Malaysia legislation

Section 33

of AKTA TIMBANGTARA 2005

Seksyen 33

(2)

Dalam prosiding timbang tara yang terdapat lebih daripada seorang penimbang tara, tandatangan majoriti daripada semua anggota tribunal timbang tara itu hendaklah mencukupi dengan syarat bahawa sebab bagi mana-mana peninggalan tandatangan dinyatakan.

Timbang Tara 35

(3)

Suatu award hendaklah menyatakan sebab yang award itu diasaskan, melainkan jika—

(a)

pihak-pihak telah bersetuju bahawa tiada sebab hendak diberikan; atau

(b)

award itu ialah suatu award mengikut terma yang dipersetujui di bawah seksyen 32.

(4)

Suatu award hendaklah menyatakan tarikhnya dan tempat timbang tara sebagaimana yang ditentukan mengikut seksyen 22

dan hendaklah disifatkan telah dibuat di tempat itu.

(5)

Selepas suatu award dibuat, salinan award itu yang ditandatangani oleh penimbang tara mengikut subseksyen (1) dan

(2)

hendaklah dihantar kepada setiap pihak.

(6)

Tertakluk kepada subseksyen (8), melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, tribunal timbang tara boleh, dalam prosiding timbang tara di hadapannya, mengaward faedah mudah atau berganda dari tarikh, pada apa-apa kadar dan dengan apa-apa rest sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh tribunal timbang tara, untuk apa-apa tempoh yang berakhir tidak lewat dari tarikh pembayaran keseluruhan atau mana-mana bahagian—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diaward oleh tribunal timbang tara dalam prosiding timbang tara itu;

(b)

apa-apa jumlah wang yang menjadi isu dalam prosiding timbang tara tetapi telah dibayar sebelum tarikh award itu; atau

(c)

kos yang diaward atau diperintahkan oleh tribunal timbang tara dalam prosiding timbang tara itu.

(7)

Tiada apa-apa dalam subseksyen (6) boleh menjejaskan apa-apa kuasa lain suatu tribunal timbang tara untuk mengaward faedah.

(8)

Jika suatu award mengarahkan suatu jumlah wang untuk dibayar jumlah wang itu hendaklah, melainkan jika award itu mengarahkan selainnya, mengenakan faedah dari tarikh award itu dan pada kadar yang sama sebagaimana suatu hutang penghakiman.

Undang-Undang Malaysia 36

Akta 646

Penamatan prosiding