Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
(2)
Tribunal timbang tara hendaklah memerintahkan penamatan prosiding timbang tara jika—
(a)
pihak menuntut menarik balik tuntutan, melainkan jika responden membantah penarikan balik itu dan tribunal timbang tara mengiktiraf kepentingan sah responden dalam memperoleh suatu penyelesaian pertikaian yang muktamad;
(b)
pihak-pihak bersetuju dengan penamatan prosiding itu;
atau
(c)
tribunal timbang tara mendapati bahawa penerusan prosiding itu bagi apa-apa sebab lain telah menjadi tidak perlu atau mustahil.
(3)
Tertakluk kepada peruntukan seksyen 35 dan subseksyen 37(6), mandat bagi tribunal timbang tara hendaklah tamat dengan penamatan prosiding timbang tara itu.
(4)
Melainkan jika diperuntukkan selainnya oleh mana-mana undang-undang bertulis, kematian suatu pihak tidak menamatkan—
(a)
prosiding timbang tara; atau
(b)
kuasa tribunal timbang tara.
Pembetulan dan tafsiran award atau award tambahan