Timbang Tara 45 42–43. (Dipotong oleh Akta A1569).
Kos dan belanja timbang tara
kos dan belanja timbang tara hendaklah mengikut budi bicara tribunal timbang tara yang boleh—
mengarahkan kepada siapa dan oleh siapa dan mengikut cara apa kos itu atau apa-apa bahagiannya hendaklah dibayar;
mengaward kos atau belanja itu yang hendaklah dibayar sebagai antara peguam cara dengan klien;
mana-mana pihak boleh memohon kepada Mahkamah
Tinggi untuk kos itu ditetapkan jika tribunal timbang tara dalam awardnya mengarahkan supaya kos dan belanja itu dibayar oleh mana-mana pihak tetapi tidak menyatakan amaun kos dan perbelanjaan itu dalam masa tiga puluh hari setelah diminta berbuat demikian; atau
setiap pihak hendaklah bertanggungjawab bagi belanja di sisi undang-undangnya sendiri dan belanja lain dan bagi bahagian yang sama rata bagi fi dan belanja tribunal timbang tara dan apa-apa belanja lain yang berhubungan dengan timbang tara itu semasa ketiadaan award atau award tambahan yang menetapkan dan menguntukkan kos dan belanja timbang tara.
Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, jika suatu pihak membuat suatu tawaran kepada pihak yang satu lagi untuk menyelesaikan pertikaian atau sebahagian daripada pertikaian itu dan tawaran itu tidak diterima dan award tribunal timbang tara tidak lebih baik kepada pihak yang satu lagi itu daripada apa yang ditawarkan itu, tribunal timbang tara, dalam
Undang-Undang Malaysia 46
Akta 646
menetapkan dan menguntukkan kos dan belanja timbang tara, boleh mengambil kira hakikat tawaran itu dalam mengaward kos dan belanja berkenaan dengan tempoh daripada pembuatan tawaran hingga pembuatan award.
Tawaran untuk penyelesaian yang dibuat di bawah subseksyen (2) tidak boleh dimaklumkan kepada tribunal timbang tara sehingga ia telah membuat penentuan muktamad mengenai semua aspek pertikaian itu selain penetapan dan penguntukan kos dan belanja.
Jika tribunal timbang tara enggan untuk menyampaikan awardnya sebelum pembayaran fi dan belanjanya, Mahkamah
Tinggi boleh memerintahkan tribunal timbang tara itu untuk menyampaikan award itu mengikut syarat-syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah Tinggi.
Suatu penetapan kos, fi dan belanja di bawah seksyen ini boleh dikaji semula mengikut cara yang sama sebagaimana penetapan kos.
Pelanjutan masa untuk memulakan prosiding timbang tara
Jika suatu perjanjian timbang tara memperuntukkan bahawa prosiding timbang tara hendaklah dimulakan dalam masa yang dinyatakan dalam perjanjian itu, Mahkamah Tinggi boleh, walau apa pun masa yang ditetapkan itu telah habis tempoh, melanjutkan masa bagi apa-apa tempoh dan mengikut apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut, jika Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa dalam hal keadaan kes itu akan selainnya menyebabkan kesusahan tidak wajar.
Pelanjutan masa untuk membuat award
Suatu permohonan di bawah subseksyen (1) boleh dibuat—
dengan notis kepada pihak-pihak, oleh tribunal timbang tara; atau
Timbang Tara 47
dengan notis kepada tribunal timbang tara dan pihak-pihak lain, oleh mana-mana pihak kepada prosiding itu.
Mahkamah Tinggi tidak boleh membuat suatu perintah melainkan jika—
semua proses tribunal timbang tara yang boleh didapati untuk mendapatkan dan melanjutkan masa telah digunakan;
dan
Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa ketidakadilan substansial akan selainnya berlaku.
Mahkamah Tinggi boleh menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1) walau apa pun masa yang ditetapkan terdahulu oleh atau di bawah perjanjian timbang tara atau oleh suatu perintah terdahulu telah habis tempoh.
