Malaysia legislation

Section 15

of AKTA TIMBANGTARA 2005

Seksyen 15

(2)

Melainkan jika penimbang tara yang dicabar itu menarik diri daripada jawatan atau pihak yang satu lagi bersetuju dengan cabaran itu, tribunal timbang tara itu hendaklah membuat keputusan mengenai cabaran itu.

(3)

Jika sesuatu cabaran tidak berjaya, pihak yang mencabar boleh, dalam masa tiga puluh hari selepas menerima notis keputusan yang menolak cabaran itu, memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk membuat keputusan mengenai cabaran itu.

(4)

Sementara permohonan itu belum selesai, tribunal timbang tara, termasuk penimbang tara yang dicabar, boleh meneruskan prosiding timbang tara dan membuat suatu award.

(5)

Tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan Mahkamah

Tinggi di bawah subseksyen (3).

Kegagalan atau kemustahilan untuk bertindak