Malaysia legislation

Section 17

of AKTA TIMBANGTARA 2005

Seksyen 17

Akta 646

(a)

mandat seseorang penimbang tara tamat di bawah seksyen 15 atau 16;

(b)

seseorang penimbang tara menarik diri daripada jawatan oleh apa-apa sebab lain;

(c)

mandat penimbang tara itu dibatalkan dengan persetujuan pihak-pihak; atau

(d)

dalam apa-apa hal penamatan mandat yang lain.

(2)

Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak—

(a)

jika penimbang tara tunggal atau penimbang tara pengerusi diganti, apa-apa pendengaran yang diadakan terdahulu hendaklah diulang di hadapan penimbang tara ganti; atau

(b)

jika seorang penimbang tara selain penimbang tara tunggal atau penimbang tara pengerusi diganti, apa-apa pendengaran yang diadakan terdahulu boleh diulang mengikut budi bicara tribunal timbang tara.

(3)

Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, apa-apa perintah atau keputusan tribunal timbang tara yang dibuat sebelum penggantian penimbang tara di bawah seksyen ini tidak boleh menjadi tidak sah semata-mata atas alasan terdapat perubahan dalam keanggotaan tribunal timbang tara itu.

Timbang Tara 21