Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
(2)
(Dipotong oleh Akta A1569).
(3)
Apa-apa penetapan undang-undang atau sistem undang-undang sesuatu Negara tertentu hendaklah ditafsirkan, melainkan jika dinyatakan selainnya, sebagai merujuk secara langsung kepada undang-undang substantif Negara itu dan bukan kepada kaedah-kaedah percanggahan undang-undangnya.
(4)
Sekiranya tiada apa-apa penetapan oleh pihak-pihak, tribunal timbang tara hendaklah memakai undang-undang yang ditentukan oleh kaedah-kaedah percanggahan undang-undang yang difikirkannya terpakai.
(4a)
Tribunal timbang tara hendaklah membuat keputusan mengikut ekuiti dan perasaan hati hanya jika pihak-pihak membenarkan secara nyata untuk berbuat demikian.
(5)
Tribunal timbang tara hendaklah, dalam semua hal, memutuskan mengikut terma-terma perjanjian dan hendaklah mengambil kira penggunaan perdagangan yang terpakai bagi transaksi itu.
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 646
Keputusan yang dibuat oleh panel penimbang tara