Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
(a)
melantik seorang pakar atau lebih untuk melaporkan kepadanya mengenai isu spesifik yang hendaklah ditentukan oleh tribunal timbang tara itu; atau
(b)
menghendaki suatu pihak untuk memberikan kepada pakar itu apa-apa maklumat yang berkaitan atau untuk mengemukakan atau untuk mengadakan akses kepada apa-apa dokumen, barang atau harta lain yang berkaitan untuk pemeriksaan pakar itu.
(2)
Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, jika suatu pihak memohon atau jika tribunal timbang tara berpendapat perlu, pakar itu hendaklah, selepas penghantaran suatu laporan bertulis atau lisan, mengambil bahagian dalam pendengaran yang pihak-pihak berpeluang untuk mengemukakan soalan kepada pakar itu dan untuk mengemukakan saksi pakar yang lain bagi memberikan keterangan mengenai perkara yang menjadi isu.
Timbang Tara 33
Bantuan mahkamah dalam mengambil keterangan