Malaysia legislation

Section 18

of AKTA TIMBANGTARA 2005

Seksyen 18

(2)

Bagi maksud subseksyen (1)—

(a)

suatu fasal timbang tara yang menjadi sebahagian daripada suatu perjanjian hendaklah dikira sebagai suatu perjanjian yang bebas daripada terma lain perjanjian itu; dan

(b)

suatu keputusan oleh tribunal timbang tara bahawa perjanjian itu adalah batal dan tidak sah tidak ipso jure menyebabkan ketidaksahan fasal timbang tara itu.

(3)

Suatu pli bahawa tribunal timbang tara itu tidak mempunyai bidang kuasa hendaklah dibangkitkan tidak lewat daripada pengemukaan pernyataan pembelaan.

(4)

Suatu pihak tidak terhalang daripada membangkitkan pli di bawah subseksyen (3) oleh sebab pihak itu telah dilantik atau mengambil bahagian dalam pelantikan penimbang tara.

(5)

Suatu pli bahawa tribunal timbang tara melebihi ruang lingkup kuasanya hendaklah dibangkitkan sebaik sahaja perkara yang dikatakan melebihi ruang lingkup kuasanya itu dibangkitkan semasa prosiding timbang tara.

(6)

Walau apa pun subseksyen (3) dan (5), tribunal timbang tara boleh menerima masuk pli itu jika tribunal timbang tara itu berpendapat kelengahan itu wajar.

(7)

Tribunal timbang tara itu boleh membuat keputusan atas pli yang disebut dalam subseksyen (3) atau (5), sama ada sebagai suatu persoalan permulaan atau dalam suatu award mengikut merit.

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 646

(8)

Jika tribunal timbang tara membuat keputusan atas pli itu sebagai suatu persoalan permulaan bahawa ia mempunyai bidang kuasa, mana-mana pihak boleh, dalam masa tiga puluh hari selepas menerima notis keputusan itu merayu kepada Mahkamah Tinggi untuk memutuskan perkara itu.

(9)

Sementara rayuan belum selesai, tribunal timbang tara boleh meneruskan prosiding timbang tara dan membuat suatu award.

(10)

Tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan Mahkamah

Tinggi di bawah subseksyen (8).

Kuasa tribunal timbang tara untuk memerintahkan langkah interim