Malaysia legislation

Section 13

of AKTA TIMBANGTARA 2005

Seksyen 13

(2)

Pihak-pihak adalah bebas untuk bersetuju mengenai tatacara melantik penimbang tara atau penimbang tara pengerusi.

(3)

Jika pihak-pihak gagal bersetuju mengenai tatacara yang disebut dalam subseksyen (2), dan timbang tara itu terdiri daripada tiga orang penimbang tara, setiap pihak hendaklah melantik seorang penimbang tara, dan kedua-dua penimbang tara yang dilantik itu hendaklah melantik penimbang tara yang ketiga sebagai penimbang tara pengerusi.

(4)

Jika subseksyen (3) terpakai dan—

(a)

suatu pihak gagal melantik seorang penimbang tara dalam masa tiga puluh hari dari penerimaan permintaan secara bertulis untuk membuat demikian daripada pihak yang satu lagi; atau

(b)

kedua-dua penimbang tara itu gagal bersetuju mengenai penimbang tara yang ketiga dalam masa tiga puluh hari dari pelantikan mereka atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dipersetujui oleh pihak-pihak,

Timbang Tara 17

mana-mana satu pihak boleh memohon kepada Pengarah Pusat

Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) bagi pelantikan itu.

(5)

Jika dalam suatu timbang tara dengan penimbang tara tunggal—

(a)

pihak-pihak gagal bersetuju mengenai tatacara yang disebut dalam subseksyen (2); dan

(b)

pihak-pihak gagal bersetuju mengenai penimbang tara itu, mana-mana satu pihak boleh memohon kepada Pengarah Pusat

Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) bagi pelantikan seorang penimbang tara.

(6)

Jika, pihak-pihak telah bersetuju mengenai tatacara pelantikan penimbang tara—

(a)

suatu pihak gagal bertindak sebagaimana yang dikehendaki di bawah tatacara itu;

(b)

pihak-pihak, atau dua penimbang tara, tidak dapat mencapai suatu persetujuan di bawah tatacara itu; atau

(c)

pihak ketiga, termasuk suatu institusi, gagal untuk melaksanakan apa-apa fungsi yang diamanahkan kepadanya di bawah tatacara itu, mana-mana pihak boleh meminta Pengarah Pusat Timbang

Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) untuk mengambil langkah-langkah yang perlu, melainkan jika perjanjian mengenai tatacara pelantikan memperuntukkan cara lain untuk mendapatkan pelantikan itu.

(7)

Jika Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa

Asia (Malaysia) tidak dapat bertindak atau gagal bertindak di bawah subseksyen (4), (5) dan (6) dalam masa tiga puluh hari dari permintaan itu, mana-mana pihak boleh memohon kepada

Mahkamah Tinggi bagi pelantikan itu.

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 646

(8)

Dalam melantik seorang penimbang tara Pengarah Pusat

Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) atau Mahkamah

Tinggi, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memberi perhatian yang wajar kepada—

(a)

apa-apa kelayakan yang dikehendaki daripada penimbang tara dengan persetujuan pihak-pihak itu;

(b)

pertimbangan lain yang mungkin memastikan pelantikan seorang penimbang tara yang bebas dan saksama; dan

(c)

dalam hal suatu timbang tara antarabangsa, kebijaksanaan melantik seorang penimbang tara yang berkerakyatan selain kerakyatan pihak-pihak.

(9)

Tiada rayuan boleh diambil terhadap apa-apa keputusan

Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) atau

Mahkamah Tinggi di bawah seksyen ini.

Alasan untuk mencabar