Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(a)
salah satu daripada pihak kepada suatu perjanjian timbang tara, pada masa pembuatan perjanjian itu, mempunyai tempat urusannya di mana-mana Negara selain Malaysia;
(b)
salah satu daripada yang berikut terletak dalam mana-mana Negara selain Malaysia yang tempat pihak-pihak itu mempunyai tempat urusan mereka:
(i)
tempat timbang tara jika ditentukan dalam, atau menurut, perjanjian timbang tara;
(ii)
mana-mana tempat di mana sebahagian besar obligasi mana-mana perhubungan perdagangan atau yang lain yang hendaklah dilaksanakan atau tempat yang dengannya hal perkara pertikaian itu mempunyai kaitan yang paling rapat; atau
Timbang Tara 9
(c)
pihak-pihak telah bersetuju dengan nyata bahawa hal perkara perjanjian timbang tara berkaitan dengan lebih daripada satu Negara;
“timbang tara domestik” ertinya mana-mana timbang tara yang bukan suatu timbang tara antarabangsa;
“tribunal timbang tara” ertinya penimbang tara kecemasan, penimbang tara tunggal atau panel penimbang tara.
(2)
Bagi maksud Akta ini—
(a)
dalam takrif “timbang tara antarabangsa”—
(i)
jika suatu pihak mempunyai lebih daripada satu tempat urusan, sebutan mengenai tempat urusan ialah tempat urusan yang mempunyai perhubungan yang paling rapat dengan perjanjian timbang tara itu; atau
(ii)
jika suatu pihak tidak mempunyai tempat urusan, sebutan mengenai tempat urusan ialah kediaman biasa pihak itu;
(b)
jika peruntukan Akta ini, kecuali seksyen 3, membiarkan pihak-pihak bebas untuk menentukan suatu isu tertentu, kebebasan itu hendaklah termasuk hak pihak-pihak itu untuk membenarkan pihak ketiga, termasuk suatu institusi, untuk menentukan isu itu;
(c)
jika peruntukan Akta ini merujuk kepada hakikat bahawa pihak-pihak telah bersetuju atau bahawa mereka mungkin bersetuju atau mengikut apa-apa cara lain merujuk kepada perjanjian pihak-pihak itu, perjanjian itu hendaklah termasuk apa-apa kaedah-kaedah timbang tara yang disebut dalam perjanjian itu;
(d)
jika peruntukan Akta ini merujuk kepada suatu tuntutan, selain dalam perenggan 27(a) dan 34(2)(a), peruntukan itu hendaklah juga terpakai bagi suatu tuntutan balas, dan jika peruntukan itu merujuk kepada suatu pembelaan, peruntukan itu hendaklah juga terpakai bagi suatu pembelaan kepada tuntutan balas itu.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 646
Pemakaian bagi timbang tara dan award di Malaysia