Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
(2)
Melainkan jika pihak-pihak telah bersetuju bahawa tiada pendengaran boleh diadakan, tribunal timbang tara hendaklah atas permohonan mana-mana pihak mengadakan pendengaran lisan pada suatu peringkat yang sesuai dalam prosiding itu.
(3)
Pihak-pihak hendaklah diberikan notis yang munasabah terlebih dahulu tentang apa-apa pendengaran dan tentang apa-apa mesyuarat tribunal timbang tara bagi maksud pemeriksaan barang, harta atau dokumen lain.
(4)
Semua pernyataan, dokumen atau maklumat lain yang dibekalkan kepada tribunal timbang tara oleh satu pihak hendaklah disampaikan kepada pihak yang satu lagi.
(5)
Apa-apa laporan pakar atau dokumen keterangan yang tribunal timbang tara mungkin bergantung padanya dalam membuat keputusannya hendaklah disampaikan kepada pihak-pihak.
Keingkaran suatu pihak