Bahagian IV
Tanggungan penimbang tara
Seseorang penimbang tara tidak bertanggungan bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan berkenaan dengan apa-apa yang dilakukan atau tidak dilakukan dalam melaksanakan fungsinya sebagai seorang penimbang tara melainkan jika ditunjukkan perbuatan atau peninggalan itu adalah dengan niat jahat.
Kekebalan institusi timbang tara
Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia)
atau mana-mana orang lain atau institusi yang ditetapkan atau diminta oleh pihak-pihak untuk melantik atau menamakan seorang penimbang tara, tidak bertanggungan bagi apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan tidak dilakukan pada menunaikan fungsi itu melainkan jika ditunjukkan perbuatan atau peninggalan itu adalah dengan niat jahat.
Undang-Undang Malaysia 48
Akta 646
Kebankrapan
Mahkamah Tinggi boleh mengarahkan apa-apa perkara yang berkaitan dengan atau bagi maksud prosiding kebankrapan dirujukkan kepada timbang tara jika—
perjanjian timbang tara dibuat oleh orang yang telah dihukum bankrap sebelum mula berkuatkuasanya prosiding kebankrapan itu; dan
orang yang mempunyai bidang kuasa untuk mentadbir harta tidak menerima pakai perjanjian itu.
Suatu permohonan di bawah subseksyen (2) boleh dibuat oleh—
mana-mana orang yang mempunyai bidang kuasa untuk mentadbir harta bankrap.
Cara permohonan
Apa-apa permohonan kepada Mahkamah Tinggi di bawah
Akta ini hendaklah melalui saman pemula sebagaimana yang diperuntukkan dalam *Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980
[P.U. (A) 50/1980].
*CATATAN—Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 [P.U. (A) 50/1980] telah dimansuhkan oleh Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P.U. (A) 205/2012] – lihat
Aturan 94 P.U. (A) 205/2012.
Timbang Tara 49
Pemansuhan dan kecualian
Jika prosiding timbang tara dimulakan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, undang-undang yang mengawal perjanjian timbang tara dan prosiding timbang tara itu adalah undang-undang yang sepatutnya terpakai seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjejaskan apa-apa prosiding yang berhubungan dengan timbang tara yang telah dimulakan di mana-mana mahkamah sebelum mula berkuatkuasanya
Akta ini.
Apa-apa prosiding mahkamah yang berhubungan dengan timbang tara yang telah dimulakan selepas permulaan kuat kuasa
Akta ini hendaklah dikawal oleh Akta ini walaupun prosiding itu timbul daripada prosiding timbang tara yang bermula sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 50
Akta 646
Akta 646
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A1395
Akta Timbang Tara
(Pindaan) 2011 01-07-2011
Akta A1563
Akta Timbang Tara
(Pindaan) 2018 28-02-2018
Akta A1569
Akta Timbang Tara
(Pindaan) (No. 2)
2018 08-05-2018
Timbang Tara 51
Akta 646
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 2
Akta A1395
Akta A1569 01-07-2011 08-05-2018 3a
Akta A1569 08-05-2018 4
Akta A1569 08-05-2018 8
Akta A1395 01-07-2011 9
Akta A1569 08-05-2018 10
Akta A1395 01-07-2011 11
Akta A1395
Akta A1569 01-07-2011 08-05-2018 19
Akta A1569 08-05-2018 19a–19j
Act A1569 08-05-2018 30
Akta A1395
Akta A1569 01-07-2011 08-05-2018 33
Akta A1569 08-05-2018 38
Akta A1395 01-07-2011 39
Akta A1395 01-07-2011 41a–41b
Akta A1569 08-05-2018 42
Akta A1395
Akta A1569 01-07-2011 08-05-2018
Undang-Undang Malaysia 52
Akta 646
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 43
Akta A1569 08-05-2018 51
Akta A1395 01-07-2011
Pindaan Am
Akta A1563 28-02-2018
KUALA LUMPUR
WJW011766 20-09-2018