Malaysia legislation

Section 21

of AKTA TIMBANGTARA 2005

Seksyen 21

Penentuan kaedah tatacara

(2)

Jika pihak-pihak gagal bersetuju di bawah subseksyen (1), tribunal timbang tara boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, menjalankan timbang tara mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkannya sesuai.

(3)

Kuasa yang diberikan kepada tribunal timbang tara di bawah subseksyen (2) hendaklah termasuk kuasa untuk—

(a)

menentukan kebolehterimaan, kaitan, kepentingan dan keberatan apa-apa keterangan;

(b)

menggunakan pengetahuan dan kemahirannya sendiri;

(c)

memerintahkan pengadaan peruntukan butir-butir lanjut dalam pernyataan tuntutan atau pernyataan pembelaan;

(d)

memerintahkan pemberian jaminan kos;

Timbang Tara 29

(e)

menetapkan dan meminda had masa yang dalamnya pelbagai langkah dalam prosiding timbang tara mesti diselesaikan;

(f)

memerintahkan penzahiran dan pengemukaan dokumen atau material dalam milikan atau kuasa suatu pihak;

(g)

memerintahkan interogatori untuk dijawab;

(h)

memerintahkan supaya apa-apa keterangan diberikan dengan sumpah atau ikrar; dan

(i)

membuat apa-apa perintah lain sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh tribunal timbang tara.

Tempat timbang tara

Section 21 — AKTA TIMBANGTARA 2005 | mylaw.my