Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
Bahasa
(2)
Jika pihak-pihak gagal bersetuju di bawah subseksyen (1), tribunal timbang tara hendaklah menentukan bahasa yang hendaklah digunakan dalam prosiding timbang tara itu.
(3)
Persetujuan atau penentuan yang masing-masing disebut dalam subseksyen (1) dan (2) hendaklah, melainkan jika dinyatakan selainnya dalam persetujuan atau penentuan itu, terpakai bagi apa-apa pernyataan bertulis yang dibuat oleh suatu pihak, apa-apa pendengaran dan apa-apa award, keputusan atau komunikasi lain oleh tribunal timbang tara itu.
(4)
Tribunal timbang tara boleh memerintahkan supaya apa-apa keterangan dokumentar hendaklah disertakan dengan terjemahan ke dalam bahasa yang dipersetujui oleh pihak-pihak atau yang ditentukan oleh tribunal timbang tara itu.
Pernyataan tuntutan dan pembelaan